ASY’AS BIN ABDILLAH BIN JABIR AL-HUDDANNI
أَشْعَثُ بن
عبد الله بن جابر الحُدَّاني
Ulama asal Basrah ini adalah murid kepada Imam Malik
dan dikira sebagai Tabiin kecil. Dia adalah rijal Abu Daud, al-Tarmizi,
al-Nasaie dan Ibn Majah. Imam Bukhari riwayatkan hadisnya secara ta’liq, dan tidak
terdapat dalam muslim riwayatnya.
Dia dianggap ramai ulama hadis sebagai siqah dan sahih,
tetapi ada satu kritikan sahaja, iaitu Abu Ja’afar al-‘Uqaili kata, pada
hadisnya ada waham. Namun, dakwaan Abu Ja’far itu dibantah oleh al-Zahabi.
No comments:
Post a Comment