QUTAIBAH BIN SA’ID (150H-240H)
قُتَيْبَةُ
بْنُ سَعِيدٍ
Nama penuhnya adalah ABU RAJA’ QUTAIBAH BIN SA’ID AL-BALGHANI
AL-BALKHI أبو رجاء قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ البغلاني البلخي
Dia
berasal dari Balkh, Afghanistan. Dia adalah guru semua imam kutub Sittah
kecuali Ibn Majah sahaja ambil hadisnya dengan ada perantara, iaitu melalui Muhamad
bin Yahya al-Zuhli dan Ibn Abi Syaibah. Dia merupakan murid kepada Imam Malik
dan Imam al-Lais.
Menurut
Abu Daud, dia masuk ke Baghdad tahun 216 hijrah. Apabila sampai di situ, Imam
Ahmad dan Yahya datang berjumpa dengan dia.
Abu Hatim al-Razi pula kata, apabila dia sampai di Baghdad, Imam Ahmad datang belajar hadis darinya. Abu Bakar bin Abi Syaibah dan Ibn Numair dari Kufah datang ke Baghdad untuk buat ujian kekuatan hafalan dia, serta dia buat ujian juga pada kekuatan hafalan dua ulama kufah tersebut. Kejadian itu berlaku sampai ke subuh. Dia ada perawi siqah lagi sahih.
Namanya tersenarai dalam kitab “Rijal al-Syiah fi Asanid al-Sunnah”, karya MUHAMMAD JAA’FAR AL-TABASI.
KOMENTAR POSITIF:
(a) Dianggap SIQAH oleh AL-TARMIZI, ABU HATIM BIN HABBAN AL-BUSTI, IBN SYAHIN, AL-ZAHABI, KITAB TAHRIR TAQRIB.
(b) AL-TAHAWI kata, dia mahmud dalam riwayatnya.
(c) AHMAD BIN SOLEH, dia adalah syaikh siqah hasan al-hadis dan sedikit riwayatkan hadis.
(d) IBN HIBBAN kata, dia siqah dan maqbul al-riwayah.
(e) AL-BUKHARI kata, dia لا بأس به dan مقارب الحديث
KOMENTAR PERTENGAHAN:
(f) ABU HATIM dan AL-ASQALANI kata, dia SODUQ, soleh al-Hadis serta TASYAYYU’.
No comments:
Post a Comment