YUNUS BIN AL-HARIS AL-SAQAFI AL-TAIFI
يُونُسَ بْنِ الْحَارِثِ الثقفي الطائفي
Ulama Kufah ini adalah Rijal Abi Daud, al-Tarmizi dan
Ibn Majah. Riwayatnya tidak ada dalam al-Bukhari, Muslim dan al-Nasaie.
Dia dianggap doif oleh ramai ulama ekoran buruk
hafalannya serta dia banyak waham. Bahkan, Abu Hatim kata bahawa dia banyak
meriwayatkan hadis secara maqlub.
Ahmad bin Hambal pula kata, hadis-hadis yang dia
riwayatkan itu banyak bersifat idhtirab
Antara yang menganggap dia doif itu adalah Ahmad,
al-Nasaie, Ibn Ma’in, Abi Hatim dan al-Saji. Namun begitu, Ibn Hibban yang
terkenal dengan tasahul menyenaraikan namanya dalam kitab al-Siqat.
Namun begitu, al-Asqalani ada menyebut bahawa—walaupun
dia doif, tetapi hadisnya diambil kira jika ada mutaba-ah dan syawahid. Hal ini
kerana, doif pada dia tidaklah terlalu berat.
Dia adalah perawi doif dan tidak boleh diterima
riwayatnya kecuali jika ada mutaba-ah atau syawahid.
No comments:
Post a Comment