Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Thursday, August 3, 2023

UBAY BIN ‘IMARAH - SAHABAT

أُبَيِّ بْنِ عِمَارَةَ

[] UBAY BIN ‘IMARAH - SAHABAT

 

[] berkenaan bacaan nama ayahnya[1];

a.                  Ibn al-Solah kata, ada baca dengan ‘Umarah. Ini bacaan pilihan AL-SAYUTI[2].

b.                  Ada baca dengan ‘Imarah. Ini yang paling popular

c.                   ada baca dengan ‘Ammarah.

 

Menurut AL-SYAMS AL-ABADI, bacaan yang paling popular dalam kalangan ulama Hadis sepertimana yang disebut oleh AL-MUNZIRI, AL-ZAILAIE dan IBN HAJAR adalah ‘Imarah. ada pendapat pula kata, baca dengan ‘UMARAH[3].

 

[] Ada kata, dia BIN UBADAH عبادة[4]

 

[] Dia adalah sahabat yang masyhur. Dia tinggal Madinah dan berhijrah ke Mesir[5].

 

[] Sunan Abi Daud dalam hadis ke-158 menjelaskan bahawa dia antara sahabat Nabi yang sempat solat dengan dua kiblat, iaitu ketika Nabi saw solat mengadap arah Baitul Maqadis dan Baitullah al-Haram.

 

[] Menurut ABU HATIM, UBAI bukan sahabat, tetapi sahabat itu adalah bapanya, iaitu ABDULLAH BIN AMRU BIN UMMU HARAM[6].

 

[] dia meriwayatkan satu hadis sahaja, iaitu hadis sapu khuf[7]. Namun, hadis tersebut, ASQALANI kata, idhtirab[8]. Menurut AINI pula, dalam sanad hadis tersebut ada doif, jahalah dan idhtirab[9].

 

 

 



[1] Ruslan:2/158

[2] Mirqat:1/138

[3] Aun:1/94

[4] manhal:2/131

[5] manhal:2/131 | Bazl:2/20

[6] manhal:2/131

[7] Bazl:2/20 | Aini:1/370

[8] manhal:2/131

[9] Aini:1/370

Thursday, July 27, 2023

MUGHIRAH BIN SYU’BAH BIN ‘AMIR BIN MAS’UD AL-SAQAFI @ ABU ABDILLAH/ABU ISA (23SH-50H) - sahabat

الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ

[] MUGHIRAH BIN SYU’BAH BIN ‘AMIR BIN MAS’UD AL-SAQAFI @ ABU ABDILLAH/ABU ISA (23SH-50H)- sahabat.

 

[] Dia dilahirkan dia kalangan Saqif di Taif. Dibesarkan di situ. dan meninggal di kufah ketika umurnya 70 tahun kerana penyakit taun. Dia pernah sampai ke Bahrain, Madinah, Mekah dan Basrah.

 

[] dia digelar sebagai salah seorang DUHAT AL-ARAB (Cerdik pandai arab); iaitu MUAWIYAH BIN ABI SUFYAH, AMRU BIN AL-AS, AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH dan ZIYAD.

 

[] Dia memeluk islam pada tahun tercetuskan perang khandaq (5 Hijrah), iaitu selepas dia bersama dengan BANI MALIK ke mesir dan 13 orang dari BANI MALIK di bunuh oleh raja muqawqis. dia salah seorang terlibat dalam sejarah SULH AL-HUDAIBIYYAH.

 

[] matanya buta sebelah dalam perang yarmuk. Dia terlibat dalam sejarah AL-QADISIYYAH, NAHAWAND, HAMZAN dan sebagainya.

 

[] Di era Umar, beliau dilantik menjadi gabenor basrah. Namun, dia digugurkan kerana ada orang saksikan bahawa dia berzina. 

 

Kemudian dia dilantik menjadi gabenor di Kufah. Dia kekal di situ sehingga Saidina Umar dibunuh. Di era Osman, dia disambung jawatan tersebut sehingga Osman menggugurkan jawatannya.

 

[] Semasa Muawiyah menjadi khalifah, Muawiyah lantik AMRU BIN AL-AS jadi gabenor di kufah dan anaknya, ABDULLAH BIN AMRU di mesir. Al-Mughirah pun berjumpa dengan Muawiyah dan menyatakan: Wahai Amirul Mukminin, tindakan kamu lantik Amru di Kufah dan anaknya di Mesir, umpama kamu berada antara dua bahu singa.

 

Muawiyyah pun minta pandangan Mughirah. Makanya, mughirah mencadangkan agar kedua-dua anak beranak itu berada di mesir, dan lantik Mughirah sebagai gabenor di Kufah. Dengan cadangan itu, Muawiyah lantik Mughirah jadi gabenor di Kufah sehingga dia wafat di situ.

  

[] Dia terlibat dalam peerang Yamamah, terlibat dalam Fath al-Syam, iraq. Umar lantik dia jadi Gabenor di basrah.


Selepas itu, terlibat dalam Fath MISAN (selatan Iraq), HAMZAN (iran) dan beberapa buah negara.

 

[] Semasa sejarah perjanjian Hudaibiyyah, Urwah bin Mas’ud dihantar oleh Quraish berjumpa dengan Nabi saw. Semasa dia bercakap dengan Nabi, dia menyentuh janggut Nabi. Mughirah ketika itu memakai topeng perang berdiri. Dia menepis serta berkata kepada Urwah: turunkan tangan kamu sebelum pedang ini sampai kepada kamu. Urwah pun tanya  Nabi saw: siapa ini wahai Muhammad? Dia amat keras. Nabi saw jawab: itu orang dari keturunan kamu (Saqafi)[1].



[1] Maghazi al-waqidi, 2/595

Wednesday, July 26, 2023

MUAWIYAH BIN ABI SUFYAN (SOKHR) BIN HARB BIN UMAYYAH A-UMAWI @ ABU ABD AL-RAHMAN AL-KHALIFAH (60H)

 

معاوية بن ابي سفيان

[] MUAWIYAH BIN ABI SUFYAN (SOKHR) BIN HARB BIN UMAYYAH A-UMAWI @ ABU ABD AL-RAHMAN AL-KHALIFAH[1]. (60H[2])

 

[] Dia meninggal pada tahun 59H (ada kata: 69H) ketika umurnya 82 tahun.

 

[] Dilahirkan di Mekah, dan tinggal di Madinah serta meninggal dunia di Damsyiq.

 

[] Dia islam bersama dengan bapa dan adik lelakinya pada tahun Fath Mekah. Ada dakwaan kata, sebelum dari itu lagi.

 

[] Dia memeluk islam sebelum FATH MEKAH. Salah seorang penulis Wahyu[3].

 

[] Nabi pernah mendoakan kepada Muawiyah. Irbadh bin Sariyah ada berkata bahawa dia dengar Rasulullah saw bersabda:

 

عَنِ الْعِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ السُّلَمِيِّ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: «اللَّهُمَّ عَلِّمْ مُعَاوِيَةَ الْكِتَابَ وَالْحِسَابَ، وَقِّهِ الْعَذَابَ» - صحيح ابن حبان, 7210

“Ya Allah, ajarkan kitab dan mengira kepada Muawiyah. Dan selamatkan dia dari azab”

 

[] Kisah Umar melantik Muawiyah sebagai gabenor;

 

عَنْ أَبِي إِدْرِيسَ الخَوْلاَنِيِّ، قَالَ: لَمَّا عَزَلَ عُمَرُ بْنُ الخَطَّابِ عُمَيْرَ بْنَ سَعْدٍ عَنْ حِمْصَ وَلَّى مُعَاوِيَةَ، فَقَالَ النَّاسُ: عَزَلَ عُمَيْرًا وَوَلَّى مُعَاوِيَةَ، فَقَالَ عُمَيْرٌ: لاَ تَذْكُرُوا مُعَاوِيَةَ إِلاَّ بِخَيْرٍ، فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: اللَّهُمَّ اهْدِ بِهِ – الترمذي, 3843

“Abu Idris al-Khawlani berkata: ketika Umar mengugurkan jawatan Umair bin Saad dari gabenor Hims dan melantik Muawiyah. Ramai orang berkata: Umar mengugurkan Umair dan melantik Muawiyah. Umair pun berkata: Jangan kamu kata berkenaan Muawiyah kecuali kebaikan sahaja. Aku pernah dengar Nabi saw berkata: Ya Allah, berikan hidayah kepadanya (Muawiyah).

 

 

[] Nabi saw mendoakan Muawiyah agar diberikan hidayah dan memberi petunjuk kepada orang lain—daripada Abdul Rahmah bin Abi Umairah bahawa Rasulullah saw mendoakan kepada Muawiyah:

 

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي عُمَيْرَةَ، وَكَانَ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ لِمُعَاوِيَةَ: «اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ هَادِيًا مَهْدِيًّا وَاهْدِ بِهِ» - الترمذي, 3842

“Ya Allah, jadikan dia orang yang mendapat hidayah dan dapat memberi petunjuk kepada orang lain. Ya Allah, berikan dia hidayah dengan itu”

 

] Saidina Umar menyebut Muawiyah sebagai Kisra Arab—daripada Abi Abd al-Rahman al-Madani berkata:

 

عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْمَدَنِيِّ قَالَ: كَانَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ إِذَا رَأَى مُعَاوِيَةَ قَالَ: هَذَا كِسْرَى الْعَرَبِ – البداية والنهاية, 8\134

Apabila Umar melihat Muawiyah, dia berkata: ini adalah kisra Arab.

 

[] Saidina Umar melantik dia menjadi Gabenor di Syam selepas adiknya, Yazid. Dan bersambung jawatan itu di era Osman bin Affan.

 

[] Muawiyah menjadi gabenor selama 20 tahun dan menjadi khalifah selama 20 tahun.

 

[] Menurut pandangan kebanyakkan ulama, dia meninggal di Damsyiq pada hari Khamis, bulan rejab tahun 59 (ada kata: 69H) ketika umurnya 82 tahun.



[1] Masyariq:1/268

[2] Masyariq:1/268

[3] Masyariq:1/268

Tuesday, July 25, 2023

BILAL BIN RABAH (40SH - 21H) - sahabat

 

بِلَالً

[] BILAL BIN RABAH @ ABU ABDUL KARIM / ABU ABDILLAH / ABU AMRU[1] (40SH - 21H[2])

 

[] Sahabat Nabi ke-7 yang terawal memeluk Islam.

 

[] Dia meninggal di Damsyiq pada tahun 20 atau 21 hijrah ketika berumur 61 tahun[3].

 

Dikebumikan di Bab al-Soghir. Ada kata, di Bab Kaisan. Ada pula kata, dia meninggal di Dariya di Damsyiq, lalu di bawa ke Damsyiq dan dikebumikan di Kaisan. Ada pula kata, dia meninggal di Halb dan dikebumikan di Bab al-Arbain[4].

 

Ada dakwaan kata, dia meninggal kerana kena penyakit taun Amwas yang tersebar pada tahun 17 hingga 18 hijrah.

 

[] Disebut juga dengan BILAL BIN HAMAMAH حمامة, iaitu disandarkan kepada nama ibunya[5] yang merupakan Hamba kepada setengah orang besar Bani Jumah جمح.

 

[] Muazzin Nabi serta bekas hamba kepada Abu Bakar al-Siddiq. Terlibat perang badar serta semua perang bersama dengan Nabi[6].

 

[] Sahabat Nabi yang diseksa oleh Umayyah bin Khalaf kerana beriman dengan ajaran Nabi Muhammad saw. Diletakkan batu besar pada dadanya dan diugut oleh Umayyah, sama ada dia kufuri Nabi Muhammad atau dia mati. Ketika itu, dia hanya menyebut “ahad”, “ahad”, “ahad”...

 

Ketika itu, Abu Bakar melintasi di situ. makanya Abu Bakar terus membelinya serta memerdekakannya[7].

 

[] Nabi lantik dia sebagai salah seorang dari tiga orang muazzin Nabi;

1.                  Bilal bin Rabah

2.                  Abu Mahzurah Al-Jamhi.

3.                  Amru bin Ummi Maktum.

 

[] Semasa Fath Mekah, nabi saw suruh dia laungkan azan di atas kaabah.

 

[] Dia berkahwin dengan perempuan dari BANI ZUHRAH BIN KILAB. Ada dakwaan kata, Nabi kahwinkan dia dengan adik perempuan ‘AMIR, ‘AQIL, KHALID dan AYYAS, iaitu bani al-Bukair al-Kinaniyyah.

 

Dalam Tabaqat Ibn Saad ada diceritakan bahawa Bani al-Bukair datang kepada Nabi saw. Mereka berkata: Wahai Rasulullah, tolong carikan suami untuk adik perempuan kami? Nabi tanya mereka: di mana kedudukan Bilal di sisi kamu?

 

Mereka pulang. Kemudian datang kembali dan sekali lagi bertanya: tolong carikan suami untuk adik perempuan kami.

 

Nabi tanya lagi: Apa kedudukan bilal di sisi kamu? Apa kedudukan kamu berkenaan lelaki dari kalangan ahli syurga?

 

Mendengar itu, mereka bersetuju kahwinkan adik mereka dengan Bilal bin rabah.

 

[] Selepas Nabi saw wafat, Bilal berjumpa dengan Abu Bakar al-Siddiq dan minta izin untuk dia terlibat sama dalam usaha hendak merdekakan Syam. Namun, ketika itu Abu Bakar al-Siddiq tidak izinkan. Dia pun berkata Abu Bakar: Apakah kamu merdekakan aku dahulu kerana Allah atau kerana kepentingan peribadi kamu?

 

Jawab Abu Bakar: kerana Allah.

 

Bilal pun kata: Oleh itu, izinkan aku untuk aku berperang di jalan Allah.

 

Makanya, Abu Bakar izinkan dia ke syam. Dia kekal tinggal di situ sehingga dia meninggal dunia.

 

[] dalam kitab Tahzib al-Kamal oleh al-Muzi: Selepas Nabi saw wafat, dia tidak mahu melaungkan azan. Namun, apabila orang ramai minta dia azan, dia pun laungkan azan. Apabila sampai pada “asyahadu Anna Muhammad Rasulullah” dia menangis dengan kuat sehingga tidak dapat habiskan azannya.

 

[] Dalam al-Siyar, al-Zahabi ada bawakah kisah bahawa semasa Bilal di Syam, dia mimpi jumpa Nabi. Baginda bertanya kepadanya: alangkah jauhnya kamu wahai Bilal? Apakah kamu tidak mahu ziarah aku?

 

Dia tersedar dari tidur dalam keadaan sedih. Dia pun naik kenderaan menuju ke Madinah. Sesampai di kubur, dia menangis kuat.

 

Hasan dan Husin datang kepada Bilal. Bilal peluk dan cium kedua cucu Nabi saw itu. kedua-dua cucu itu minta Bilal laungkan azan.

 

Dia pun naik atas bumbung masjid Nabawi, dia laungkan azan. Apabila orang mendengar suaranya, suasana Madinah merasakan berubah. Keadaan menjadikan keadaan Madinah sayu.



[1] Aini:1/360

[2] manhal:2/117

[3] manhal:2/117

[4] Aini:1/360

[5] Aini:1/360

[6] manhal:2/117

[7] manhal:2/117

ABDUL RAHMAN BIN AUF BIN ABD AUF @ ABU MUHAMMAD AL-MADANI. (43SH - 32H) - sahabat

 

 عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ عَوْفٍ 

[] ABDUL RAHMAN BIN AUF BIN ABD AUF BIN ABD BIN AL-HARIS BIN ZAHRAH BIN KILAB BIN MURRAH BIN KA’AB BIN LUAY @ ABU MUHAMMAD AL-MADANI[1]. (43SH - 32H semasa meninggal umurnya 75 tahun[2])

 

[] Dia dilahirkan 10 tahun selepas tahun gajah. Orang ke-8 yang mula memeluk Islam. Dia islam di tangan Abu Bakar al-Siddiq.

 

[] Semasa Jahiliyyah, namanya ABD AMRU (ada kata: Abd al-Kaabah). Nama Abdul Rahman adalah nama yang diberi oleh Nabi saw kepadanya selepas dia memeluk islam. Semenjak Jahiliyyah lagi dia tidak pernah minum arak.

                                                                                                                                       

[] Dia meninggal ketika berumur 75 tahun di Madinah di era pemerintahan Saidina Osman. Jenazahnya disolatkan oleh Saidina Osman dan dikebumikan di kubur Baqi’[3].

 

[]  dia terlibat dalam perang badar dan seluruh perang selepas itu[4]. beliau antara yang luka parah semasa perang uhud, sehingga gigi depannya patah dan mendapat 20 luka.

 

[] Salah seorang dari sepuluh orang sahabat yang dijanjikan syurga semasa hidup[5].

 

[] Dia terlibat dua kali hijrah; iaitu hijrah ke Habsyah dan Hijrah ke Madinah[6].

 

[] AL-ZUHRI menyatakan bahawa sebelum ABDUL RAHMAN BIN AUF meninggal dunia, dia mewasiatkan agar bagi mereka yang terlibat dalam perang badar yang masih hidup pada zamannya bahawa dihadiahkan sebanyak 400 dinar[7].

 

[] Selepas Nabi wafat, kewangan para isteri-isteri Nabi saw dijaga oleh Abdul Rahman bin Auf.

 

[] Salah seorang dari 6 orang yang dicadangkan oleh Saidina Umar untuk menjadi khalifah selepas kematian Saidina Umar; iaitu;

1.                  Osman bin Affan

2.                  Ali bin Abi Talib.

3.                  Talhah bin Ubaidullah.

4.                  Al-Zubair bin al-Awam.

5.                  Abdul Rahman bin Auf

6.                  Saad bin Abi Waqas.

 

Umar keenam mereka bermesyuarat. Umar berpesan kepada mereka: kalau tiga orang bersetuju melantik seseorang dari tiga itu, dan tiga orang lagi setuju seorang wakil dari mereka, maka mereka perlu minta pandangan ABDULLAH BIN UMAR untuk menentukan salah seorang dari dua orang tersebut.

 

Jika semua tidak setuju dengan keputusan Abdullah bin Umar, maka mereka hendaklah mereka memilih pemimpin yang bersama kelompok Abdul Rahman Auf.

 

Saidina Umar memuji Abdul Rahman bin Auf dengan menyatakan: “dia mempunyai pandangan yang bernas. Dapat menutup masalah dan ada idea baik. Allah menjaga dia. Dengarlah pandangan dia”

 

Umar pun berpesan kepada SUHAIB BIN SINAN AL-RUMI untuk menjadi imam solat selama 3 hari sehingga keputusan syura selesai.

 

Selepas Saidina Umar meninggal dunia ketika berumur 65 tahun; iaitu setelah 10 tahun 6 bulan 4 hari; selepas Saidina Umar dikebumikan, semua ahli syura yang dilantik Umar itu berhimpun di rumah Aisyah (ada dakwaan kata, di rumah fatimah Binti Qais al-Fahriyyah, iaitu kakak kepada al-Dahhak bin Qais).

 

Di situ, Abdul Rahman bin Auf kata: jadikan urusan kamu kepada tiga orang dari kalangan kamu.

 

AL-ZUBAIR pun kata: aku lantik Ali bin Abi Talib.

 

TALHAH kata: aku lantik Osman bin Affan.

 

SAAD kata: aku lantik Abdul Rahman bin Auf.

 

Justeru, calon khalifah ada tiga nama: Ali, Osman dan Abdul Rahman bin Auf.

 

Abdul Rahman bin Auf pun kata: manakah dari kamu berdua yang nak tarik diri dari urusan ini. Masa itu, kami lantik dia yang tidak tarik diri.

 

Kedua-dua sahabat itu diam. Abdul Rahman kata lagi: apakah kamu kamu jadikan aku sebagai orang yang memilih siapa yang paling afdhal dari kamu berdua.

 

Dua sahabat itu jawab: kami setuju.

 

Abdul Rahman pun pergi berjumpa setiap orang islam ketika itu untuk meminta Bai’ah. Selepas subuh pada hari Baiah pada tahun 23 Hijrah, Abdul Rahman pun umumkan bahawa Saidina Osman sebagai Khalifah.

 

[] Adik-beradik Abdul Rahman bin Auf.

1.                  Abdul Rahman bin Auf – sahabat.

2.                  Abdullah bin Auf – tidak muslim.

3.                  Al-Aswad bin Auf – Sahabat. Berhijrah sebelum Fath Mekah. terbunuh dalam perang jamal berpihak kepada Aisyah. Anaknya bernama JABIR BIN AL-ASWAD BIN AUF adalah gabenor Madinah di era IBN AL-ZUBAIR.

4.                  ‘Atikah عاتكة binti Auf. Masuk islam dan merupakan isteri kepada Makhramah مخرمة bin Nawfal

5.                  HALAH هالة BINTI AUF – Isteri Bilal bin Rabah.

 

[] Isterinya bernama SAHLAH BINTI ‘ASIM yang dilahirkan ketika tercetus perang Khaibar (7 Hijrah), dan namanya diberikan oleh Rasulullah.

 

Seorang lagi adalah TAMADHUR BINTI AL-ASBAGH التماضر بنت الأصبغ. Dia berkahwin dengan ini ekoran Nabi suruh dia mengepalai perang syariyyah di Daumah al-Jandal untuk perangi BANI KALB selepas mereka lari dari perang. Nabi saw suruh dia kahwini puteri raja mereka andai menang dalam perang tersebut.

 

Ketika itu, Abdul Rahman bawa 700 tentera sehingga sampai di DAUMAN AL-JANDAL. Bertapak di situ selama tiga hari dan menyeru penduduk di situ memeluk islam. Rajanya, Asbagh bin Sa’labah الأصبغ بن ثعلبة memeluk islam pada hari ketiga. Turut sama ramai rakyatnya. Adapun rakyatnya yang berbaki dikenakan Jizyah. Ketika itu, Abdul Rahman kahwini puteri raja tersebut. Abdul Rahman pun bawa isterinya ke Madinah. Dia adalah Quraish yang pertama berkahwin dengan perempuan dari keturunan Bani Kalb. Dari perkahwinan itu, dapat anak yang terkenal dengan kefaqihan, iaitu ABU SALAMAH BIN ABDUL RAHMAN BIN AUF; iaitu salah seorang dari 7 orang faqih di madinah dan menjadi Qadhi madinah pada tahun 48 hijrah sehingga 54 hijrah.

 

[] Abdul Rahman bin Auf antara yang terlibat dalam FATH MEKAH. Nabi saw hantar KHALID BIN AL-WALID ke BANI JAZIMAH selepas Fath Mekah. Khalid telah bunuh mereka secara tersalah.

 

Bani Jazimah ini adalah kalangan pada Jahiliyyah yang telah membunuh bapa Abdul Rahman bin Auf dan bapa saudara Khalid bin al-Walid yang bernama AL-FAKAH الفاكة BIN AL-MUGHIRAH.

 

Abdul Rahman bin Auf marah kepada Khalid dengan berkata: Kamu membunuh mereka kerana mereka membunuh bapa saudara kamu.

 

Khalid pula kata: Mereka membunuh bapa kamu.

 

Keadaan itu menyebabkan Khalid maki hamun kepada Abdul Rahman. Nabi saw mengetahui itu, Baginda pun berpesan;

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ، قَالَ: كَانَ بَيْنَ خَالِدِ بْنِ الْوَلِيدِ، وَبَيْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ شَيْءٌ، فَسَبَّهُ خَالِدٌ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا تَسُبُّوا أَحَدًا مِنْ أَصْحَابِي، فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَوْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا، مَا أَدْرَكَ مُدَّ أَحَدِهِمْ، وَلَا نَصِيفَهُ» - مسلم, 2541

Jangan kamu cela seorang pun dari kalangan sahabatku. Seseorang kamu jika infaqkan emas sebesar bukit uhud pun, pasti tidak dapat mendapat menyamai satu atau setengah cupak pun.

 

[] Semasa mula-mula sampai di madinah, nabi saw saudarakan dia dengan SA’AD BIN AL-RABI’.

 

حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، قَالَ: لَمَّا قَدِمُوا المَدِينَةَ آخَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ، وَسَعْدِ بْنِ الرَّبِيعِ، قَالَ لِعَبْدِ الرَّحْمَنِ: إِنِّي أَكْثَرُ الأَنْصَارِ مَالًا، فَأَقْسِمُ مَالِي نِصْفَيْنِ، وَلِي امْرَأَتَانِ فَانْظُرْ أَعْجَبَهُمَا إِلَيْكَ فَسَمِّهَا لِي أُطَلِّقْهَا، فَإِذَا انْقَضَتْ عِدَّتُهَا فَتَزَوَّجْهَا، قَالَ: بَارَكَ اللَّهُ لَكَ فِي أَهْلِكَ وَمَالِكَ، أَيْنَ سُوقُكُمْ؟ فَدَلُّوهُ عَلَى سُوقِ بَنِي قَيْنُقَاعَ، فَمَا انْقَلَبَ إِلَّا وَمَعَهُ فَضْلٌ مِنْ أَقِطٍ وَسَمْنٍ، ثُمَّ تَابَعَ الغُدُوَّ، ثُمَّ جَاءَ يَوْمًا وَبِهِ أَثَرُ صُفْرَةٍ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَهْيَمْ» ، قَالَ: تَزَوَّجْتُ، قَالَ: «كَمْ سُقْتَ إِلَيْهَا؟» . قَالَ: نَوَاةً مِنْ ذَهَبٍ، - أَوْ وَزْنَ نَوَاةٍ مِنْ ذَهَبٍ، شَكَّ إِبْرَاهِيمُ – البخاري, 3780

 

Ketika mereka (Kaum Muhajirin) sampai di Madinah, Rasulullah mempersaudarakan Abd al-Rahman bin 'Auf dengan Sa'ad bin ar-Rabi'. Sa'ad berkata kepada Abd Al-Rahman: "Aku adalah orang Ansar yang paling banyak hartanya, maka hartaku aku akan bagi dua dan aku mempunyai dua isteri, maka lihatlah mana antara keduanya yang menarik hatimu dan sebut kepadaku nanti aku akan ceraikan dan apabila telah selesai iddahnya maka nikahinya". Abd al-Rahman berkata: "Semoga Alah memberkahimu pada keluarga dan hartamu. Dimana letak pasar-pasar kamu?". Mereka menunjukkan pasar Bani Qainuqa'. Beliau tidak kembali dari pasar melainkan dengan membawa keju dan minyak sapi yang banyak. Beliau pun berdagang hingga pada suatu hari beliau datang dengan  pakaian dan wangian yang bagus. Nabi saw bertanya kepadanya: "Bagaimana keadaanmu?". Abd al-Rahman menjawab: "Aku sudah menikah". Baginda bertanya lagi: "Berapa jumlah mas kahwin yang kamu berikan padanya?". Abd al-Rahman jawab: "Sebiji emas atau seberat biji emas"

 



[1] Manhal:2/116

[2] manhal:2/117 | Aini:1/359

[3] manhal:2/117 | Aini:1/359

[4] Manhal:2/116

[5] Manhal:2/116

[6] Manhal:2/116

[7] Manhal:2/116