Showing posts with label SIQAH. Show all posts
Showing posts with label SIQAH. Show all posts

Tuesday, October 25, 2022

AL-MUGHIRAH BIN ABI BURDAH (101H)

 AL-MUGHIRAH BIN ABI BURDAH (101H)

الْمُغِيرَةَ بْنَ أَبِي بُرْدَةَ

 

Khilaf dalam kalangan ulama berkenaan nama sebenarnya:

(a)                AL-MUGHIRAH BIN ABDULLAH BIN ABI BURDAH

(b)               ABDULLAH BIN AL-MUGHIRAH BIN ABI BURDAH (Bazl:1/176)

 

Maksud dengan BANI ABD AL-DAR itu adalah dia dari keturunan ABD AL-DAR BIN QUSOI BIN KILAB BIN MURRAH. (Bazl:1/176)

 

Jika dibandingkan dengan keturunan Nabi Muhammad saw seperti berikut;

 

[1] MUHAMMAD bin [2] ABDILLAH bin [3] ABDUL MUTTALIB bin [4] HASHIM bin [6] ABDUL MANAF bin [7] QUSOI bin [8] KILAB bin [9] MURRAH

 

Ini bermakna, keturunan BANI ABDIL AL-DAR ini ada hubungan dengan keluarga Nabi saw pada keturunan ke-7, iaitu pada QUSOI. Dan AL-MUGHIRAH adalah ketua kabilah ini. Dia berada di Afriqa dan Hijaz.

 

Dari catatan secara, dia terlibat perang laut:

(a)                KUASAI ANDALUSIA (90H)—bersama Gebenor Afrika pada masa itu, iaitu Musa bin Nusair (19H-97H) perang dalam menguasai maghribi – andalusia pada tahun 90H bersama dengan panglimanya, TARIQ BIN ZIYAD (50H-101H)

(b)               LAWAN KONSTENTINOPAL (98H)—Panglima perang laut untuk melawan Qastantiniyyah pada tahun 98 hijrah, di era khalifah SULAIMAN BIN ABDUL MALIK BIN MARWAN (54H-99H)

 

KOMENTAR ULAMA:

(a)                Dianggap SIQAH oleh AL-NASAIE, IBN HIBBAN.

(b)               IBN HAZM kata, dia majhul al-Ain dan al-Hal. Pendapat Ibn Hazm ini dibantah oleh WALIYUDDIN AL-IRAQI dengan menyatakan bahawa selain dari SA’ID BIN SALAMAH, terdapat perawi lain yang ambil hadis dari AL-MUGHIRAH, iaitu [1] AL-HARIS BIN YAZID, [2] ABDULLAH BIN ABI SOLEH, [3] MUSA BIN AL-ASY’AS AL-BALAWI, [4] YAHYA BIN SA’ID AL-ANSARI, [5] YAZID BIN MUHAMMAD AL-QURASHI, [6] ABU MARZUQ AL-TUJIBI DLL. (Tawassut:2/563-4)

(c)                ABU DAUD kata, dia ma’ruf. (Tawassut:2/563-4)

(d)               IBN HIBBAN kata, kalau ada orang kata bahawa AL-MUGHIRAH ambil hadis ABU HURAIRAH melalui bapanya, maka itu adalah WAHAM. (Bazl:1/176 |Manhal:1/277)

(e)               IMAM MALIK meriwayatkan hadis dari AL-MUGHIRAH.

 

Dia adalah rijal Abi Daud, al-Tarmizi, al-nasaie dan ibn Majah.


Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis ke-83.

Thursday, September 29, 2022

ABU SA’ID AL-ASYAJ (167H-257H)

ABU SA’ID AL-ASYAJ (167H-257H)

أَبُو سَعِيدٍ الْأَشَجُّ

 

Nama penuhnya adalah ABDULLAH BIN SA’ID BIN HUSOIN AL-KINDI AL-ASYAJ AL-KUFI.

 

KOMENTAR POSITIF;

(a)                 ABU HATIM AL-RAZI kata, dia imam pada zamannya.

(b)               MUHAMMAD BIN AHMAD BIN BILAL AL-SYATHWI kata, aku tidak jumpa orang lebih hafal darinya.

(c)                AL-NASAIE kata, dia soduq.

(d)               YAHYA BIN MAIN kata, dia ليس به بأس, tetapi dia riwayatkan juga hadis dari perawi doif.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, guru kepada Imam Muslim.

IBRAHIM BIN YAZID AL-TAIMIY (92H)

IBRAHIM BIN YAZID AL-TAIMIY (92H)

إِبْرَاهِيمَ بْنِ يَزِيدَ التَّيْمِيِّ

 

Nama penuhnya adalah IBRAHIM BIN YAZID BIN SYARIK AL-TAIMIY. Digelar dengan ABU ASMA’ AL-KUFI.

 

Terkenal dengan ahli Ibadat yang tekun. Al-‘Amash pernah cerita bahawa semasa dia sujud, burung datang hinggap di atas belakangnya.

 

Menurut cerita (قيل), dia mati dibunuh oleh al-Hajjaj pada tahun 92 hijrah (Kawkab:4/119) dan SA’ID BIN JUBAIR dibunuh pada tahun 95 hijrah.

 

Dalam al-Tabaqat al-Kubra, AL-WAQIDI meriwayatkan bahawa HAJJAJ mahu mencari IBRAHIM AL-NAKHAIE (47H-96H). lalu IBRAHIM ALTAIMI datang dan berkata: Aku adalah IBRAHIM.

 

Dia pun ditangkap oleh HAJJAJ dalam keadaan IBRAHIM AL-TAIMI tahu bahawa yang HAJJAJ mahu adalah IBRAHIM AL-NAKHAIE. Dia pun dipenjarakan di AL-DIMASالديماس (kini di Syria). Dalam penjara, dia sentiasa sejuk dan tidak mendapat cahaya matahari.

 

Keadaan dia begitu teruk, sehingga ketika ibunya datang ziarah dia di penjara, ibunya tidak mengenalinya kecuali setelah bercakap dengan dia.

 

Dia mati dalam penjara. Dalam riwayat AL-WAQIDI diceritakan juga bahawa HAJJAJ bermimpi pada malam IBRAHIM meninggal dunia bahawa ada suara memberitahu bahawa ada seorang ahli syurga mati dalam penjara. Keesokannya, HAJJAJ tanya kepada pegawai istana. Mereka jawab: orang itu adalah IBRAHIM AL-TAIMI.

 

ABU DAUD kata, dia meninggal dunia ketika umurnya tidak sampai 40 tahun. (Tabaqat al-Huffaz—al-Sayuti)

 

Dia terkenal dengan zuhud dan ibadat. Dia pernah berkata: aku pernah tidak makan selama 30 hari.

 

KOMENTAR POSITIF:

(a)                AL-ZAHABI kata, dia pemuda soleh taat perintah tuhan alim faqih.

 

KOMENTAR TENGAH-TENGAH

(a)                IBN HAJAR AL-ASQALANI sebut dalam AL-TAQRIB, dia siqah tetapi IRSAL dan TADLIS (Kawkab:4/119)

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah.

Sunday, September 11, 2022

IBN KHARRABUZ

 IBN KHARRABUZ

ابْنِ خَرَّبُوذَ

 

Namanya adalah Salim bin Sarj. Ada kata, Salim bin al-Nu’man. Tetapi, sering disebut dengan ABU AL-NU’MAN BIN KHARRABUZ AL-MADANI.

 

Dia adalah hamba Ummu Subayyah yang dimerdekakan. Dia ada adik beradik bernama NAFI’.

 

Ada orang kata, dia adalah ma’ruf bin Kharrabuz. Namun, dibantah oleh Waliyuddin al-Iraqi dengan menyatakan bahawa Ibn Kharrabuz di sini berbeza dengan Ma’ruf bin Kharrabuz. (Tawassut:2/539)

 

Dalam Ibn Majah (382), namanya disebut dengan SALIM ABI AL-NU’MAN BIN SARJ;

حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الدِّمَشْقِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ عِيَاضٍ قَالَ: حَدَّثَنَا أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ، عَنْ سَالِمٍ أَبِي النُّعْمَانِ وَهُوَ ابْنُ سَرْجٍ، عَنْ أُمِّ صُبَيَّةَ الْجُهَنِيَّةِ قَالَتْ:

 

PENDAPAT ULAMA BERKENAAN DIA:

(a)                Ibn Hibban senaraikan dia dalam kitab al-Siqat. Namun, tidak ada namanya dalam kitab hadis kecuali hadis ini sahaja.

(b)               Ibn Main kata, dia siqah lagi syaikh yang masyhur.