YAZID BIN KHALID BIN ABDILLAH BIN MAUHIB AL-HAMDANI (232H)
يَزِيدُ بْنُ خَالِدِ بْنِ
عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَوْهَبٍ الْهَمْدَانِيُّ
Gelarannya ABU KHALID
AL-RAMLI. Digelar al-Ramli kerana dia berasal dari Ramallah (Palestine). Al-Hamdani
pula adalah satu kabilah Arab dari Yaman. Hal ini kerana, asal keturunannya
dari Yaman.
Dia adalah guru Imam
Abu Daud, al-Nasaie dan Ibn Majah.
Al-Daraqutni kata dia
majhul, tetapi tidak sedikit ulama yang kata dia siqah. Apatah lagi, Imam Abu
Daud belajar dan riwayatkan hadisnya. Ibn Hibban meletakkan dia dalam senarai
perawi-perawi siqah.
Dia adalah salah seorang perawi yang sahih.
No comments:
Post a Comment