Saturday, March 26, 2022

HUMAID AL-HIMYARI BIN ABDUL RAHMAN (91H)

 HUMAID AL-HIMYARI BIN ABDUL RAHMAN (91H)

حُمَيْدٍ الْحِمْيَرِيِّ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ

 

Al-Himyar adalah nisbah kepada keturunan HIMYAR BIN SABA’.  Beliau adalah tabiin kecil, kerana dikatakan dia jumpa sahabat tidak ramai. Antaranya adalah Abu Hurairah (21SH-59H), Abdullah bin Umar (14SH-73H), Abu Bakrah (52H) (nama betul: Nafi’ bin al-Haris bin Masruh al-Saqafi dan Sa’ad bin Hisyam bin ‘Amir al-Ansari (mati antara 81H hingga 90H).

 

KOMENTAR ULAMA

(a)                Dianggap SIQAH oleh al-Ijli.

(b)               IBN SIRIN kata, dia orang yang faqih dalam kalangan penduduk basrah.


Beliau adalah salah seorang rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Nama beliau tidak terdapat dalam senarai rijal al-Bukhari. Beliau perawi siqah lagi sahih.

No comments:

Post a Comment