ABU ZUR’AH HAYWAH BIN SYURAIH BIN SAFWAN AL-TUJIBI (158H)
ابو زرعة حَيْوَةُ بْنُ شُرَيْحٍ
بن صفوان
التجيبي
Dia digelar oleh al-Zahabi sebagai guru kepada negara Mesir.
Dia pernah sampai ke Hadhramaut untuk menuntut ilmu. Dia bukan sekadar mahir
dalam ilmu hadis, bahkan turut mahir dalam bidang fiqh.
Walaupun dia sebagai salah seorang rijal Abi Daud
sahaja, tetapi dia adalah guru Imam al-Bukhari.
Namun begitu, ada beberapa hadis tertentu, Imam
Bukhari tidak ambil hadis terus dari Haywah, tetapi ambil dari muridnya yang
bernama Abu ‘Asim dan Abdullah bin Yazid al-Muqri al-Makki.
Selain Rijal Imam Abu Daud, dia juga adalah Rijal
Muslim, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Dia adalah perawi siqah lagi
sahih.
PERINGATAN: ada seorang lagi bernama HAYWAH BIN
SYURAIH juga bernama penuhnya adalah HAYWAH BIN SYURAIH AL-HADHRAMI. Dia adalah
guru Imam Abu Daud, sedangkan HAYWAH dalam riwayat ini sekadar rijal Abi Daud
sahaja.
No comments:
Post a Comment