Saturday, March 26, 2022

SAHABAT: HAFSAH BINTI UMAR BIN AL-KHATTAB (18SH-41H)

 SAHABAT: HAFSAH BINTI UMAR BIN AL-KHATTAB (18SH-41H)

 حَفْصَةُ بنت عمر بن الخطاب

 

Dilahirkan di Mekah dan meninggal dunia di Madinah. dia pernah sampai di Tihamah, yang sekarang salah satu tempat dalam Kawasan Saudi.

 

Dia dalah Isteri ke-4 nabi (selepas Aisyah), berkahwin dengan Nabi pada tahun ke-3 hijrah, iaitu selepas dari perang Uhud.

 

Dia adalah Adik beradik seibu sebapa dengan Abdullah dan Abdul Rahman. Nama ibu mereka adalah ZAINAB BINTI MAZ’UN مظعون

 

Dia adalah anak perempuan Saidina Umar yang paling sulong. Dia lebih tua dari Abdullah sebanyak 6 tahun.

 

Dilahirkan di tahun orang Quraish sebuk untuk membina kaabah ekoran runtuhan banjir. Dia memeluk islam semasa di Mekah lagi, bersama dengan bapanya, ketika itu umurnya 10 tahun.

 

Sebelum berkahwin dengan Nabi, suami dia bernama KHUNAIS BIN HUZAFAH AL-SAHMI, iaitu antara sahabat yang terawal memeluk islam, iaitu sebelum nabi masuk rumah Dar al-Arqam, serta turut berhijrah bersama ke Madinah.

 

Bekas suaminya mati kesan luka parah dalam perang uhud (ada kata, perang badar). Di tanam di kubur baqi’, bersebelahan dengan kubur Osman bin Maz’un. Perkahwinan antara Hafsah dan Khunais tidak mempunyai seorang anak pun.

 

KHUNAIS antara yang terlibat hijrah ke Habsyah. Kali pertama ke Habsyah, dia masih bujang lagi. Tidak lama kemudian, dia balik ke Mekah dan berkahwin dengan Hafsah. Setelah itu, dia ke Habsyah pula untuk kali kedua.

 

Cuma dalam riwayat, tidak ada satu sumber yang dipercayai menyatakan bahawa Hafsah turut sama ke Habsyah.

 

Selepas kematian KHUNAIS, Saidina Umar tawarkan Hafsah kepada Osman yang ketika itu baru kematian Roqayyah. Osman menolak dengan menyatakan bahawa dia tidak ada hajat dengan wanita.

 

Kemudian, ditawarkan kepada Abu Bakar, Abu Bakar tidak memberi sebarang respon.

 

Beberapa hari kemudian, Nabi saw sendiri jumpa umar dan pinang Hafsah. Pada tarikh yang sama, Osman berkahwin dengan Ummi Kalsum dan Nabi berkahwin dengan Hafsah.

 

Dia kahwin dengan nabi tahun bulan Sya’ban 3Hijrah.

 

Hafsah adalah isteri Nabi yang paling kuat cemburu, terutama dengan Sofiyah binti Huyay. Pernah berkata: Sofiyah anak orang Yahudi. Mendengar itu, Sofiyah sedih dan maklumkan hal itu kepada nabi saw. Baginda pun berkata kepada Sofiyah:

إِنَّكِ لابْنَةُ نَبِيٍّ، وَإِنَّ عَمَّكِ لَنَبِيٌّ، وَإِنَّكِ لَتَحْتَ نَبِيٍّ، فَفِيمَ تَفْخَرُ عَلَيْكِ؟

“Kamu adalah keturunan nabi, bapa saudara kamu adalah nabi, dan kamu berada di bawah Nabi (isteri Nabi). Atas sebab apa dia (Hafsah) mahu berbangga lebih dari kamu”

 

Kemudian, nabi pun berkata kepada Hafsah:

 اتَّقِي اللَّهَ يَا حَفْصَةُ

“takutlah kamu akan Allah, wahai Hafsah”

 

Dalam riwayat, ada dinyatakan bahawa Nabi pernah nak menceraikannya, tetapi datang Jibril melarang dengan menyatakan bahawa Hafsah adalah isteri baginda dalam syurga.

 

Walaubagaimana pun, riwayat-riwayat tersebut berlaku beberapa kritikan sanad berikut;

 

Pertama: Dalam riwayat al-Hakim dan al-Tibrani.

 

Diceritakan bahawa selepas nabi menceraikan Hafsah, maka dua bapa saudaranya (abang kepada Zainab binti Maz’un), iaitu Osman dan Quddamah bin Mas’ud berjumpa dan didapati Hafsah sedang menangis. Tidak lama kemudian, nabi saw datang kepada Hafsah dan memaklumkan bahawa Jibril menyuruh agar rujuk Hafsah kerana Hafsah adalah isteri baginda dalam syurga.

 

عن قيس بن زيد ان النبي صلى الله عليه وسلم طلق حفصة بنت عمر، فدخل عليها خالاها قدامة وعثمان ابنا مظعون، فبكت وقالت: والله ما طلقني عن شبع، وجاء النبي صلى الله عليه وسلم، فقال: "قال لي جبريل عليه السلام: راجع حفصة، فإنها صوامة قوامة، وإنها زوجتك في الجنة"

 

Kisah ini dikritik oleh Arnaut dalam TAHQIQ IBN HIBBAN dengan kritikan berikut;

 

[a] dalam sanad hadis ini ada perawi bernama Qais bin Zaid. Dia seorang Majhul.

 

[b] Dari sudut matan, dijelaskan bahawa Osman bin Maz’un datang berjumpa dengan Hafsah, walhal dalam catatan sejarah, Osman meningggal dunia sebelum perang uhud, sedangkan Nabi kahwin dengan Hafsah selepas perang uhud.

 

Kedua: dari kitab Tafsir ibn kathir:

 

Daripada Anas bin Malik berkata:

 

عَنْ أَنَسٍ قَالَ: "طلق رَسُولَ اللَّهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وسلم- حفصة، فأتت أهلها، فأنزل الله تعالى: {يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ} ، فقيل له: راجعها؛ فإنها صوّامة قوّامة، وهي من أزواجك ونسائك في الجنة

“Rasulullah saw talak Hafsah, lalu Hafsah balik berjumpa dengan ahli keluarganya. Allah pun turunkan firmanNya: “Wahai Manusia, apabila kamu talakkan isteri, maka talaklah dalam iddahnya”. Diberikan kepada baginda: rujuklah dia (Hafsah), kerana dia seorang yang rajin berpuasa dan solat, dan Hafsah adalah antara isteri kamu dalam syurga” (Tafsir ibn kathir)

 

Hafsah adalah orang menyimpan mashaf yang dihimpun oleh Abu Bakar atas mesyuarat bersama Saidina Umar yang dikepalai Zaid bin Sabit. Selepas Umar meninggal dunia, Mashaf disimpan di rumah Hafsah.

  

Semasa Aisyah keluar ke Basrah ekoran fitnah pembunuhan saidina Osman, dia mahu keluar bersama Aisyah. Tetapi Adiknya, Abdullah halang dia pergi.

 

Dia meninggal tahun 41H, di awal pemerintahan Khalifah Muawiyah yang ketika itu, gabenor Madinah adalah MARWAN BIN AL-HAKAM. Dia dikebumikan di kubur Baqi’.

 

No comments:

Post a Comment