Saturday, March 26, 2022

SAHABAT: ABU QATADAH BIN RIB’IE AL-ANSARI (16SH-54H)

 SAHABAT: ABU QATADAH BIN RIB’IE AL-ANSARI (16SH-54H)

ابو قتادة بن ربعي الأنصاري السلمي

 

Berbagai dakwaan terdapat nama sebenarnya. Ada kata, nama sebenarnya adalah al-Haris. Ada pula kata, al-Nu’man. Ada pula kata, ‘Amru.

 

Dia adalah sahabat nabi dari kalangan orang Ansar. Walaupun dia masuk islam awal, tetapi dia tidak terlibat dalam perang Badar. Namun, selepas keterlibatan dia dalam perang Uhud, dia tidak pernah tertinggal dari keterlibatan dia dalam semua perang bersama dengan Nabi saw.

 

Dia dikenali sebagai tentera berkuda Nabi saw ekoran ketangkasan dia dalam memacu kuda dalam perang.

 

Dia meninggal dunia, sewaktu umurnya 70 tahun.

No comments:

Post a Comment