Showing posts with label TIGA. Show all posts
Showing posts with label TIGA. Show all posts

Monday, October 31, 2022

ABU KHALDAH (152H)

ABU KHALDAH (152H)

                                                                                                                                                         أَبُو خَلْدَةَ 


Nama sebenarnya adalah KHALID BIN DINAR AL-TAMIMI AL-SA’DI AL-BASRI

 

Selain ilmuan hadis, beliau juga seorang tukang jahit.

 

KOMENTAR ULAMA; (Manhal:1/289)

(a)                 Dia dianggap SIQAH oleh IBN MA’IN, AL-NASAIE, AL-IJLI, AL-DARAQUTNI, IBN SA’AD, YAZID BIN ZURAYI’, AL-TARMIZI, OSMAN BIN SA’AD & IBN ABD AL-BAR

(b)               AHMAD kata, dia syaikh siqah.

(c)                IBN MAHDI kata, dia soduq.

(d)               AL-TARMIZI kata, dia siqah dalam kalangan ahli hadis. (Bazl:1/183)

 

Dia adalah rijal al-bukhari, Abu Daud, al-Tarmizi, al-nasaie dan ibn Majah.


Perawi ini tersebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis ke-87

Tuesday, October 25, 2022

‘AMIR BIN SYURAHIL BIN ABD (22H-104H)

 ‘AMIR BIN SYURAHIL BIN ABD (22H-104H)

 عَامِرٍ بن شراحيل بن عبد

 

Tabiin ini lebih dikenali dengan AL-IMAM AL-SYA’BI.

 

Ada pihak lain kata, nama sebenarnya adalah ‘AMIR BIN ABDILLAH AL-HIMYARI AL-SYA’BI AL-KUFI. Ada pula kata, BIN ABDILLAH BIN SYURAHIL AL-SYA’BI. Dia dipanggil dengan ABU AMRU AL-KUFI. Dari bangsa HAMZAN (Iran).

 

Dia terkenal dengan kefaqihan dan ilmu hadis.

 

Dia popular dengan panggilan AL-IMAM AL-SYA’BI. Dia pernah kata, bahawa dia berjumpa dengan 500 orang sahabat dan dengar hadis dari 48 orang dari kalangan mereka (manhal:1/286)

 

Dia dilahirkan di era pemerintahan UMAR BIN AL-KHATTAB. 

 

Ulama Tarikh khilaf berkenaan Tarikh kelahirannya;

(a)                16 hijrah.

(b)               10 hijrah.

(c)                31 hijrah.

(d)               Khalifah bin Khayyat kata, dia dilahirkan sama tahun dengan al-hasan al-basri, iaitu tahun 21 hijrah.

(e)               Al-Asmu’I kata, pada tahun 17 hijrah.

 

Dia dilahirkan di kufah dan dibesarkan di situ. Selepas itu, dia tinggal di Madinah beberapa bulan kerana lari dari AL-MUKHTAR AL-SAQAFI. (1H-67H) yang ketika itu adalah panglima perang dalam usaha menuntut bela terhadap kematian saidina Husin.

 

Dia antara yang bersama ABDUL RAHMAN AL-ASY’AS dalam sejarah perang DIR AL-JAMAJIM, iaitu perbantaian AL-HAJJAJ terhadap kelompok yang memberontak melawan khilafah Umawiyyah. Selepas di tangkap, dia dilepaskan dan diberikan kemaafan oleh AL-HAJJAJ.

 

Dia terkenal dalam bidang Fiqh, hadis dan Tafsir serta bersyair. Dia banyak riwayatkan -kisah-kisah dari kalangan ahli kitab yang memeluk islam yang disebut al-Israiliyat.

 

Banyak negara yang dia telah jelajah demi mencari ilmu. Dia meninggal terkejut semasa di Kufah, dalam sekitar tahun 103 hijrah sewaktu umur 82 tahun.

 

Antara nasihatnya yang berharga:

(a)                Tidak seseorang itu buat bid’ah kecuali penjelasannya ada dalam kitabullah.

(b)               Ada seseorang berkata: fulan itu telah mati. Dia telah menjadi ahli akhirat. Al-Sya’bi pesan: jangan kamu kata dia ahli akhirat, tetapi katakanlah bahawa dia ahli kubur.

 

KOMENTAR ULAMA:

(a)                Dianggap SIQAH oleh IBN MA’IN, ABU ZUR’AH & ramai lagi (manhal:1/286)

(b)                SUFYAN BIN UYAYNAH berkata: orang hebat di zaman masing-masing adalah IBN ABBAS, AL-SYA’BI DAN AL-SAURI. (Tawassut:2/616)

(c)                MAKHUL kata, aku tidak nampak ada orang yang lebih faqih berbanding AL-SYA’BI. Perkataan hampir sama disebut oleh ABU HUSOIN dan ABU MIJLAZ (Manhal:1/286)

(d)               IBN MA’IN kata, mana-mana perawi yang diambil hadis oleh AL-SYA’BI, itu tandanya perawi itu siqah dan boleh dibuat hujah.

(e)               AL-JILI kata, mursal AL-SYA’BI adalah sahih (manhal:1/286)

(f)                 AL-ZAHABI kata, dia adalah Imam faqih mutqin sabat.

(g)                 AL-ASQALANI kata, dia sabat faqih Fadhil.

(h)               IBN SIRIN kata, aku sampai di kufah, aku dapati al-Sya’bi ada halakah ilmu yang ramai, walhal ketika itu sahabat nabi masih ramai lagi.

(i)                  AL-HAKIM kata, dia tidak mendengar hadis dari ABDULLAH BIN MAS’UD, walaupun dia pernah melihat sahabat nabi besar itu.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah.


Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis 85.

ABU FAZARAH

ABU FAZARAH

أَبو فَزَارَةَ

 

Nama sebenarnya adalah RASHID BIN KAISAN AL-ABSI AL-KUFI.

 

KOMENTAR POSITIF.

(a)                IBN MA’IN kata, dia siqah.

(b)               ABU HATIM kata, dia soleh.

(c)                AL-DARAQUTNI kata, dia siqah dan aku tidak nampak kitab-kitab اهل النقل menyebut keburukannya. (Bazl:1/178)

(d)               IBN HIBBAN senaraikan dalam al-Siqat, tetapi dengan komen: kadangkala dia tersilap.

(e)               IBN ABD AL-BAR kata, dia siqah dan ليس به بأس

 

Dia adalah Rijal muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, Ibn Majah. Al-Bukhari riwayatkan hadisnya dalam al-Adab. (Manhal:1/282)

 

AL-DARAQUTNI, IBN ‘ADI dan ABU AMRU (pengarang kitab al-ISTIGHNA) kata, Namanya adalah RASHID BIN KAISAN. (Tawassut:2/605-606).  Pendapat ini di bantah oleh ulama seperti berikut;

 

(a)                AHMAD kata, itu pendapat lemah. (Tawassut:2/605) bahkan anggap, ABU FAZZARAH dalam hadis ABDULLAH BIN MAS’UD adalah MAJHUL. (Bazl:1/179)

(b)                AL-NAWAWI kata, dalam Syarh Muslim bahawa jemaah para imam hadis menyatakan, dakwaan bahawa ABU FAZARAH adalah RASHID BIN KAISAN adalah tidak benar. (Tawassut:2/605)

(c)                AL-BUKHARI kata, RASHID BIN KAISAN dan ABU FAZARAH adalah dua orang yang berbeza. Demikian juga kupasan ABU AL-FATH BIN SAYYID AL-NAS (Tawassut:2/605)

(d)               AL-BUKHARI sebut namanya dalam senarai الضعفاء—perawi-perawi yang lemah. (Bazl:1/179)

(e)               WALIYUDDIN AL-IRAQI, AHMAD dan AL-HAKIM kata, dia majhul. (Tawassut:2/605 | bazl:1/179)

(f)                 Menurut pendapat IBN ABD AL-BAR, RASHID BIN KAISAN adalah siqah. (Aini:1/237)

SA’ID BIN SALAMAH AL-MAKHZUMI AL-BAHILI

 SA’ID BIN SALAMAH AL-MAKHZUMI AL-BAHILI

سَعِيدِ بْنِ سَلَمَةَ المخزومي الباهلي

 

Dia dari keturunan ال الأزرق, iaitu merujuk kepada keluarga bernama UQBAH BIN AL-AZRAQ.

 

Dalam tahqiq Musnad Ahmad (12/171| hadis no: 7233), ARNAUT kata, ulama berbeza pendapat berkenaan nama sebenarnya;

(a)                SALAMAH BIN SA’ID

(b)               ABDULLAH BIN SA’ID AL-MAKHZUMI

 

KOMENTAR ULAMA:

(a)                Dianggap SIQAH oleh AL-NASAIE, IBN HIBBAN.

(b)               IBN HAZM kata, dia majhul al-Ain dan al-Hal. Namun, pendapat ini dibantah oleh Waliyuddin al-Iraqi dengan kata bahawa selain SAFWAN BIN SULAIM, ada perawi lain yang turut ambil hadis darinya, iaitu AL-JULAH BIN YAHYA ABU KATHIR. Justeru, ternafi MAJHUL AL-AIN. (Tawassut:2/563-4)

 

Ulama Madinah ini adalah rijal Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah.


Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis ke-83.

Friday, October 21, 2022

‘ASIM BIN SULAIMAN AL-AHWAL (143H)

 ‘ASIM BIN SULAIMAN AL-AHWAL (143H)

 عَاصِمٍ بن سليمان الأحول

 

Ulama yang juga seorang tabiin ini berasal dari Basrah ini digelar dengan ABU ABD AL-RAHMAN. Semasa di Kufah dia dilantik menjadi pengerusi Hisbah yang memantau timbangan peniaga-peniaga di pasar-pasar kufah. Semasa di al-Madain (Iraq), dia dilantik menjadi Qadhi, iaitu di era pemerintahan Abu Jaafar.

 

Menurut al-Bukhari, dia meninggal pada 143 hijrah.


KOMENTAR ULAMA;

(a)                Dia dianggap SIQAH oleh IBN MA’IN, ABU ZUR’AH, AL-IJLI, IBN ‘AMMAR, IBN AL-MADINI dan IBN HIBBAN.

(b)               SUFYAN AL-SAURI kata, aku jumpa empat orang yang kuat hafalannya. Antaranya adalah ‘Asim bin Sulaiman.

(c)                HAFS BIN GHIYAS berkata, apabila ‘Asim kata dia menyangka, itu bermakna ia tidak syak lagi.

(d)               AHMAD kata, dia dari kalangan HUFFAZ dan syaikh siqah.

(e)               YAHYA AL-QATTAN kata, dia bukan hafiz. Abu Ahmad al-Hakim terima jika dia ada mutaba-ah.

(f)                 IBN ‘ULAYYAH kata, setiap nama perawi ‘ASIM, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada hafalannya.

(g)                ABU AHMAD AL-HAKIM kata, dia tidak dikira hafiz sehingga IBN IDRIS tidak ambil hadisnya kerana buruk hafalan.

(h)               AHMAD BIN HAMBAL kata, dia syaikh siqah.

(i)                  YAHYA BIN MA’IN kata, YAHYA BIN SA’ID anggap ‘ASIM sebagai DOIF.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah.


Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis ke-82.

Thursday, September 29, 2022

IBRAHIM BIN YAZID AL-TAIMIY (92H)

IBRAHIM BIN YAZID AL-TAIMIY (92H)

إِبْرَاهِيمَ بْنِ يَزِيدَ التَّيْمِيِّ

 

Nama penuhnya adalah IBRAHIM BIN YAZID BIN SYARIK AL-TAIMIY. Digelar dengan ABU ASMA’ AL-KUFI.

 

Terkenal dengan ahli Ibadat yang tekun. Al-‘Amash pernah cerita bahawa semasa dia sujud, burung datang hinggap di atas belakangnya.

 

Menurut cerita (قيل), dia mati dibunuh oleh al-Hajjaj pada tahun 92 hijrah (Kawkab:4/119) dan SA’ID BIN JUBAIR dibunuh pada tahun 95 hijrah.

 

Dalam al-Tabaqat al-Kubra, AL-WAQIDI meriwayatkan bahawa HAJJAJ mahu mencari IBRAHIM AL-NAKHAIE (47H-96H). lalu IBRAHIM ALTAIMI datang dan berkata: Aku adalah IBRAHIM.

 

Dia pun ditangkap oleh HAJJAJ dalam keadaan IBRAHIM AL-TAIMI tahu bahawa yang HAJJAJ mahu adalah IBRAHIM AL-NAKHAIE. Dia pun dipenjarakan di AL-DIMASالديماس (kini di Syria). Dalam penjara, dia sentiasa sejuk dan tidak mendapat cahaya matahari.

 

Keadaan dia begitu teruk, sehingga ketika ibunya datang ziarah dia di penjara, ibunya tidak mengenalinya kecuali setelah bercakap dengan dia.

 

Dia mati dalam penjara. Dalam riwayat AL-WAQIDI diceritakan juga bahawa HAJJAJ bermimpi pada malam IBRAHIM meninggal dunia bahawa ada suara memberitahu bahawa ada seorang ahli syurga mati dalam penjara. Keesokannya, HAJJAJ tanya kepada pegawai istana. Mereka jawab: orang itu adalah IBRAHIM AL-TAIMI.

 

ABU DAUD kata, dia meninggal dunia ketika umurnya tidak sampai 40 tahun. (Tabaqat al-Huffaz—al-Sayuti)

 

Dia terkenal dengan zuhud dan ibadat. Dia pernah berkata: aku pernah tidak makan selama 30 hari.

 

KOMENTAR POSITIF:

(a)                AL-ZAHABI kata, dia pemuda soleh taat perintah tuhan alim faqih.

 

KOMENTAR TENGAH-TENGAH

(a)                IBN HAJAR AL-ASQALANI sebut dalam AL-TAQRIB, dia siqah tetapi IRSAL dan TADLIS (Kawkab:4/119)

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah.

Monday, September 19, 2022

FUDHAIL BIN GHAZWAN BIN JARIR AL-DHOBBI (140H)

 FUDHAIL BIN GHAZWAN BIN JARIR AL-DHOBBI (140H)

فُضَيْلِ بْنِ غَزْوَانَ بن جرير الضبي

 

Dipanggil dengan ABU AL-FADHL. Dia meninggal di era pemerintahan khalifah al-Mansur. Dia adalah rijal al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi dan al-Nasaie. Tidak didapati namanya dalam kitab sunan Ibn Majah.

‘UMARAH BIN AL-QA’QA’

  ‘UMARAH BIN AL-QA’QA’

عُمَارَةَ بْنِ الْقَعْقَاعِ

 

Nama penuhnya adalah ‘Umarah bin al-Qa’qa’ bin Syibrumah al-Dhobbi. Ulama Kufah ini siqah dan beliau adalah rijal al-Kutub al-Sittah. 

Sunday, September 11, 2022

UBAIDULLAH BIN UMAR BIN HAFS BIN ‘ASIM BIN UMAR BIN AL-KHATTAB (71H-147H)

  UBAIDULLAH BIN UMAR BIN HAFS BIN ‘ASIM BIN UMAR BIN AL-KHATTAB (71H-147H)

 عُبَيْدِ اللَّهِ بن عمر بن حفص بن عاصم بن عمر بن الخطاب

 

Gelarannya adalah Abu Osman al-Madani. Dia adalah cicit kepada ‘Asim yang merupakan anak kepada Saidina Umar bin al-Khattab. Ibunya bernama FATIMAH BINTI UMAR BIN ‘ASIM BIN UMAR BIN AL-KHATTAB.

 

Bermakna, ibu dan bapanya adalah sepupu, iaitu dari atuknya yang bernama ‘Asim.

 

Dia dilahirkan dan meninggal dunia di Madinah.

 

Dia merupakah salah seorang al-Fuqaha’ al-Sab’ah, iaitu tujuh orang ulama fiqh di Madinah yang menjadi rujukan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

 

Dia berjumpa dengan Ummu Khalid binti Khalid (sahabiyyah) dan mendengar hadis darinya.

 

Dia dari kalangan صغار التابعين, dan salah seorang orang kenamaan di Madinah. Salah seorang dari tujuh fuqaha’ sab’ah di Madinah.

 

Al-Zahabi kata, aku berpendapat bahawa dia riwayatkan lebih 400 hadis.

 

Adik beradik dia:

(a)                ABDULLAH

(b)               ABU BAKAR

(c)                ‘ASIM.

 

Nama isterinya;

(1)                UBAYYAH BINTI ABI BAKAR BIN UBAIDULLAH BIN ABDULLAH BIN UMAR BIN AL-KHATTAB. Anak-anaknya:

a.                  Rabah

b.                  Hafsh

c.                   Bakkar

 

(2)               FUDHAILAH BINTI MUSA BIN UTBAH BIN ABDUL RAHMAN BIN ABDULRAHMAN BIN AUF. Anaknya:

a.      ISMAIL BIN UBAIDULLAH.

 

KOMENTAR ULAMA;

(a)                Dia dianggap siqah oleh IBN MA’IN, ABU ZUR’AH, ABU HATIM dan IBN HIBBAN.

(b)               Dianggap SIQAH SABAT oleh AL-NASAIE, AHMAD BIN SOLEH, AL-ASQALANI

(c)                IBN MAIN kata, dia siqah hafiz dan muttafaqa alaih.

(d)               IBN HIBBAN kata, dia siqah dan dari kalangan orang-orang besar Madinah, orang mulia dari kalangan Quraish dari sudut ilmu, ibadat, hafalan dan ketelitian.

(e)               AHMAD BIN SOLEH kata, dia siqah sabat ma’mun yang tidak ada seorang pun yang lebih sabat darinya berkenaan Hadis Nafi’.

(f)                 AHMAD kata, dia lebih sabat berbanding Ayyub, Ubaidullah bin Umar dan Malik.

(g)                AL-ZAHABI kata, dia sabat.

(h)               ALI BIN UMAR AL-HARBI kata, dia siqah hafiz dan muttafaq Alaih.

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, dan merupakan seorang perawi siqah lagi sahih.

USAMAH BIN ZAID (153H)

 USAMAH BIN ZAID (153H)

 أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ

 

Ulama hadis Madinah ini sama nama dengan sahabat Nabi bernama USAMAH BIN ZAID (meninggal 54 Hijrah). Dia digelar dengan ABU ZAID AL-LAISI AL-MADANI.

 

Dia adalah seorang ulama yang alim dalam ilmu hadis di era Atba’ al-Tabiin.

 

PENDAPAT ULAMA;

a.                  Antara yang kata dia siqah adalah Ahmad, Ibn Ma’in, Abu Ja’far al-Tahawi, ibn al-Madini dan al-Ijli

b.                  Al-Sahranpuri kata, dia adalah hasanul hadis.

c.                   Al-Jurjani kata, hadisnya tidak ada apa-apa.

d.                  Abu Hatim kata, hadisnya ditulis tetapi tidak boleh dibuat hujah.

e.                  Ahmad kata, laisa bi syai’.

f.                    Ahmad juga kata di tempat lain dia doif.

g.                   Abu al-Qasim al-Bisykawal kata, dia maqbul al-Hadis. Baginya ada riwayat mungkar dari al-Zuhri.

h.                  Abdullah bin Ahmad bin Hanbal kata, dia ambil hadis dari Nafi’ hadis-hadis mungkar.

i.                    Ibn Hajar al-Asqalani kata, dia soduq yang waham. Al-Bukhari sekali sekala riwayatkan dia secara ta’liq.

j.                    Al-Nasaie kata, dia tidak kuat.

k.                   Al-Daraqutni kata, al-Bukhari tinggalkan hadisnya.

l.                    Yahya bin Sa’id mendoifkannya.

m.                Abu Hatim bin Habban al-Basti kata, dia buat silap.

n.                  Al-Nasaie kata, dia tidak kuat.

o.                  Al-Qattan tinggalkan riwayatnya semasa akhir hidupnya.

p.                  Ibn Hibban kata, dia buat silap dalam keadaan dial urus dalam menentukan kesahihan kitab.

 

Semua al-kutub al-sittah ambil riwayatnya. Cuma al-Bukhari sekadar riwayatkannya secara istisyhad sahaja.