AL-MUFADDHAL BIN FADHALAH AL-MISRI (107H-182H)
الْمُفَضَّلُ
ابْنَ فَضَالَةَ الْمِصْرِيَّ
Nama penuhnya adalah ABU MUAWIYAH AL-MUFADHHAL BIN
UBAID BIN SUMAMAH BIN MARSAD AL-RA’INI الرعيني AL-QITBANI
Dia berasal dari Mesir dan pernah menjadi Qadhi di Mesir
sebanyak dua kali.
Ramai ulama menganggap bahawa dia seorang yang zuhud
dan mustajab doa. Antara yang mengatakan sebegitu adalah Imam Abu Daud dan Isa
bin Zaghbah. Dikatakan dia seorang ahli ibadat, sehinggakan menurut cerita
bahawa dalam dia sakit dan badannya lemah, dia mampu berdiri lama untuk
menunaikan solat.
Ada TAJRIH terhadapnya seperti Ibn Sa’ad kata, dia munkar hadis. Namun
begitu, al-Saharanpuri dalam kitab Bazl al-Majhud kata, Ibn Sa’ad salah dalam
menilai al-Mufaddhal. Abu Hatim, Ibn Kharrash dan Ibn Ma’in kata, dia siqah
lagi Soduq.
Dia salah seorang rijal al-kutub al-Sittah, dan dia
dianggap perawi sahih.
No comments:
Post a Comment