Saturday, March 26, 2022

ABU KHAISAMAH ZUHAIR BIN MUAWIYYAH AL-JU’FI AL-KUFI (95H-174H)

 ABU KHAISAMAH ZUHAIR BIN MUAWIYYAH AL-JU’FI AL-KUFI (95H-174H)

 أبو خيثمة زُهَيْرٌ بن معاوية أبو خيثمة الجعفي الكوفي

 

Dia berasal dari Kufah. Pada tahun 164 hijrah, dia berhijrah ke jazirah. Menurut riwayat yang tidak dapat dipertanggungjawab bahawa setahun sebelum dia meninggal dunia, dia ditimpa penyakit الفالج—Tubuh badan tidak dapat bergerak sepertimana orang sakit strok.

Penduduk Iraq selalu cakap:

اذا مات الثوري ففي زهير خلف

“Apabila al-Sauri mati, maka penggantinya adalah ZUHAIR”. (Ruslan:1/620)


KOMENTAR POSITIF:

(a)                AL-IJLI kata, dia siqah ma’mun.

(b)               AL-ZAHABI kata, dia hafiz siqah hujjah.

(c)                Al-NASAIE kata, dia siqah sabat

(d)               SUFYAN BIN UYAYNAH kata, tidak ada orang sepertinya di kufah.

(e)               YAHYA BIN MA’IN kata, dia siqah.

(f)                 ABU BAKAR BIN MANJAWEH kata, dia hafiz mutqin. Penduduk Iraq mendahulukannya berbanding orang lain yang seangkatan dengannya.

(g)                Kata al-Sahranpuri, jika dia ambil hadis dari abu Ishaq, itu layyin. Hal ini kerana, dia dengar hadis darinya di akhir umurnya. (lihat hadis ke-82 sunan Abi Daud)

(h)               ABU ZUR’AH kata, dia siqah kecuali dia dengar hadis dari ABU ISHAQ selepas IKHTILAT.

(i)                  IBN HAJAR AL-ASQALANI kata, dia siqah lagi sabat tetapi dia dengar hadis dari ABU ISHAQ dekat dengan kematiannya.

(j)                  AHMAD kata, hadis dia dari ABU ISHAQ adalah لين kerana dia dengar dekat dengan akhir kematiannya.


Salah seorang tabi’ al-Tabi’in. Dia salah seorang rijal al-Kutub al-Sittah.

 

No comments:

Post a Comment