Showing posts with label IKHTILAT. Show all posts
Showing posts with label IKHTILAT. Show all posts

Wednesday, June 8, 2022

HUSOIN BIN ABDUL RAHMAN (43H-136H)

 HUSOIN BIN ABDUL RAHMAN (43H-136H)

حُصَيْنٍ بن عبد الرحمن

 

Dia adalah sepupu kepada Mansur bin al-Mu'tamir

 

Dipanggil sebagai ABU AL-HUZAIL AL-SULAMI AL-KUFI.

 

Dia adalah Rijal al-kutub as-sittah.

 

Dia adalah seorang perawi yang siqah, tetapi sebelum kematiannya hafalannya semakin memburuk

HAMMAD BIN SALAMAH BIN DINAR AL-BASRI (91H-167H)

 HAMMAD BIN SALAMAH BIN DINAR AL-BASRI (91H-167H)

حَمَّادٌ بن سلمة بن دينار البصري

 

Dia digelar dengan panggilan ABU SALAMAH.

 

Al-Baihaqi kata, dia salah seorang imam dalam kalangan muslim, tetapi dekat dengan saat kematian, buruk hafalannya.

 

Abu Daud kata, dia adalah sebaik-baik perawi hadis di Basrah. Abu Zur’ah kata, hafalannya cukup kuat. Ramai kata dia siqah.

Monday, April 4, 2022

SYARIK BIN ABDULLAH (95H-177H)

 SYARIK BIN ABDULLAH (95H-177H)

شَرِيكٌ ابن عبدالله

 

Nama penuhnya adalah SYARIK BIN ABDULLAH BIN AL-HARIS AL-NAKHASIE AL-KUFI.

 

Ada dakwaan mengatakan, nama sebenarnya adalah AUS BIN AL-HARIS AL-NAKHAIE yang digelar dengan ABU ABDULLAH AL-KUFI.

 

Pada tahun 153 hijrah, dia dilantik jadi Qadhi di era pemerintahan Abu Ja’far ABDULLAH AL-MANSUR BIN MUHAMMAD, iaitu khalifah ke-10 selepas nabi, atau khalifah ke-2 di era Abbasiyyah; dia adalah orang yang membangunkan daulah abbasiyyah. Namun, dia digugurkan selepas itu.

 

Pada era khalifah Abbasiyyah ke-3, AL-MAHDI BILLAH, MUHAMMAD BIN ABDILLAH AL-MANSUR, dia dilantik pula. Namun, digugurkan pula oleh MUSA AL-HADI BIN ABU ABDILLAH MUHAMMAD AL-MAHDI BIN ABU JA’FAR ABDULLAH AL-MANSUR, khalifah ke-4 Abbasiyyah.

 

Dia diakui siqah oleh al-‘Ijli, Ibrahim al-Harbi dan Ibn Ma’in. Cuma, Ibn Ma’in kata, dia siqah soduq yang ada buat silap. Apabila dia menyalahi orang lain, pendapat orang lain lebih disukai.

 

Ibn Sa’ad kata, dia siqah dan ma’mun dan banyak meriwayatkan hadis. Tetapi, dia ada buat silap. Perkara yang sama ditegaskan oleh Abu Zur’ah. Ibrahim bin Sa’ad kata, dia ada silap sebanyak 400 hadis.

 

Ibn Hibban pula kata, pada akhir umurnya dia ada buat buat silap, iaitu berlaku ikhtilat.Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, dia ikhtilat itu berlaku semenjak dia menjadi Qadhi di Kufah.

 

Riwayat dia semasa dia muda, tidak berlaku ikhtilat. Tetapi, orang di kufah yang ambil hadis dengan dia; ketika itu, dia sudah ikhtilat, yang banyak waham dalam periwayatannya. Dengan itu, al-Nasaie kata, dia tidak kuat. Yaaqub bin Sufyan kata, dia siqah tetapi hafalannya buruk. Al-Azdi kata, dia cenderung kepada melampau dalam mazhab, buruk hafalan dan mudhtarib hadis.

 

Dia adalah rijal Abu Daud, al-tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Namanya ada dalam muslim pun sekadar mutaba-ah sahaja. Didapati namanya tidak ada ada riwayat al-Bukhari.

 

Dia adalah perawi siqah lagi sahih dan diterima riwayatnya sebelum dia ikhtilat. Iaitu, riwayatnya diterima semasa dia di wasit. Tetapi, tidak diterima semenjak dia menjadi qadhi di Kufah.

Saturday, April 2, 2022

HISHAM BIN URWAH (61H-146H)

 HISHAM BIN URWAH (61H-146H)

هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ

 

Dia adalah cucu kepada Sahabat Nabi yang terkenal, iaitu al-Zubair bin al-Awwam. Dengan kata lain, dia adalah anak saudara kepada sahabat Nabi yang bernama ABDULLAH BIN ZUBAIR.

 

Bapanya adalah URWAH BIN AL-ZUBAIR adalah perawi yang paling banyak riwayatkan hadis Aisyah. Dan dia mendengar hadis juga dari bapanya.

 

Isterinya adalah FATIMAH BINTI AL-MUNZIR BIN AL-ZUBAIR BIN AL-AWWAM, yang asalnya adalah sepupunya sendiri.

 

Hisham terkenal dengan alim dalam bidang fiqh dan hadis. semasa dia kecil, Ibn Umar pernah usap kepalanya dan mendoakan kepadanya.

 

Dia dilahirkan di Madinah serta banyak masa di situ. Selepas itu, dia berhijrah ke Baghdad dan meninggal dunia di situ.

 

Khalifah Abu Ja’far al-Mansur antara yang solat jenazahnya.

 

Dia dikebumikan di tanah perkuburan AL-KHIZRAN (tempat itu dinamakan al-Khizran kerana sempena kepada nama isteri kepada ibu kepada Khalifah Harun al-Rashid bernama AL-KHIZRAN BINTI ‘ATA’ yang  berada di kota الأعظمية iaitu kota yang dinisbahkan kepada Imam Abu Hanifah yang dia dikebumikan di situ)

 

Terdapat beberapa TAJRIH terhadapnya adalah seperti berikut;

 

Kata Yaaqub bin Syaibah, dia siqah dan diterima riwayatnya kecuali selepas dia berhijrah ke Iraq. Antaranya selelepas hijrah, dia selalu mursalkan hadis dari bapanya.

 

Imam Malik tidak ambil hadis dia andai yang ambil dari dia itu adalah penduduk Iraq. Kata Imam Malik lagi, dia ke Kufah sebanyak tiga kali. Semenjak di sana, dia selalu cakap “TELAH MENCERITAKAN KEPADAKU BAPAKU” dan “AKU MENDENGAR AISYAH”. Pada kali ke-2, dia kata: “TELAH MENGKHABARKAN KEPADAKU BAPAKU, DARIPADA AISYAH” Pergi pada kali ke-3: “BAPAKU DARIPADA AISYAH” (mursal dari bapanya)

 

Al-Zahabi juga kata, semasa umurnya tua, hafalannya semakin teruk.

 

Dalam erti kata lain, dia adalah perawi ikhtilat yang batasan riwayatnya tidak boleh diterima semenjak dia hijrah ke Baghdad.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah dan seorang perawi siqah lagi sahih. Namun, riwayatnya tidak diterima jika hadis yang dia riwayatkan itu semasa dia berada di baghdad.

 

Wednesday, March 30, 2022

ISMAIL BIN ‘AYYASH (108H-181H)

ISMAIL BIN ‘AYYASH (108H-181H)

 اسماعيل ابْنُ عَيَّاشٍ

 

Ulama hadis dari syam ini, nama penuhnya adalah ABU ‘UTBAH ISMAIL BIN ‘AYYASH BIN SULAIM AL-HIMSHI الحمصي.

 

Ulama yang mensiqahkan dia adalah Imam al-Bukhari, Ahmad bin Hanbal, Yahya bin Ma’in, Ibn ‘Adi dan kalangan ulama syam. Namun, penduduk al-Hijaz menganggap dia doif. Bahkan, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah meriwayatkan hadis darinya.

 

Dia diakui sabat semasa dia berada di Syam. Tetapi, selepas dia berpindah—keluar dari syam, didapati banyak berlaku idhtirab dan kesalahan pada riwayatnya. Dianggap sebagai ikhtilat.

 

Ini menurut apa yang disebut oleh ramai ulama hadis; antaranya adalah Abu Ahmad al-Hakim, Abu Ahmad bin ‘Adi al-Jurjani, Abu Ishaq al-Fazzari, Abu al-Qasim bin Bisykawal, Abu Bishr al-Dulabi, abu Bakar al-Baihaqi, Abu Ja’far al-‘Uqaili, Ibn al-Jawzi, Abu Hatim bin Habban al-Basti, Abu Zur’ah al-Razi, Ahmad bin Hanbal, al-Nasaie, Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Hakam bin Nafi’ al-Bahrani, al-Duhaim al-Dimasyqi, Ali bin al-Madini, Amru bin al-Fallas, al-Bukhari, Muhammad bin Abdullah al-Barqi, Osman bin Abi Syaibah, Yaaqub bin Syaibah al-Sadusi.

 

Justeru, riwayatnya sahih jika dia riwayatkan itu semasa dia di Syam. Tetapi, selepas dia berpindah dari Syam, maka hadisnya tidak boleh dibuat hujah.