Tuesday, March 8, 2022

UMAR BIN SA’AD BIN UBAID AL-HAFARI (203H)

 UMAR BIN SA’AD BIN UBAID AL-HAFARI (203H)

عُمَرُ بْنُ سَعْدٍ بن عبيد الحفري

 

Dia berasal dari kufah dan meninggal di situ. Dia dinisbahkan sebagai AL-HAFARI kerana dia tinggal di tempat yang bernama AL-HAFAR yang merupakan satu perkampungan dalam Kawasan kufah. Ada dari kalangan ulama hadis memanggil dia dengan panggilan ABU DAUD AL-HAFARI, antaranya adalah Imam Muslim.

 

Dia adalah rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi dan Ibn majah. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

 

PERINGATAN: ada seorang lagi perawi yang turut bernama UMAR BIN SA’AD (23H-66H), tetapi perawi ini adalah anak kepada sahabat Nabi terkenal, iaitu Sa’ad bin Waqas

No comments:

Post a Comment