ABU BAKAR ABDULLAH BIN
MUHAMMAD BIN ABI SYAIBAH (159-235H)
أَبُو بَكْرِ عبد الله بن محمد بن أَبِي
شَيْبَةَ
Dia adalah abang kepada Osman bin Abi Syaibah, bapa
kepada IBRAHIM BIN ABI BAKAR dan bapa saudara kepada ABU JA’FAR MUHAMMAD BIN
OSMAN.
Dia dilahirkan
di Wasit (Iraq) dan meninggal di kufah. Dia pernah sampai ke Damsyiq. Dia
adalah pengarang kitab “Musannaf Ibn Abi Syaibah”.
Dalam kalangan ulama hadis menggelarkannya sebagai
SAYYID AL-HUFFAZ, iaitu penghulu bagi segala penghafaz hadis. Dia bukan sekadar
terkenal dalam bidang hadis, malah terkenal juga dalam bidang tafsir al-Quran.
Dalam kalangan imam al-Kutub al-Sittah itu, hanya Imam
al-tarmizi sahaja tidak riwayatkan hadisnya. Ibn
Majah pula, meriwayatkan hadisnya dengan perantara.
Walaubagaimana
pun, dia perawi yang sahih.
***
[] ABU BAKAR (ABDILLAH) BIN
MUHAMMAD BIN ABI SYAIBAH IBRAHIM BIN OSMAN AL-ABSI AL-KUFI (159H - 235H) [1]
[] Dilahirkan di Wasit, dan
meninggal dunia di Kufah. Pernah sampai Damsyiq.
[] Atuknya, Ibrahim atau
dipanggil dengan ABU SYAIBAH adalah qadhi di Wasit. Adapun bapanya, MUHAMMAD
pula, AL-NAWAWI kata dia adalah qadhi di Farsi.
[] Dia ada dua adik yang juga
ulama hadis;
1.
OSMAN – Siqah
2.
QASIM – doif.
[] pengarang kitab Musannaf Ibn
Abi Syaibah. Digelar dengan SAYYID AL-HUFFAZ. Terkenal dalam bidang hadis dan
tafsir al-Quran.
KOMENTAR;
A.
Jamaah kecuali TARMIZI.
B.
Dianggap siqah oleh IBN KHARRASY,
ABU HATIM
C.
AHMAD kata, dia soduq. Aku lebih
suka dia berbanding adiknya, Osman.
D.
IJLI kata, dia siqah hafiz.
E.
IBN HIBBAN dalam AL-SIQAT kata,
dia mutqin, hafiz, himpun semua yang dia tulis, karang kitab, orang yang paling
hafal pada zamannya.
F.
IBN QANI’ kata, dia siqah sabat.
ZAHABI kata, al-hafiz al-kabir, hujah, jemaah anggap dia siqah.
No comments:
Post a Comment