Tuesday, March 8, 2022

OSMAN BIN ABI SYAIBAH AL-‘ABASI AL-KUFI (160H-239H)

 OSMAN BIN ABI SYAIBAH AL-‘ABASI AL-KUFI (160H-239H)

عُثْمَانُ بن محمد بن ابي شيبة العبسي الكوفي

 

Namanya adalah OSMAN BIN MUHAMMAD BIN IBRAHIM BIN OSMAN BIN KHAWASTI. Namun, lebih dikenali dengan OSMAN BIN MUHAMMAD BIN ABI SYAIBAH AL-KUFI.

 

Dia pernah sampai ke Mekah, Baghdad, dan al-ray (iran)

 

Dia terkenal dalam bidang ilmu Tafsir dan hadis. Abang dia adalah seorang ulama hadis terkenal, iaitu Abu Bakar bin Abi Syaibah yang terkenal pengarang kitab “Musannaf Ibn Abi Syaibah”. Seorang lagi adik beradiknya bernama al-Qasim bin Abi Syaibah yang juga salah seorang perawi hadis. Namun, dia antara perawi doif

 

Dia adalah guru imam Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ibn Majah, dan dalam kalangan perawi siqah dan sahih.

No comments:

Post a Comment