Wednesday, March 2, 2022

SAHABAT: SA’AD BIN ABI WAQAS (27SH-55H)

 SAHABAT: SA’AD BIN ABI WAQAS (27SH-55H)

سَعْدٍ  بن ابي وقاص

 

Salah seorang dari 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga semasa masih hidup. Dia sahabat yang paling akhir mati dari 10 orang ini.

 

Menurut cerita, dia adalah sahabat yang ke-3 terawal memeluk Islam. Ada pula kata, orang yang ke-7. Dia islam hasil dakwah Abu Bakar al-Siddiq.

 

Dia terlibat hijrah ke Madinah, terlibat perang badar dan uhud, perang khandaq dan perjanjian hudaibiyyah, serta perang Khaibar dan Fath Makkah.

 

Semasa Saidina Umar sakit sebelum meninggal, dia ada cadangkan beberapa orang sebagai calon khalifah selepasnya. Antara nama yang dicadangkan adalah Sa’ad bin Abi Waqas.

 

Adik beradiknya adalah ‘Amir bin Abi Waqas yang merupakan sahabat Nabi yang memeluk islam semasa di mekah dan terlibat dalam hijrah ke Habsyah, bahkan turut hadir dalam perang Uhud.

 

Selain itu, Umair bin Abi Waqas yang memeluk islam agak awal juga, bahkan salah seorang terbunuh dalam perang badar yang ketika itu baru berumur 16 tahun.

 

Adik beradik yang lain adalah Utbah bin Abi Waqas yang ulama khilaf terhadap keislamannya.

No comments:

Post a Comment