Sunday, March 6, 2022

SAHABAT: ABU SA’ID AL-KHUDRI (10SH-74H)

 ABU SA’ID AL-KHUDRI (10SH-74H)

أَبُو سَعِيدٍ الخدري الخزرجي

 

Sahabat Nabi ini dilahirkan dan meninggal dunia di Madinah. Nama sebenarnya adalah SA’AD BIN MALIK BIN SINAN BIN TSA’LABAH AL-KHAZRAJI.

 

Bapanya, Malik Bin Sinan merupakan sahabat nabi yang mati syahid dalam perang Uhud.

 

Adik beradik seibunya bernama Qatadah bin Nu’man—sahabat, mati dalam perang badar.

 

Masa perang uhud, dia minta nak terlibat perang, tetapi nabi tidak izinkan kerana ketika itudia masih budak lagi (umur 13 tahun)

 

Perang yang mula-mula sekali dia terlibat adalah Khandaq, iaitu pada bulan Syawal tahun 5 Hijrah—ketika itu, umurnya 15 tahun.

 

Ada kata, mula-mula terlibat dalam perang bani Mustaliq, iaitu pada bulan sya’ban 5 Hijrah sedangkan ibn ishaq kata, perang Bani Mustaliq berlaku pada 6 Hijrah.

No comments:

Post a Comment