ISHAQ BIN ABDULLAH BIN ABI TALHAH (54H-132H)
إِسْحَاقَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي
طَلْحَةَ
Dia digelar dengan Abu al-Najih. Ada kata, Abu Muhammad. Ada kata, Abu
Yahya.
Tabbin kecil di Madinah ini adalah ulama yang mahir dalam bidang fiqh.
Dia adalah anak saudara Anas bin malik, kerana atuknya bernama ABU
TALHAH (34SH-34H) adalah sahabat nabi. Nama sebenarnya adalah ZAID BIN SAHL
AL-ANSARI AL-NAJJARI AL-MADANI yang memeluk islam sebelum bai’ah aqabah ke-2
dan terlibat sama dalam bai’ah tersebut.
ABU TALHAH adalah suami kepada UMMU SULAIM BINTI MILHAN, ibu kepada Anas
bin Malik, iaitu selepas kematian suaminya. Semasa dia meminang, dia masih lagi
belum islam. Ummu sulaim letak syarat bahawa Islamnya adalah mas kahwin. Dengan
itu, dia memeluk islam.
Bapa Ishak, ABDULLAH BIN ABI
TALHAH adalah adik beradik seibu dengan ANAS BIN MALIK. (al-Tawassut:2/485)
Dia sempat berjumpa dan belajar dengan atuk saudaranya, Anas bin Malik.
Ibunya bernama BUSAINAH BINTI RIFA’AH BIN RAFI’ BIN MALIK. Dia
dibesarkan di rumah Atuknya di Madinah dan meninggal di era pemerintahan
AL-WALID BIN ABDUL MALIK dalam umur 80 tahun.
Dia dianggap siqah oleh Abu Hatim dan al-Nasaie. Ibn Main dan Abu Yahya
al-Madani kata, dia siqah dan hujjah. (al-Manhal:1/264)
Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, dan ulama sepakat kata dia boleh dibuat hujah.
No comments:
Post a Comment