SAHABAT: AL-HARIS BIN HISHAM (15H)
الحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ
Nama penuhnya adalah AL-HARIS BIN HISHAM BIN
AL-MUGHIRAH AL-QURASHI AL-MAKHZUMI. Dia adalah adik beradik dengan Abu Jahal
seibu sebapa.
Ibunya bernama UMMU AL-JALLAS ASMA’ BINTI MUKHARRIBAH
BIN JANDAL AL-TAMIMIYYAH.
Dia memeluk islam semasa Fath Makkah. Diceritakan
bahawa dia mahu dibunuh oleh Saidina Ali. Makanya, dia meminta jaminan keamanan
dari kakak Saidina Ali, iaitu UMMU HANI’. Imam Malik pula kata, perempuan yang
memberi jaminan keamanan itu bukan UMMU HANI, tetapi HUBAIRAH BINTI ABI
HUBAIRAH.
Selepas dia memeluk islam, dia menjadi seorang muslim
yang baik sehinggakan dia terlibat dalam perang Hunain (10 Syawal 8H) bersama
dengan Nabi, lalu nabi saw memberikan harta ghanimah kepadanya sebanyak 100
ekor unta sepertimana Nabi memberi zakat kepada muallaf al-Qulub.
Selepas kewafatan Nabi, dia antara orang yang terlibat
dalam sejarah pembukaan Syam.
Selepas dia memeluk islam, dia tinggal di Mekah
sehingga Nabi saw wafat.
Semasa tercetus perang terhadap Rom di era
pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq, AL-HARIS bersama dengan IKRIMAH BIN ABI JAHAL
DAN SUHAIL BIN AMRU berjumpa dengan ABU BAKAR di Madinah. Abu Bakar ke rumah
mereka untuk ajak terlibat dalam perang. Mereka pun terlibat dengan perang itu
menuju ke SYAM yang ketika itu di bawah taklukan Rom.
Dia meninggal dalam medan perang Yarmuk (Jordan) pada
tahun 15 Hijrah. Dia pernah sampai ke Mekah dan Syam. Ada riwayat lain kata,
dia meninggal dunia disebabkan penyakit taun amwas pada tahun 17 hijrah.
No comments:
Post a Comment