ABDUL AZIZ BIN MUHAMMAD AL-DARAWARDI
عَبْدُ
الْعَزِيزِ يَعْنِي ابْنَ مُحَمَّدٍ الدراوردي
Ulama rijal tidak sepakat berkenaan statusnya. Secara
dasarnya, ramai menganggap riwayatnya diguna pakai. Namun begitu, terdapat
beberapa ulama yang memberi komen berkenaannya seperti berikut:
a.
Ahmad bin Hanbal menyatakan bahawa hadis yang dia
tulis lebih sahih dari hadis yang dia hafal.
b.
Ahmad juga berkata, bahawa hadis yang al-Darawardi
ambil dari semua perawi tidak dipertikaikan kecuali jika diambil dari
Ubaidillah bin Umar—didapati banyak mungkar.
c.
Abu Zur’ah pula kata, al-Darawardi buruk hafalan.
Berlaku beberapa kali bahawa dia menyampaikan sesuatu hadis secara hafalan,
tetapi didapati ada kesalahan.
Walaubagaimana pun, dia salah seorang rijal Muslim.
Al-Bukhari pula ada meriwayatkan hadisnya secara mutaba-ah dan secara ta’liq.
No comments:
Post a Comment