HUSYAIM BIN BASYIR AL-SULAMI (104H-183H)
هُشَيْمٌ بن
بشير السلمي
Nama penuhnya HUSYAIM BIN BASYIR BIN ABI KHAZIM QASIM
BIN DINAR AL-SULAMI AL-WASITI.
Gelarannya adalah ABU MUAWIYYAH AL-WASITI, yang
al-Wasiti itu nisbah satu tempat bernama Wasit di Iraq.
Dia dilahirkan di Wasit, Iraq yang merupakan gelaran
al-Wasiti kepadanya, dan meninggal di tempat yang sama di era pemerintahan
Khalifah Harun al-Rashid dan dikebumikan di tanah perkuburan al-Khaizuran.
Dia adalah salah seorang Rijal al-Kutub al-Sittah,
tetapi al-Zahabi, Ahmad, al-‘Ijli, al-Jurjani, Abu Hatim bin Habban al-Basti,
al-Nasaie, al-Jili dan al-Asqalani; semua mereka ini kata bahawa dia banyak
melakukan tadlis dan mursal khafiy.
Ada pula mendakwa, dia hanya tertohmah sebagai
mudallis, seperti dakwaan Yahya bin Hasan al-Tunisi dan Amru bin ‘Asim.
Walaubagaimana pun, menurut al-Khatib al-Baghdadi
bahawa hadis beliau yang tadliskan itu, pasti akan ada mutaba-ahnya.
Dia adalah perawi siqah dan sahih.
KOMENTAR POSITIF;
a. Rijal kutub sittah.
b. WAHB BIN JARIR kata kepada SYU’BAH: layak kami tulis hadis dari Hushaim? Jawab: Ya. Jika dia cerita hadis Ibn Umar, maka percayalah padanya.
c. ABDUL RAHMAN BIN MAHDI kata, dia orang yang paling hafal hadis SUFYAN AL-SAURI.
d. YAZID BIN HARUN kata, aku tidak pernah jumpa orang yang paling banyak hafal hadis Sufyan kecuali Husaim.
[] PERTENGAHAN;
e. ZAHABI kata, dia adalah kepala dalam hafalan. Cuma, dia banyak tadlis dan orang tahu hal itu.
f. IJLI kata, dia siqah, dihitung dari kalangan penghafal hadis. namun, dia tadlis.
[] NEGATIF;
g. AHMAD kata, hisham tidak dengar hadis dari YAZID BIN ABI ZIYAD, AL-HASAN BIN UBAIDULLAH, ABI KHALID, SIYAR, MUSA AL-JUHANI, ALI BIN ZAID BIN JAD’AN. Dia riwayatkan hadis mereka secara tadlis.
[] namanya diulang sebut untuk kali ke-3, iaitu hadis ke-58, 93 dan 160