SUFYAN BIN UYAYNAH BIN ABI IMRAN MAIMUN AL-HILALI (107H-198H)
سفيان بن عيينة بن ابي عمران
ميمون الهلالي
Dilahirkan
di Kufah, kemudian berhijrah ke Mekah dan meninggal di situ. Mula belajar hadis
sewaktu umur 12 tahun.
Imam
Syafie pernah memuji dengan berkata:
لولا مالك وسفيان لذهب علم الحجاز
“kalau tidak kerana malik dan Sufyan, sudah pasti
tidak ada ilmu di hijaz”
Ada pihak
menyatakan bahawa dia seorang mudallis. Tetapi, menurut ramai ulama hadia
seperti Abu al-Fath al-Azdi, al-Asqalanu dan al-Bazzar bahawa mudallis Sufyan
bin Uyaynah boleh diterima kerana dia tidak akan mudallis kecuali dari perawi
siqah.
Ahmad
bin Hanbal ada berkata, semua hadis riwayat Sufyan tidak menjadi sebarang
masalah kecuali jika dia riwayatkan hadis penduduk hijaz dan kufah dalam
beberapa hal. Seakan-akan Ahmad memberitahu, riwayat Sufyan dari penduduk Kufah
dan Hijaz ini tidak terus diterima dan ditolak, tetapi perlu diteliti terlebih
dahulu.
Ibn
Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa di akhir umurnya dia ada ikhtilat yang
menurut Muhammad bin Ammar al-Musili, ia berlaku dalam lingkungan tahun 97H.
Namun begitu, Ibn Hajar akui bahawa dia siqah, hafiz serta faqih.
Dia
bukan sekadar dihormati dalam kalangan ulama sunni, bahkan turut dihormati oleh
ulama-ulama syiah sehingga dianggap sebagai Ashab al-Imam Ja’far al-Sodiq.
Dia adalah salah seorang dari Rijal Kutub
al-Sittah
***
SUFYAN BIN UYAYNAH BIN MAIMUN AL-HILALI (107H-198H)
سُفْيَانُ بن عُيَيْنَةَ بن ميمون الهلالي
Dilahirkan di Kufah dan meninggal di Mekah. Dia pernah sampai di Syam. Salah seorang ulama hadis yang terkenal.
Terdapat beberapa TAJRIH terhadap beliau seperti berikut:
Pertama, ada ramai mendakwa bahawa dia seorang mudallis. Namun, tadlis yang dia lakukan tidak mencacatkan hadis kerana dia tidak akan tadlis kecuali dari perawi yang siqah.
Antara yang mengatakan sebegitu adalah Abu al-Fath al-Azdi, Abu Bakar al-Bazzar, Abu Hatim bin Habban al-Basti, Ibn Hajar al-Asqalani, Sabt bin al-‘Ajmi.
Kedua, dikatakan bahawa pada tahun 197 hijrah, berlaku ikhtilat pada dirinya. Hal ini disebut oleh Muhammad bin ‘Ammar al-Mosili. Turut mengakui hal itu adalah Yahya bin Sa’id al-Qattan. Bahkan, Yahya berpesan bahawa riwayat dia selepas dari tahun tersebut tidak boleh diterima.
Namun begitu, hal tersebut dibantah oleh Ibn hajar al-Asqalani dan al-Zahabi.
Beliau adalah rijal kutub al-Sittah.
***
[] SUFYAN BIN UYAYNAH BIN ABI
IMRAH MAIMUN AL-HILALIY @ ABU MUHAMMAD AL-A’WAR AL-KUFI[1]
(107H[2]
- 198H[3])
[] dia tinggal Kufah, kemudian
berpindah ke Mekah[4] pada
tahun 63 hijrah dan tinggal di Mekah sehingga dia meninggal dunia[5].
[] AL-IMAM SYAFIE kata:
لو
لا مالك وسفيان لذهب علم الحجاز
Kalau tidak kerana Malik dan
Sufyan, pasti tidak ada ilmu di hijaz[6]
[] IBN AL-MADINI bertanya YAHYA
BIN SAID: Wahai Abu Said, sufyan adalah imam dalam al-hadis.
Jawab Yahya: Sufyan adalah imam
dalam hadis semenjak 40 tahun lagi[7].
[] Dia diangkat juga oleh SYIAH;
A.
Dianggap salah seorang ASHAB IMAM
JA’FAR AL-SODIQ.
B.
MUHAMMAD BIN YAAQUB AL-KULAINI
meriwayatkan lebih kurang 20 riwayat darinya.
C.
ALI BIN IBRAHIM AL-QUMMI anggap
dia siqah.
D.
IBN DAUD AL-HULLI kata, dia
mamduh.
[] KELOMPOK SYIAH YANG TOLAK DIA;
A.
IBN AL-MUTOHHAR AL-HULLI kata,
dia bukan dari ashab kami.
B.
IBN TAUS kata, sufyan bin Uyaynah
dan Sauri, kedua-dua mereka bukan dari kalangan kami.
C.
AL-KUSSYI mencela dia.
D.
AL-MAJLISI anggap dia pemalsu
hadis.
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
ALI BIN ADAM kata, dia siqah,
hafiz, faqih, imam, hujah kecuali dia ada berubah hafalannya di akhir umurnya.
Dia kadangkala tadlis, tetapi tadlis dari para siqah[8].
Menurut YAHYA BIN SAID AL-QATTAN, dia mula ikhtilat pada tahun 197 hijrah.
Sesiapa yang dengar hadis darinya selepas dari tahun itu, hadisnya tidak
berguna[9].
B.
AL-IJLI kata, dia kufi siqah
sabat dalam hadis, hasan al-hadis, dianggap hukama’ dari kalangan ulama hadis[10].
C.
BAIHAQI kata, dia siqah, hafiz,
hujah.
D.
ABU HATIM AL-RAZI kata, siqah,
imam. Orang yang sabat dengan hadis AL-ZUHRI adalah MALIK, IBN UYAYNAH. Dia
amat tahu hadis AMRU BIN DINAR, dia ambil dari SYU’BAH.
E.
AL-HAKIM AL-NAISABURI kata, dia
hafiz, siqah, sabat.
F.
DARAQUTNI kata, dia siqah. Waktu
lain kata, dia hafiz, siqah.
G.
ZAHABI kata, dia salah seorang
imam siqah, sabat, hafiz, imam. Di waktu lain kata, salah seorang imam islam.
H.
ABDUL RAHMAN BIN MAHDI kata, dia
manusia yang amat tahu berkenaan hadis penduduk Hijaz.
KOMENTAR PERTENGAHAN;
I.
AHMAD kata, orang yang paling
sabat berkenaan hadis AMRU BIN DINAR, hafiz, ada silap pada hadis yang dia
ambil dari penduduk kufah, dia ada buat salah pada hadis penduduk hijaz.
J.
AL-JILI kata, dia siqah, sabat
pada hadis.
[1] Mursyid:1/88
[2] Sepertimana yang diriwayatkan oleh IBN AL-MADINI dan ABDUL RAHMAN BIN
BISYR BIN AL-HAKAM yang ambil dari SUFYAN. (masyariq:1/188)
[3] Menurut al-Waqidi, dia meninggal pada hari sabtu, hari pertama dalam
bulan rejab tahun 198 hijrah. (Masyariq:1/189)
[4] Masyariq:1/188
[5] Masyariq:1/189
[6] Masyariq:1/188
[7] Masyariq:1/188
[8] Masyariq:1/188
[9] Masyariq:1/189
[10] Masyariq:1/188
No comments:
Post a Comment