Sunday, March 6, 2022

ABDUL RAHMAN BIN MAHDI (135H-198H)

 ABDUL RAHMAN BIN MAHDI (135H-198H)

 عبد الرحمن ابْنُ مَهْدِيٍّ

 

Nama penuhnya adalah ABDUL RAHMAN BIN MAHDI BIN HASSAN BIN ABDUL RAHMAN AL-‘ANBARI AL-BASRI AL-LU’LUIE. Dipanggil dengan ABU SA’ID AL-‘ANBARI; ada kata AL-AZDI.

 

Dia bermazhab maliki dan merupakan salah seorang murid Imam malik. Amat mengetahui selok belok kitab Muwatta’, serta mahir fatwa-fatwa imam malik. Hal ini kerana, dia lebih cenderung kepada mazhab Ahli Madinah.


Dilahirkan dan meninggal di Basrah, tetapi pernah sampai ke Kufah. Dia adalah salah seorang murid Imam malik dan pengasas mazhab Maliki di Iraq.

 

Imam Ahmad bin Hanbal pernah kata, Ibn Mahdi ini adalah ulama hadis. Jika dibandingkan dengan Yahya bin Sa’id al-Qattan, dia lebih cenderung dengan fiqh Kufiyyin.


Mula belajar ilmu hadis sewaktu umurnya 10 tahun lebih.

 

Dia dia belajar hadis adalah nasihat dari ABU ‘AMIR AL-AQDI yang melihat ABDUL RAHMAN suka mendengar cerita-cerita. Dia pun pun kata:

لا يحصل في يدك من هؤلاء شيء

Tidak ada sebarang faedah untuk kamu sedikit pun dari cerita-cerita mereka itu.

 

Iaitu, kisah yang mereka cerita itu, entah betul atau tidak.

 

Dia belajar dengan SUFYAN AL-SAURI sekitar tahun 152 hijrah (ada kata: 153, ada kata 154, ada kata 155 dan ada kata 156).

 

Pada tahun 159 hijrah, dia bersama dengan gurunya ke Mekah untuk ibadat Haji, kemudian kembali ke Basrah pada tahun 160 hijrah.

 

Sufyan al-Sauri meninggal dunia di rumahnya.

 

IBN AL-MADINI pernah kata, ada 6 orang yang hampir hilang akalnya (iaitu amat bersyahwat dengan hadis); (1) Yahya, (2) Abdul Rahman bin Mahdi, (3) Waki’ bin al-Jarrah, (4) Sufyan bin Uyaynah, (5) Abu Daud, dan (6) Abdul Razzaq.

 

IBN AL-MADINI pernah kata bahawa ABDUL RAHMAN BIN MAHDI khatam al-Quran setiap dua hari sekali.

 

AYYUB AL-MUTAWAKKIL berkata, kalau kamu mahu agama secara bersanad, hadis secara bersanad, ilmu secara bersanad, datangkan berjumpa dengan ABDUL RAHMAN BIN MAHDI. Jika kamu mahu makan, mendapat penghormatan dan kelapangan, datanglah ke rumah ABDUL RAHMAN BIN MAHDI.

 

KOMENTAR POSITIF;

(a)                Dianggap siqah oleh BISYKAWAL.

(b)                AL-BAIHAQI kata, dia imam hafiz.

(c)                AHMAD kata, dia siqah antara orang terpilih. Muslim yang soleh. Hafiz bahkan mempunyai kelebihan melebihi WAKI’. Apabila dia ambil hadis dari seseorang, menandakan orang itu adalah hujah.

(d)               AL-ZAHABI kata, dia al-hafiz al-imam al-‘alim.

(e)               AL-WAQIDI kata, siqah dan banyak riwayat hadis.

(f)                 SYAFIE kata, aku tidak tahu apakah ada bandingannya di dunia ini.

(g)                IBN MAIN kata, paling sabat dalam kalangan ulama basrah.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah.

No comments:

Post a Comment