سَعْدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ بْنِ
عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ
[] SAAD BIN IBRAHIM BIN ABDUL
RAHMAN BIN AUF @ ABU ISHAQ (ADA KATA: ABU IBRAHIM[1])
(125H[2])
[] Semasa dia meninggal dunia,
dia berumur 72 tahun. Ada kata,
[] nama ibunya Ummu Kaltsum binti
Saad[3].
[] dia adalah Qadhi di Madinah[4].
[] menurut Ibrahim bin Saad
bahawa sebelum saad meninggal, dia melazimi berpuasa selama 40 tahun.
[] Syu’bah kata, dia selalu
puasa. Dia khatam quran selang sehari semalam[5].
[] KOMENTAR
A.
Kutub sittah[6]
B.
IBN SAAD kata, dia siqah dan
banyak riwayat hadis[7],
dia siqah sabat dan hujah. Tidak ada sebarang tajrih terhadapnya[8].
C.
AL-SAJI kata, dia siqah dan ahli
ilmu ijmak bahawa dia benar[9].
D.
IBN MAIN kata, dia siqah tanpa
syak lagi[10].
E.
IBN MADINI kata, Apakah Saad bin
Ibrahim dengar hadis dari Abdullah bin jaafar? Dia jawab: tidak pernah dengar.
Ali kata: Saad tidak jumpa seorang pun dari kalangan sahabat. Saad tidak
riwayatkan hadis di madinah. ekoran itu, tidak ada penduduk madinah tulis hadis
darinya. Imam malik tidak tulis hadis darinya. Tetapi, yang mendengar hadisnya
adalah Syu’bah, sufyan secara perantara. Ibn Uyaynah mendengar hadis darinya di
mekah[11].
F.
SYU’BAH kata, dia sabat, fadhil,
siqah, ahli ibadat.
G.
AHMAD BIN AL-BARQI tanya Yahya
berkenaan dakwaan bahawa Saad adalah Qadariyyah. Jawab Yahya: dia bukan Qadariyyah[12].
[1] Masyariq:1/197
[2] Mursyid:1/91 | Ini berdasarkan dakwaan anaknya, iaitu Ibrahim. Menurut
Yaaqub bin Ibrahim, dia meninggal pada tahun 126. Ibn Hibban kata, 127. Ada
kata, 128. (Masyariq:1/199)
[3] Masyariq:1/197
[4] Masyariq:1/197 | Mursyid:1/91
[5] Mursyid:1/91
[6] Masyariq:1/198
[7] Masyariq:1/198
[8] Masyariq:1/199
[9] Masyariq:1/198
[10] Masyariq:1/198
[11] Masyariq:1/198
[12] Masyariq:1/198
No comments:
Post a Comment