زَيْدُ بْنُ الْحُبَابِ
[] ZAID BIN AL-HUBAB BIN RAYYAN
AL-MISSISI AL-‘UQLI العكلي @ ABU AL-HUSIAN AL-KHURASANI AL-KUFI
(130H - 203H)[1].
[] digelar dengan العكلي kerana nisbah kepada عكل, iaitu satu kelompok dari TAMIM[2].
[] Dia berasal dari KHURASAN,
dan tinggal di Kufah. AHMAD kata, dia bermusafir ke MESIR dan KHURASAN untuk
mendapat sesuatu hadis. bahkan, sampai ke Andalusia[3]
dan Mekah.
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Dianggap siqah oleh IBN
AL-MADINI, IBN MAIN, AL-IJLI[4],
ABU JAAFAR AL-SABTIY[5],
AL-DARAQUTNI, IBN MAKULA, OSMAN BIN ABI SYAIBAH[6].
B.
UBAIDULLAH AL-QAWARIRIY kata, dia
cerdik, hafiz, tahu apa yang dia dengar.
C.
ABU HATIM kata, dia soduq, soleh
al-hadis[7].
D.
AHMAD kata, dia soduq[8].
E.
AHMAD BIN SOLEH kata, dia
terkenal dengan SODUQ[9].
F.
IBN ‘ADI kata, dia punyai hadis
yang banyak. Dia antara guru-guru kufah yang sabat tanpa diragukan pada
kebenarannya[10].
KOMENTAR PERTENGAHAN;
G.
IBN MAIN kata, dia selalu taqlib
hadis Sauri dan dia لم يكن به بأس
H.
ASQALANI kata, dia soduq, selalu
tersilap dalam hadis[11].
I.
IBN HIBBAN sebut dalam AL-SIQAT
bahawa dia buat silap, hadisnya dijadikan iktibar apabila dia riwayat dari para
perawi masyhur. Jika dia riwayat dari perwai majhul, padanya mungkar[12].
J.
ALI BIN ADAM kata, dia soduq dan
silap pada SAURI[13].
No comments:
Post a Comment