Friday, July 7, 2023

ABU ‘INABAH AL-KHAWLANI @ ABDULLAH (Ada kata: IMARAH) (118H)

 

 

أَبَا عِنَبَةَ الْخَوْلَانِيَّ

[] ABU ‘INABAH AL-KHAWLANI @ ABDULLAH (Ada kata: IMARAH[1]) (118H)

 

[] Ada kata dia sahabat. Tetapi, ada pihak nafikan dengan mendakwa bahawa dia adalah Kibar al-Tabiin[2].

 

Menurut cerita, dia masuk islam pada era Nabi tanpa dia pernah melihat Nabi saw[3]

 

ABU HATIM kata, dia adalah generasi awal tabiin dalam kalangan penduduk Syam[4]. ABU ZUR’AH pula kata, dia adalah generasi paling tinggi yang mengiringi sahabat[5].

 

Menurut AL-BAGHAWI bahawa dia dari ASHAB MUAZ, dia masuk islam ketika Nabi saw masih hidup[6].

 

ABDUL SAMAD BIN SAID AL-HIMSI pernah menyebut namanya dalam senarai nama sahabat Nabi saw yang tinggal di HIMS dan menyatakan bahawa dia antara orang yang makan darah semasa dia dalam Jahiliyyah lagi dan solat dengan dua kiblat bersama dengan nabi saw[7].

 

Menurut MASYARIQ AL-ANWAR, hadis Ibn Majah (8) adalah dalil bahawa dia adalah sahabat, kerana dia berjumpa dengan Nabi saw dan sempat solat dengan kejadian dua kiblat[8].

 

[] Dalam AL-TAQRIB, nama ABU ‘INABAH adalah ABDULLAH BIN INABAH; atau IMARAH BIN INABAH. Dia adalah sahabat yang hanya satu hadis sahaja dia riwayatkan[9].

 

Menurut KHALIFAH bahawa dia meninggal pada tahun 118 Hijrah. AHMAD BIN MUHAMMAD BIN ISA kata, dia meninggal di era pemerintahan Abdul Malik.[10].  

 

Namun begitu, dalam hadis Ibn Majah (8) bahawa dia orang yang sempat menunaikan solat di masjid qiblatain bersama dengan Nabi saw.

 

 



[1] mursyid:1/73

[2] masyariq:1/135 | mursyid:1/73 | raid:1/57

[3] Mursyid:1/73

[4] masyariq:1/135

[5] masyariq:1/135

[6] mursyid:1/73 | raid:1/57

[7] masyariq:1/135

[8] Masyariq:1/136

[9] Mursyid:1/73

[10] Mursyid:1/73 | masyariq:1/135

No comments:

Post a Comment