Wednesday, July 26, 2023

MUAWIYAH BIN ABI SUFYAN (SOKHR) BIN HARB BIN UMAYYAH A-UMAWI @ ABU ABD AL-RAHMAN AL-KHALIFAH (60H)

 

معاوية بن ابي سفيان

[] MUAWIYAH BIN ABI SUFYAN (SOKHR) BIN HARB BIN UMAYYAH A-UMAWI @ ABU ABD AL-RAHMAN AL-KHALIFAH[1]. (60H[2])

 

[] Dia meninggal pada tahun 59H (ada kata: 69H) ketika umurnya 82 tahun.

 

[] Dilahirkan di Mekah, dan tinggal di Madinah serta meninggal dunia di Damsyiq.

 

[] Dia islam bersama dengan bapa dan adik lelakinya pada tahun Fath Mekah. Ada dakwaan kata, sebelum dari itu lagi.

 

[] Dia memeluk islam sebelum FATH MEKAH. Salah seorang penulis Wahyu[3].

 

[] Nabi pernah mendoakan kepada Muawiyah. Irbadh bin Sariyah ada berkata bahawa dia dengar Rasulullah saw bersabda:

 

عَنِ الْعِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ السُّلَمِيِّ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: «اللَّهُمَّ عَلِّمْ مُعَاوِيَةَ الْكِتَابَ وَالْحِسَابَ، وَقِّهِ الْعَذَابَ» - صحيح ابن حبان, 7210

“Ya Allah, ajarkan kitab dan mengira kepada Muawiyah. Dan selamatkan dia dari azab”

 

[] Kisah Umar melantik Muawiyah sebagai gabenor;

 

عَنْ أَبِي إِدْرِيسَ الخَوْلاَنِيِّ، قَالَ: لَمَّا عَزَلَ عُمَرُ بْنُ الخَطَّابِ عُمَيْرَ بْنَ سَعْدٍ عَنْ حِمْصَ وَلَّى مُعَاوِيَةَ، فَقَالَ النَّاسُ: عَزَلَ عُمَيْرًا وَوَلَّى مُعَاوِيَةَ، فَقَالَ عُمَيْرٌ: لاَ تَذْكُرُوا مُعَاوِيَةَ إِلاَّ بِخَيْرٍ، فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: اللَّهُمَّ اهْدِ بِهِ – الترمذي, 3843

“Abu Idris al-Khawlani berkata: ketika Umar mengugurkan jawatan Umair bin Saad dari gabenor Hims dan melantik Muawiyah. Ramai orang berkata: Umar mengugurkan Umair dan melantik Muawiyah. Umair pun berkata: Jangan kamu kata berkenaan Muawiyah kecuali kebaikan sahaja. Aku pernah dengar Nabi saw berkata: Ya Allah, berikan hidayah kepadanya (Muawiyah).

 

 

[] Nabi saw mendoakan Muawiyah agar diberikan hidayah dan memberi petunjuk kepada orang lain—daripada Abdul Rahmah bin Abi Umairah bahawa Rasulullah saw mendoakan kepada Muawiyah:

 

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي عُمَيْرَةَ، وَكَانَ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ لِمُعَاوِيَةَ: «اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ هَادِيًا مَهْدِيًّا وَاهْدِ بِهِ» - الترمذي, 3842

“Ya Allah, jadikan dia orang yang mendapat hidayah dan dapat memberi petunjuk kepada orang lain. Ya Allah, berikan dia hidayah dengan itu”

 

] Saidina Umar menyebut Muawiyah sebagai Kisra Arab—daripada Abi Abd al-Rahman al-Madani berkata:

 

عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْمَدَنِيِّ قَالَ: كَانَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ إِذَا رَأَى مُعَاوِيَةَ قَالَ: هَذَا كِسْرَى الْعَرَبِ – البداية والنهاية, 8\134

Apabila Umar melihat Muawiyah, dia berkata: ini adalah kisra Arab.

 

[] Saidina Umar melantik dia menjadi Gabenor di Syam selepas adiknya, Yazid. Dan bersambung jawatan itu di era Osman bin Affan.

 

[] Muawiyah menjadi gabenor selama 20 tahun dan menjadi khalifah selama 20 tahun.

 

[] Menurut pandangan kebanyakkan ulama, dia meninggal di Damsyiq pada hari Khamis, bulan rejab tahun 59 (ada kata: 69H) ketika umurnya 82 tahun.



[1] Masyariq:1/268

[2] Masyariq:1/268

[3] Masyariq:1/268

No comments:

Post a Comment