الْحَجَّاجُ بْنُ أَرْطَاةَ
[] AL-HAJJAJ BIN ARTOT BIN SUR ثور BIN HUBAIRAH هبيرة BIN
SYARAHIL AL-NAKHAIE. (145H)
[] bapa kepada ARTOT adalah orang Kufah dan qadhi di
situ[1].
[] menurut AL-IJLI, AL-HAJJAJ pernah kata, aku rosak
dengan sebab aku sangat mahu kepada jawatan, menjadi qadhi di Basrah[2].
[] HUSYAIM kata, aku pernah dengar HAJJAJ berkata: aku
bertanya fatwa semenjak umur aku 16 tahun[3].
[] KHALIFAH kata, dia mati di Ray (Iran). IBN HIBBAN
kata dalam AL-SIQAT, dia meninggal tahun 145 hijrah[4].
[] IBN HAJAR AL-ASQALANI kata, aku nanpak al-Bukhari
ambil riwayatnya hanya satu hadis sahaja. itupun sebagai mutabaah ta’liq dalam
kitab al-‘itq كتاب العتق. Al-Bukhari ada keluarkan juga riwayatnya
dalam AL-ADAB AL-MUFRAD, MUSLIM juga riwayat sebagai مقرون
بغيره dan imam empat yang berbaki ada riwayatkan hadisnya[5].
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
AHMAD kata, dia dari kalangan huffaz[6].
[] KOMENTAR PERTENGAHAN;
B.
IJLI kata, dia faqih, salah seorang mufti Kufah. Dia
adalah sohib irsal. Dia irsal hadis dari YAHYA BIN ABI KATHIR, MAKHUL tanpa dia
pernah dengar dari kedua-dua ini. Namun, dia pernah dengar hadis dari ‘ATA’ عطاء.[7].
C.
ALI BIN ADAM kata, Salah seorang ahli fiqh, soduq dan
banyak buat silap dan tadlis[8].
D.
IBN MAIN kata, dia soduq dan tidak kuat. Dia tadlis
hadis dari MUHAMMAD BIN UBAIDULLAH AL-‘ARZAMI العرزمي, daripada
AMRU BIN SYUAIB[9]. Dia tadlis
dari AMRU BIN SYUIAB[10].
E.
IBN AL-MADINI kata, pada aku, al-Hajjaj bin artot dan
Ibn Ishaq adalah sama sahaja. aku tinggalkan hadis AL-HAJJAJ tanpa aku tulis
hadis darinya walaupun sedikit[11].
F.
ABU ZUR’AH kata, dia soduq dan tadlis[12].
G.
AL-TAQRIB kata, dia soduq, banyak silap dan tadlis[13].
[] KOMENTAR NEGATIF;
H.
IBN MUBARAK kata, dia tadlis. Dia dakwa dia ambil
hadis dari AMRU BIN SYUAIB dan AL-URZUMI yang matruk[14].
I.
ABU HATIM kata, dia soduq, tadlis dari perawi-perawi
doif dan hadisnya dicatat[15].
J.
Kata HUSYAIM, dia tidak pernah berjumpa dengan
AL-ZUHRI. Dia pernah kata: nyatakan sifat al-Zuhri, kerana aku tidak pernah
melihatnya[16].
K.
NASAIE kata, dia tidak kuat[17].
L.
IBN ADI kata, ramai manusia pandang dia aib disebabkan
tadlisnya pada AL-ZUHRI dan selainnya. Kadangkala dia tersalah pada sesetengah
riwayatnya. Namun, dia tidak pernah sengaja berbohong. Dia dari kalangan yang
dicatat hadisnya[18].
M.
YAAQUB BIN SYAIBAH kata, dia wahi al-hadis. Pada
hadisnya ada banyak idhtirab. Namun, dia soduq dan salah seorang fuqaha’[19].
N.
AL-SAJI kata, dia mudallis, soduq, buruk hafalan,
tidak boleh dibuat hujah dalam perkara furu’ dan hukum-hukum[20].
O.
IBN KHUZAIMAH kata, aku tidak berhujah dengan dia
kecuali pada perkataan dia: اخبرنا dan سمعت. [21]
P.
IBN SAAD kata, dia mulia, tetapi dia doif dalam
riwayat hadis[22].
Q.
AL-HAKIM kata, dia tidak kuat di sisi mereka[23].
Riwayat AL-HAKIM dari muridnya bernama MAS’UD AL-SAJRI pula, hakim kata dia
tidak boleh dibuat hujah[24].
R.
AL-BAZZAR kata, dia hafiz mudallis. Dia suka kagumi
diri sendiri. Syu’bah memujinya. Aku tidak tahu yang tidak riwayatkan hadis
darinya kecuali seorang sahaja, iaitu ABDULLAH BIN IDRIS[25].
S.
ISMAIL AL-QADHI kata, dia mudhtarib al-Hadis kerana
banyak tadlis[26].
T.
MUHAMMAD BIN NASR kata, kebiasaan pada hadisnya ada
irsal, tadlis dan bertukar-tukar lafaz[27].
[] AL-AMIN AL-HARARI kata, secara
jumlahnya, ulama sepakat dia doif dan matruk[28].
[1]
Masyariq:1/140
[2]
Masyariq:1/141
[3]
Masyariq:1/141
[4]
Masyariq:1/142
[5]
Masyariq:1/142
[6]
Masyariq:1/141
[7]
Masyariq:1/141
[8]
Masyariq:1/140
[9]
Masyariq:1/141
[10]
Mursyid:1/74
[11]
Masyariq:1/141
[12]
Masyariq:1/141
[13]
Mursyid:1/75
[14]
Masyariq:1/141
[15]
Masyariq:1/141
| Mursyid:1/75
[16]
Masyariq:1/141
[17]
Masyariq:1/141
[18]
Masyariq:1/141
[19]
Masyariq:1/141
| Mursyid:1/75
[20]
Masyariq:1/141
| Mursyid:1/75
[21]
Masyariq:1/142
[22]
Masyariq:1/142
[23]
Masyariq:1/142
[24]
Masyariq:1/142
[25]
Masyariq:1/142
[26]
Masyariq:1/142
[27]
Masyariq:1/142
[28]
Mursyid:1/75
No comments:
Post a Comment