حَمَّادٌ
[] HAMMAD BIN MUSLIM AL-ASY’ARI @
ABU ISMAIL AL-KUFI[1]. (120H[2])
[] AL-SAHRAMPURI kata, namanya
adalah HAMMAD BIN ABI SULAIMAN MUSLIM AL-ASY’ARI. Dia adalah guru IMAM ABU
HANIFAH[3].
[] menurut AL-ZAHABI dalam tarikh
al-Islam, bahawa dia berasal dari Asbahan. Kemudian dia tinggal di Kufah.
[] dalam al-Siyar, dinukilkan
bahawa AHMAD BIN ABDILLAH AL-IJLI kata, dia orang kaya. Dia pernah memberi
makan untuk berbuka puasa seramai 500 orang, dan memberi setiap seorang seratus
dirham selepas hari raya.
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Rijal Muslim dan Sunan.
B.
Dianggap siqah oleh IBN MAIN dan
AL-IJLI[4].
C.
IJLI kata, dia kufi siqah. Dia
adalah murid IBRAHIM AL-NAKHAIE yang paling siqah[5].
D.
AHMAD BIN SOLEH AL-JILI kata, dia
siqah dan dia orang yang paling faham berkenaan Ibrahim.
E.
IBN UYAYNAH kata, hammad lebih
faham ibrahim berbanding al-Hakam.
F.
ABDUL MALIK BIN IYAS tanya
Ibrahim. Siapakah orang yang lebih tahu selepas kamu? IBRAHIM jawab: Hammad[6].
G.
ZAHABI kata, dia siqah, imam
mujtahid.
H.
WAKI’ ambil hadis darinya dan
kata dia siqah.
[] KOMENTAR PERTENGAHAN;
I.
ABU HATIM AL-RAZI kata, dia soduq
dan tidak dibuat hujah. Dia mustaqim pada fiqh[7].
J.
NASAIE kata, dia siqah tetapi dia
murjiah[8].
K.
AHMAD kata, dia dituduh murjiah[9].
L.
AL-A’MASY buruk pandangan
terhadap dia. Tidak dapat menerimanya ketika bercakap berkenaan murjiah. Dan
anggap dia tidak siqah[10].
M.
IBN SAAD kata, dia doif dalam
hadis. Dia ikhtilat di akhir umurnya. Dia seorang murjiah. Dia banyak riwayat
hadis. Dia benar dalam melontarkan pandangannya. Apabila dia bercakap berkenaan
selain IBRAHIM, dia akan salah[11].
N.
IBN ADI AL-JURJANI kata, hadisnya
soleh. Berlaku kepelikan pada hadis-hadisny. Dia berpegang pada hadisnya لا بأس به
O.
ASQALANI kata, dia faqih, soduq,
tetapi dia ada waham dan dituduh murjiah.
P.
SYU’BAH kata, dia soduq lisan. Di
waktu lain kata, dia tidak hafiz.
[] KOMENTAR NEGATIF
Q.
ABU HATIM BIN HABBAN AL-BASTI
kata, dia selalu buat silap dan dia murji’ah.
R.
DARAQUTNI kata, dia doif.
S.
AL-‘AMASYH kata, dia tidak siqah.
T.
IBN SAAD AL-WAQIDI kata, dia doif
pada hadis. ikhtilat di akhir umurnya. Dia seorang murjiah.
U.
AL-ZUHLI kata, dia banyak silap
dan waham.
[1] Manhal:2/125
[2] Manhal:2/125 | al-Sahrampuri kata, dia meninggal pada tahun 119 hijrah
(bazl:2/16)
[3] Bazl:2/16
[4] Manhal:2/125 | Bazl:2/16
[5] Bazl:2/16
[6] (tabaqat al-fuqaha’, Syirazi)
[7] Manhal:2/125
[8] Manhal:2/125 | Bazl:2/16
[9] Bazl:2/16
[10] Bazl:2/16
[11] Bazl:2/16
No comments:
Post a Comment