نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ
الْجَهْضَمِيُّ
[] NASR BIN ALI AL-JAHDHAMIY BIN
NAS BIN ALI BIN SOHBAN AL-AZDI @ ABU AMRU AL-BASRI (161H - 250H[1])
[] Dia adalah
المشايخ التسعة iaitu 9 guru hadis kepada enam
imam hadis kutub sittah.
[] pada AL-JAHDHAMIY adalah
nisbah pada الجهاضمة iaitu satu tempat di BASRAH[2].
[] ABU BAKAR BIN ABI DAUD kata,
wakil amir BASRAH datang berjumpa dengan dia untuk minta dia dilantik menjadi
Qadhi. Dia berkata kepada Amir BASRAH: aku pulang dulu dan aku mahu solat
istikharah. Dia pun pulang ke rumah dan solat istikharah dua rakaat. Kemudian
dia berdoa;
اللهم ان كان لي عندك خير فاقبضني اليك
Ya Allah, jika aku berada di
sisiMu itu lebih baik, maka gengamlah nyawaku untuk aku kepadaMu”
Selepas itu dia tidur. Pada
paginya, orang membangunkannya, didapati dia sudah meninggal dunia[3].
[] KOMENTAR
A.
Kutub sittah[4]
B.
Dianggap siqah oleh IBN KHARRASY,
AL-NASAIE[5].
C.
ALI BIN ADAM kata, dia siqah
sabat[6]
D.
AHMAD kata, dia ما به بأس[7]
E.
ABU HATIM kata, aku lebih suka
dan lebih siqah dan lebih hafiz berbanding ABU HAFS[8].
F.
AL-FARIHYANI kata, di sisi aku
dia antara orang-orang cerdik[9].
MUHAMMAD BIN ALI AL-NISABURI kata, dia hujah[10].
[1] Mursyid:1/87 | Jarir kata, dia meninggal pada tahun 251 hijrah.
(Masyariq:1/187)
[2] Mursyid:1/87
[3] Masyariq:1/187
[4] Masyariq:1/187
[5] Masyariq:1/187
[6] Masyariq:1/187
[7] Masyariq:1/187
[8] Masyariq:1/187
[9] Masyariq:1/187
[10] Masyariq:1/187
No comments:
Post a Comment