Thursday, July 20, 2023

ABDULLAH BIN BURAIDAH BIN AL-HUSAIB AL-ASLAMI AL-MARUZI (15H - 115H )

 

ابْنِ بُرَيْدَةَ

[] ABDULLAH BIN BURAIDAH BIN AL-HUSAIB الحصيب AL-ASLAMI AL-MARUZI @ ABU SAHL[1] (15H - 115H[2])

 

[] dilahirkan di era Umar bin al-Khattab di Basrah, tetapi berhijrah bersama bapanya ke Khurasan[3] dan dia pernah menjadi qadhi di Mero[4].

 

[] Ada dakwa dia dilahirkan di Kufah. Namun, semua sepakat bahawa dia sampai di Basrah dan meninggal di Mero.

 

[] IBN HUBBAN kata, dia menjadi qadhi di mar-o selepas dari abangnya meninggal dunia. Abangnya bernama SULAIMAN BIN BURDAH.

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  Kutub Sittah[5].

B.                  Dianggap siqah oleh AL-IJLI, IBN MAIN dan ABU HATIM[6].

C.                  IBN KHARRASH kata, dia soduq[7].

D.                 WAKI’ kata, ramai ulama hadis kata SULAIMAN BIN BURDAH lebih sahih hadis dan lebih siqah berbanding Abdullah bin Burairah.

E.                   IBRAHIM AL-HARBI kata, dia tidak dengar satu hadis pun dari bapanya. Apa yang dia riwayatkan hadis dari bapanya adalah mungkar[8]. Dengan sebab itu, AL-SAHRAMPURI kata, pelik apabila AL-HAKIM bahawa sanad hadisnya dari HUSAIN BIN WAQID, daripada Ibn Buraidah bahawa dia ambil dari bapanya; itu adalah sanad yang paling sahih bagi penduduk mero[9].

F.                   AHMAD anggap dia doif, Ahmad kata, secara dasarnya aku tidak tahu bahawa dia dengar hadis dari bapanya[10].

G.                 ABU ZUR’AH AL-RAZI kata, abdillah bin buraidah ambil hadis dari Umar secara mursal.

AL-DARAQUTNI kata, dia tidak dengar hadis dari Aisyah.


[1] Manhal:2/121

[2] ada kata 105 hijrah. (bazl:2/14)

[3] Bazl:2/15

[4] Manhal:2/121 | bazl:2/14 | Ruslan:2/151

[5] Manhal:2/121

[6] Manhal:2/121 | bazl:2/14

[7] Manhal:2/121

[8] Manhal:2/121 | bazl:2/14

[9] Bazl:2/14

[10] bazl:2/14

No comments:

Post a Comment