الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ
[] MUGHIRAH BIN SYU’BAH BIN ‘AMIR
BIN MAS’UD AL-SAQAFI @ ABU ABDILLAH/ABU ISA (23SH-50H)- sahabat.
[] Dia dilahirkan dia kalangan Saqif
di Taif. Dibesarkan di situ. dan meninggal di kufah ketika umurnya 70 tahun
kerana penyakit taun. Dia pernah sampai ke Bahrain, Madinah, Mekah dan Basrah.
[] dia digelar sebagai salah
seorang DUHAT AL-ARAB (Cerdik pandai arab); iaitu MUAWIYAH BIN ABI SUFYAH, AMRU
BIN AL-AS, AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH dan ZIYAD.
[] Dia memeluk islam pada tahun
tercetuskan perang khandaq (5 Hijrah), iaitu selepas dia bersama dengan BANI
MALIK ke mesir dan 13 orang dari BANI MALIK di bunuh oleh raja muqawqis. dia
salah seorang terlibat dalam sejarah SULH AL-HUDAIBIYYAH.
[] matanya buta sebelah dalam
perang yarmuk. Dia terlibat dalam sejarah AL-QADISIYYAH, NAHAWAND, HAMZAN dan
sebagainya.
[] Di era Umar, beliau dilantik
menjadi gabenor basrah. Namun, dia digugurkan kerana ada orang saksikan bahawa
dia berzina.
Kemudian dia dilantik menjadi
gabenor di Kufah. Dia kekal di situ sehingga Saidina Umar dibunuh. Di era
Osman, dia disambung jawatan tersebut sehingga Osman menggugurkan jawatannya.
[] Semasa Muawiyah menjadi
khalifah, Muawiyah lantik AMRU BIN AL-AS jadi gabenor di kufah dan anaknya,
ABDULLAH BIN AMRU di mesir. Al-Mughirah pun berjumpa dengan Muawiyah dan
menyatakan: Wahai Amirul Mukminin, tindakan kamu lantik Amru di Kufah dan
anaknya di Mesir, umpama kamu berada antara dua bahu singa.
Muawiyyah pun minta pandangan
Mughirah. Makanya, mughirah mencadangkan agar kedua-dua anak beranak itu berada
di mesir, dan lantik Mughirah sebagai gabenor di Kufah. Dengan cadangan itu,
Muawiyah lantik Mughirah jadi gabenor di Kufah sehingga dia wafat di situ.
[] Dia terlibat dalam peerang
Yamamah, terlibat dalam Fath al-Syam, iraq. Umar lantik dia jadi Gabenor di
basrah.
Selepas itu, terlibat dalam Fath MISAN (selatan Iraq), HAMZAN (iran) dan
beberapa buah negara.
[] Semasa sejarah perjanjian
Hudaibiyyah, Urwah bin Mas’ud dihantar oleh Quraish berjumpa dengan Nabi saw.
Semasa dia bercakap dengan Nabi, dia menyentuh janggut Nabi. Mughirah ketika
itu memakai topeng perang berdiri. Dia
menepis serta berkata kepada Urwah: turunkan tangan kamu sebelum pedang ini sampai
kepada kamu. Urwah pun tanya Nabi saw:
siapa ini wahai Muhammad? Dia amat keras. Nabi saw jawab: itu orang dari
keturunan kamu (Saqafi)[1].
No comments:
Post a Comment