أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ
السُّلَمِيِّ
[] ABU ABDUL RAHMAN AL-SULAMI (72H[1])
[] AL-SAHRAMPURI kata, dia
meninggal pada 72 hijrah. Namun, IBN QANI’ pula kata, dia meninggal pada tahun
85 hijrah ketika berumur 90 tahun[2].
Menurut AL-AINI pula, dia
meninggal tahun 92 hijrah ketika berumur 90 thaun[3].
[] AL-DARAQUTNI kata, seorang pun
tidak menyebut namanya kecuali setengah dakwa namanya MUSLIM BIN YASAR[4].
Hal ini tidak disebut kecuali seorang sahaja, iaitu IBN ABJAR[5].
IBN HAJAR kata, hadis ABU ABDUL
RAHMAN yang ambil dari BILAL berkenaan sapu adalah MUSLIM BIN YASAR. Hal ini
disebut oleh AL-DARAQUTNI dalam kitab AL-ILAL[6].
Namun, kata ABDUL MALIK BIN
AL-SYUKHAIR, tidak ada di sisiku sepertimana yang AL-DARAQUTNI perkatakan[7].
KHITAB AL-SUBKI kata, aku tidak
dapati dalam kitab rijal berkenaan orang bernama MUSLIM BIN YASAR bahawa
kunyahnya adalah ABU ABDUL RAHMAN[8].
Dalam beberapa naskhah, ada
dakwaan mengatakan bahawa ABU ABDUL RAHMAN AL-SULAMI itu adalah ABDULLAH BIN
HABIB; dia disepakati ulama bahawa dia siqah. Namun, dia tidak pernah mendengar
hadis dari BILAL.[9]
Dalam komentar AL-SAHRANPURI
pula, namanya yang sebenar adalah ABDULLAH BIN HABIB BIN RUBAYYI’AH[10].
Ini juga pendapat AL-AINI[11].
Menurut AINI lagi, dia adalah ABU ABDUL RAHMAN AL-KUFI AL-SULAMI, adik beradik
dengan KHARSYAH dan bapanya adalah sahabat[12].
Menurut AL-AZIM ABADI, dia dari
keturunan TAIYM BIN MURRAH, iaitu keturunan Abu Bakar al-Siddiq. Menurut
AL-JAWHARI, silsilahnya adalah, Taiym bin Murrah bin Kaab bin Luay bin Ghalib
bin Fahr bin Malik bin Nadhr[13].
[] Di kufah, dia adalah seorang
Qari[14].
Semenjak era pemerintahan Saidina Osman,
dia melazimi dirinya membaca al-Quran di hadapan orang ramai di satu tiang
masjid besar Kufah. Dia lakukan itu selama 40 tahun sehingga dia meninggal
dunia. Dia lakukan itu tanpa ambil sebarang bayaran dan upah.
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Kutub sittah[15].
B.
Dianggap siqah oleh AL-IJLI dan
AL-NASAIE[16].
C.
IBN ABD AL-BAR kata, di sisi
semua ulama bahawa dia siqah[17].
[] KOMENTAR NEGATIF;
D.
KHITAB SUBKI kata, dia majhul[18].
[1] Bazl:2/11 | ada dakwaan kata,
dia meninggal tahun 74 Hijrah.
[2] Bazl:2/11
[3] Aini:1/359
[4] Manhal:2/116 | Mirqat:1/133
[5] Mirqat:1/133
[6] Manhal:2/116
[7] Manhal:2/116 | AL-SAHRAMPURI pula kata, yang riwayatkan namanya MUSLIM
BIN YASAR adalah ABDUL MALIK BIN AL-SYKHAIR. (bazl:2/12)
[8] Manhal:2/116 | AL-SAHRAMPURI pula kata, yang kata begini adalah
AL-DARAQUTNI. (bazl:2/12)
[9] Manhal:2/166
[10] Bazl:2/11
[11] Aini:1/359
[12] Aini:1/359
[13] Aun:1/92
[14] Bazl:2/11
[15] Aini:1/359
[16] Bazl:2/11
[17] Bazl:2/11
[18] Manhal:2/116
[19] Manhal:2/116
No comments:
Post a Comment