Friday, July 14, 2023

SALIM BIN ABDILLAH BIN UMAR BIN AL-KHATTAB AL-QURASHI AL-‘ADAWI @ ABU UMAR AL-MADANI (106H )

 

سَالِمٍ

[] SALIM BIN ABDILLAH BIN UMAR BIN AL-KHATTAB AL-QURASHI AL-‘ADAWI @ ABU UMAR AL-MADANI (Ada kata: ABU ABDILLAH AL-MADANI). (106H[1])

 

[] Cucu Umar bin al-Khattab ini dilahirkan di era pemerintahan Osman bin Affan. Ibunya adalah Ummu al-Walad, iaitu hamba yang disetubuhi Ibn Umar.

 

[] Dia meninggal dunia di Madinah. Dia pernah sampai ke Mekah dan Syam.

 

[] menurut ABU NUAIM, dia meninggal pada tahun 106 hijrah. Khalifah pula kata, tahun 107 hijrah. Al-Haisam bin ‘Adi kata, tahun 108 hijrah. Al-Asmu’ie kata, tahun 105 hijrah. Pendapat yang paling sahih adalah 106 hijrah[2].

 

[] ada pendapat kata, dia adalah salah seorang fuqaha’ tujuh[3].

 

IBN MUBARAK ada berkata: Fuqaha’ tujuh itu adalah

(1)               SAID BIN MUSAYYIB,

(2)                SULAIMAN BIN YASAR,

(3)               SALIM BIN ABDILLAH,

(4)               AL-QASIM,

(5)               URWAH,

(6)               UBAIDULLAH BIN ABDILLAH BIN UTBAH,

(7)               KHARIJAH BIN ZAID.

 

Kata IBN AL-MUBARAK lagi, apabila datang sesuatu masalah, fuqaha’ tujuh ini akan duduk bersama dan berbincang dan saling mengeluarkan hujah. Seorang pun tidak akan berhukum kecuali diangkat kepada mereka terlebih dahulu[4].

 

[] Dia dihormati oleh SULAIMAN BIN ABDIL MALIK (khalifah umawi ke-7 : 96H – 99H). al-Zarkali kata, dia masuk berjumpa dengan Sulaiman. Khalifah umawi itu meraikannya dan meminta dia duduk bersamanya di katil takhtanya.

 

[] SAID MUSAYYIB kata, Abdullah lebih iras dengan bapanya, Umar bin al-Khattab. Dan Salim pula lebih iras dengan Abdullah[5].

 

[] MALIK kata, di zaman Salim, tidak ada orang yang menjalani kehidupan zuhud seperti Salim[6]. Dia pakai baju dengan harga dua dirham sahaja.

 

[] dia dikatakan orang yang amat meramahi orang miskin. ALI BIN ZAID BIN JAD’AN kata: aku jumpa dengan Salim. Dia tidak akan makan kecuali bersamanya pasti ada orang miskin.

 

[] Nafi’ kata: Ibn Umar berjumpa dengan anaknya, salim. Lalu, Ibn Umar cium anaknya itu. dia pun kata: syaikh (guru) mencium syaikh (guru)

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  Kutub sittah.

B.                  Dianggap siqah oleh IJLI[7].

C.                  IBN SAAD kata, dia siqah dan banyak riwayatkan hadis dan amat tinggi dari sudut kerijalannya[8].

D.                 AHMAD dan ISHAQ kata, sanad yang paling sahih adalah AL-ZUHRI, SALIM yang ambil dari bapanya (abdullah bin Umar)[9]

E.                  IBN MAIN kata, salim dan al-Qasim; kedua-dua mereka ini hampir sama. Said bin Musayyib pula hampir dengan kedua-dua mereka[10].

F.                   BUKHARI kata, dia tidak pernah dengar hadis dari AISYAH[11].



[1] masyariq:1/247 | Mursyid:1/98  | Dalam tarikh al-Islam wa wafiyat al-Masyahir wa al-‘Alam, al-Zahabi kata: dia meninggal pada tahun 107.

[2] masyariq:1/247

[3] Masyariq:1/246

[4] Masyariq:1/247

[5] Masyariq:1/246

[6] Masyariq:1/246

[7] Masyariq:1/247

[8] Masyariq:1/247

[9] Masyariq:1/247

[10] Masyariq:1/247

[11] Masyariq:1/247

No comments:

Post a Comment