[] ABU RAFI’ AL-QIBTI @ IBRAHIM
(ADA KATA: SOLEH | ADA KATA, ASLAM | ADA KATA, SABIT | ADA KATA, HURMUZ) (40H) –
SAHABAT[1]
[] Dia tinggal di sekitar mekah
dan Madinah sahaja.
[] Dia berbangsa Qibti. Asalnya
dia adalah hamba kepada AL-ABBAS. Bapa saudara Nabi itu hadiahkannya kepada
Nabi, lalu Nabi saw pun merdekakannya ketika dia memberitahu keislaman
AL-ABBAS. ABU RAFI’ masuk islam sebelum perang badar, tetapi dia tidak terlibat
dalam perang tersebut. Namun, dia terlibat dalam perang UHUD dan selepas itu[2].
[] Dia memeluk islam bersama
dengan UMMU AL-FADHL. Mereka sembunyikan keislaman mereka.
[] dia meninggal di awal
pemerintahan ALI BIN ABI TALIB[3].
Ada pula kata, dia meninggal di Madinah selepas dari pembunuhan terhadap
Saidina Osman[4].
No comments:
Post a Comment