عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ عَوْفٍ
[] ABDUL RAHMAN BIN AUF BIN ABD
AUF BIN ABD BIN AL-HARIS BIN ZAHRAH BIN KILAB BIN MURRAH BIN KA’AB BIN LUAY @
ABU MUHAMMAD AL-MADANI[1].
(43SH - 32H semasa meninggal umurnya 75 tahun[2])
[] Dia dilahirkan 10 tahun selepas
tahun gajah. Orang ke-8 yang mula memeluk Islam. Dia islam di tangan Abu Bakar
al-Siddiq.
[] Semasa Jahiliyyah, namanya ABD
AMRU (ada kata: Abd al-Kaabah). Nama Abdul Rahman adalah nama yang diberi oleh
Nabi saw kepadanya selepas dia memeluk islam. Semenjak Jahiliyyah lagi dia
tidak pernah minum arak.
[]
Dia meninggal ketika berumur 75 tahun di Madinah di era pemerintahan Saidina
Osman. Jenazahnya disolatkan oleh Saidina Osman dan dikebumikan di kubur Baqi’[3].
[] dia terlibat dalam perang badar dan seluruh
perang selepas itu[4]. beliau
antara yang luka parah semasa perang uhud, sehingga gigi depannya patah dan
mendapat 20 luka.
[] Salah seorang dari sepuluh
orang sahabat yang dijanjikan syurga semasa hidup[5].
[] Dia terlibat dua kali hijrah;
iaitu hijrah ke Habsyah dan Hijrah ke Madinah[6].
[] AL-ZUHRI menyatakan bahawa
sebelum ABDUL RAHMAN BIN AUF meninggal dunia, dia mewasiatkan agar bagi mereka
yang terlibat dalam perang badar yang masih hidup pada zamannya bahawa
dihadiahkan sebanyak 400 dinar[7].
[] Selepas Nabi wafat, kewangan
para isteri-isteri Nabi saw dijaga oleh Abdul Rahman bin Auf.
[] Salah seorang dari 6 orang
yang dicadangkan oleh Saidina Umar untuk menjadi khalifah selepas kematian
Saidina Umar; iaitu;
1.
Osman bin Affan
2.
Ali bin Abi Talib.
3.
Talhah bin Ubaidullah.
4.
Al-Zubair bin al-Awam.
5.
Abdul Rahman bin Auf
6.
Saad bin Abi Waqas.
Umar keenam mereka bermesyuarat.
Umar berpesan kepada mereka: kalau tiga orang bersetuju melantik seseorang dari
tiga itu, dan tiga orang lagi setuju seorang wakil dari mereka, maka mereka
perlu minta pandangan ABDULLAH BIN UMAR untuk menentukan salah seorang dari dua
orang tersebut.
Jika semua tidak setuju dengan
keputusan Abdullah bin Umar, maka mereka hendaklah mereka memilih pemimpin yang
bersama kelompok Abdul Rahman Auf.
Saidina Umar memuji Abdul Rahman
bin Auf dengan menyatakan: “dia mempunyai pandangan yang bernas. Dapat menutup
masalah dan ada idea baik. Allah menjaga dia. Dengarlah pandangan dia”
Umar pun berpesan kepada SUHAIB
BIN SINAN AL-RUMI untuk menjadi imam solat selama 3 hari sehingga keputusan
syura selesai.
Selepas Saidina Umar meninggal
dunia ketika berumur 65 tahun; iaitu setelah 10 tahun 6 bulan 4 hari; selepas
Saidina Umar dikebumikan, semua ahli syura yang dilantik Umar itu berhimpun di
rumah Aisyah (ada dakwaan kata, di rumah fatimah Binti Qais al-Fahriyyah, iaitu
kakak kepada al-Dahhak bin Qais).
Di situ, Abdul Rahman bin Auf
kata: jadikan urusan kamu kepada tiga orang dari kalangan kamu.
AL-ZUBAIR pun kata: aku lantik
Ali bin Abi Talib.
TALHAH kata: aku lantik Osman bin
Affan.
SAAD kata: aku lantik Abdul
Rahman bin Auf.
Justeru, calon khalifah ada tiga
nama: Ali, Osman dan Abdul Rahman bin Auf.
Abdul Rahman bin Auf pun kata:
manakah dari kamu berdua yang nak tarik diri dari urusan ini. Masa itu, kami
lantik dia yang tidak tarik diri.
Kedua-dua sahabat itu diam. Abdul
Rahman kata lagi: apakah kamu kamu jadikan aku sebagai orang yang memilih siapa
yang paling afdhal dari kamu berdua.
Dua sahabat itu jawab: kami
setuju.
Abdul Rahman pun pergi berjumpa
setiap orang islam ketika itu untuk meminta Bai’ah. Selepas subuh pada hari
Baiah pada tahun 23 Hijrah, Abdul Rahman pun umumkan bahawa Saidina Osman
sebagai Khalifah.
[] Adik-beradik Abdul Rahman bin
Auf.
1.
Abdul Rahman bin Auf – sahabat.
2.
Abdullah bin Auf – tidak muslim.
3.
Al-Aswad bin Auf – Sahabat.
Berhijrah sebelum Fath Mekah. terbunuh dalam perang jamal berpihak kepada
Aisyah. Anaknya bernama JABIR BIN AL-ASWAD BIN AUF adalah gabenor Madinah di
era IBN AL-ZUBAIR.
4.
‘Atikah عاتكة binti Auf. Masuk islam dan merupakan
isteri kepada Makhramah مخرمة bin Nawfal
5.
HALAH هالة BINTI AUF –
Isteri Bilal bin Rabah.
[] Isterinya bernama SAHLAH BINTI
‘ASIM yang dilahirkan ketika tercetus perang Khaibar (7 Hijrah), dan namanya
diberikan oleh Rasulullah.
Seorang lagi adalah TAMADHUR
BINTI AL-ASBAGH التماضر بنت الأصبغ. Dia berkahwin dengan ini ekoran Nabi
suruh dia mengepalai perang syariyyah di Daumah al-Jandal untuk perangi BANI
KALB selepas mereka lari dari perang. Nabi saw suruh dia kahwini puteri raja
mereka andai menang dalam perang tersebut.
Ketika itu, Abdul Rahman bawa 700 tentera sehingga
sampai di DAUMAN AL-JANDAL. Bertapak di situ selama tiga hari dan menyeru
penduduk di situ memeluk islam. Rajanya, Asbagh bin Sa’labah الأصبغ بن ثعلبة memeluk islam pada hari ketiga. Turut sama ramai rakyatnya.
Adapun rakyatnya yang berbaki dikenakan Jizyah. Ketika itu, Abdul Rahman
kahwini puteri raja tersebut. Abdul Rahman pun bawa isterinya ke Madinah. Dia
adalah Quraish yang pertama berkahwin dengan perempuan dari keturunan Bani
Kalb. Dari perkahwinan itu, dapat anak yang terkenal dengan kefaqihan, iaitu
ABU SALAMAH BIN ABDUL RAHMAN BIN AUF; iaitu salah seorang dari 7 orang faqih di
madinah dan menjadi Qadhi madinah pada tahun 48 hijrah sehingga 54 hijrah.
[] Abdul Rahman bin Auf antara yang terlibat dalam
FATH MEKAH. Nabi saw hantar KHALID BIN AL-WALID ke BANI JAZIMAH selepas Fath
Mekah. Khalid telah bunuh mereka secara tersalah.
Bani Jazimah ini adalah kalangan pada Jahiliyyah yang
telah membunuh bapa Abdul Rahman bin Auf dan bapa saudara Khalid bin al-Walid
yang bernama AL-FAKAH الفاكة BIN AL-MUGHIRAH.
Abdul Rahman bin Auf marah kepada Khalid dengan
berkata: Kamu membunuh mereka kerana mereka membunuh bapa saudara kamu.
Khalid pula kata: Mereka membunuh bapa kamu.
Keadaan itu menyebabkan Khalid maki hamun kepada Abdul
Rahman. Nabi saw mengetahui itu, Baginda pun berpesan;
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ، قَالَ: كَانَ بَيْنَ خَالِدِ بْنِ الْوَلِيدِ،
وَبَيْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ شَيْءٌ، فَسَبَّهُ خَالِدٌ، فَقَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا تَسُبُّوا أَحَدًا مِنْ
أَصْحَابِي، فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَوْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا، مَا
أَدْرَكَ مُدَّ أَحَدِهِمْ، وَلَا نَصِيفَهُ» - مسلم, 2541
Jangan
kamu cela seorang pun dari kalangan sahabatku. Seseorang kamu jika infaqkan
emas sebesar bukit uhud pun, pasti tidak dapat mendapat menyamai satu atau
setengah cupak pun.
[] Semasa mula-mula sampai di
madinah, nabi saw saudarakan dia dengan SA’AD BIN AL-RABI’.
حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، قَالَ:
لَمَّا قَدِمُوا المَدِينَةَ آخَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ بَيْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ، وَسَعْدِ بْنِ الرَّبِيعِ،
قَالَ لِعَبْدِ الرَّحْمَنِ: إِنِّي أَكْثَرُ الأَنْصَارِ مَالًا، فَأَقْسِمُ مَالِي
نِصْفَيْنِ، وَلِي امْرَأَتَانِ فَانْظُرْ أَعْجَبَهُمَا إِلَيْكَ فَسَمِّهَا لِي
أُطَلِّقْهَا، فَإِذَا انْقَضَتْ عِدَّتُهَا فَتَزَوَّجْهَا، قَالَ: بَارَكَ
اللَّهُ لَكَ فِي أَهْلِكَ وَمَالِكَ، أَيْنَ سُوقُكُمْ؟ فَدَلُّوهُ عَلَى سُوقِ بَنِي
قَيْنُقَاعَ، فَمَا انْقَلَبَ إِلَّا وَمَعَهُ فَضْلٌ مِنْ أَقِطٍ وَسَمْنٍ، ثُمَّ
تَابَعَ الغُدُوَّ، ثُمَّ جَاءَ يَوْمًا وَبِهِ أَثَرُ صُفْرَةٍ، فَقَالَ
النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَهْيَمْ» ، قَالَ: تَزَوَّجْتُ،
قَالَ: «كَمْ سُقْتَ إِلَيْهَا؟» . قَالَ: نَوَاةً مِنْ ذَهَبٍ، - أَوْ وَزْنَ
نَوَاةٍ مِنْ ذَهَبٍ، شَكَّ إِبْرَاهِيمُ – البخاري, 3780
Ketika mereka (Kaum Muhajirin)
sampai di Madinah, Rasulullah mempersaudarakan Abd al-Rahman bin 'Auf dengan
Sa'ad bin ar-Rabi'. Sa'ad berkata kepada Abd Al-Rahman: "Aku adalah orang
Ansar yang paling banyak hartanya, maka hartaku aku akan bagi dua dan aku mempunyai
dua isteri, maka lihatlah mana antara keduanya yang menarik hatimu dan sebut
kepadaku nanti aku akan ceraikan dan apabila telah selesai iddahnya maka
nikahinya". Abd al-Rahman berkata: "Semoga Alah memberkahimu pada
keluarga dan hartamu. Dimana letak pasar-pasar kamu?". Mereka menunjukkan
pasar Bani Qainuqa'. Beliau tidak kembali dari pasar melainkan dengan membawa
keju dan minyak sapi yang banyak. Beliau pun berdagang hingga pada suatu hari
beliau datang dengan pakaian dan wangian
yang bagus. Nabi saw bertanya kepadanya: "Bagaimana keadaanmu?". Abd
al-Rahman menjawab: "Aku sudah menikah". Baginda bertanya lagi:
"Berapa jumlah mas kahwin yang kamu berikan padanya?". Abd al-Rahman
jawab: "Sebiji emas atau seberat biji emas"
No comments:
Post a Comment