الْقَاسِمِ بْنِ مُحَمَّدٍ،
[] AL-QASIM BIN MUHAMMAD BIN ABI
BAKAR AL-SIDDIQ[1] AL-TAIMIY
@ ABU MUHAMMAD (ada kata: ABU ABDUL RAHMAN AL-MADANI AL-FAQIH) [2].
(102H[3])
[] Semasa dia meninggal, umurnya
70 tahun[4].
[] Salah Seorang Fuqaha’ 7[5].
[] kata IBN SAAD, ibunya adalah
UMMU WALAD, namanya SAWDAH[6].
[] AL-BUKHARI kata, bapanya mati
terbunuh. Sejak itu, al-Qasim tinggal sebagai anak yatim di rumah Aisyah[7].
[] AL-ZUBAIR kata, aku tidak
nampak Abu Bakar mempunyai anak yang lebih iras dengan pemuda ini (al-Qasim) [8].
[] pujian terhadapnya;
a.
ABU AL-ZINAD kata, aku tidak
nampak seorang yang amat tahu sunnah berbandingnya. Bahkan, dia amat cerdik[9].
b.
IBN ISHAQ ada cerita: aku nampak
al-Qasim solat. lalu datang seorang badwi kepadanya. Badwi itu tanya: siapakah
yang lebih alim; sama ada kamu atau salim? Dia jawab: Subhanallah. Badwi itu
ulang berkali-kali. Dia pun jawab: itu adalah salim, pergi tanya dia. IBN ISHAQ
kata, dia tidak suka berkata: Aku lebih alim dari Salim untuk bersihkan dirinya.
Namun, dia juga tidak suka kata: Salim lebih alim berbanding aku. Kerana,
ucapan itu adalah dusta[10].
[] KOMENTAR
A.
AL-WAQIDI kata, dia siqah, rafi’,
alim, faqih, imam, warak dan banyak riwayatkan hadis[11].
B.
IBN AUN kata, al-Qasim, Ibn Sirin dan Raja’
bin Haywah; mereka ini riwayatkan hadis huruf demi huruf. (bukan secara makna) [12].
C.
IBN UYAYNAH kata, ada tiga orang
yang amat tahu berkenaan Hadis Aisyah, iaitu AL-QASIM, URWAH dan ‘UMRAH[13].
D.
MALIK dan YAAQUB BIN SUFYAN kata,
dia sedikit dalam riwayatkan hadis dan memberi fatwa[14].
E.
Ibn Wahb ambil dari MALIK
berkata: al-Qasim adalah fuqaha’ umat ini[15].
F.
IBN SIRIN akan suruh orang yang
mahu ibadat haji agar lihat cara ibadat al-Qasim[16].
G.
AL-IJLI kata, dia adalah tabiin
terpilih. dia adalah tabiin siqah, lelaki soleh. [17]
H.
IBN HIBBAN kata, dia tabiin
besar. Orang yang afdhal pada zamannya dari sudut ilmu, adab dan fiqh. dia
seorang pendiam[18].
I.
ALI BIN ADAM kata, dia siqah,
sabat, fadhil dan dari kalangan ulama besar[19].
IBN SAAD kata, dia siqah, alim, faqih, imam dan banyak riwayatkan hadis[20].
[1] Mursyid:1/91
[2] Masyariq:1/199
[3] DHAMRAH BIN RAJA’ BINI JAMIL kata, dia meninggal setahun selepas Umar
Abdul Aziz meninggal. Iaitu 102 atau 101 hijrah. IBN UMAR kata, 105. KHALIFAH
kata, 106. YAHYA BIN MAIN & IBN AL-MADINI kata, 106. (Mursyid:1/91) Ibn
Saad kata, 112 (masyariq:1/200)
[4] Masyariq:1/200
[5] Mursyid:1/91
[6] Masyariq:1/199
[7] Masyariq:1/199
[8] Masyariq:1/199
[9] Masyariq:1/199
[10] Masyariq:1/200
[11] Masyariq:1/199
[12] Masyariq:1/200
[13] Masyariq:1/200
[14] Masyariq:1/200
[15] Masyariq:1/200
[16] Masyariq:1/200
[17] Masyariq:1/200
[18] Masyariq:1/200
[19] Masyariq:1/199
[20] Mursyid:1/91
No comments:
Post a Comment