بِلَالً
[]
BILAL BIN RABAH @ ABU ABDUL KARIM / ABU ABDILLAH / ABU AMRU[1]
(40SH - 21H[2])
[]
Sahabat Nabi ke-7 yang terawal memeluk Islam.
[]
Dia meninggal di Damsyiq pada tahun 20 atau 21 hijrah ketika berumur 61 tahun[3].
Dikebumikan
di Bab al-Soghir. Ada kata, di Bab Kaisan. Ada pula kata, dia meninggal di
Dariya di Damsyiq, lalu di bawa ke Damsyiq dan dikebumikan di Kaisan. Ada pula
kata, dia meninggal di Halb dan dikebumikan di Bab al-Arbain[4].
Ada
dakwaan kata, dia meninggal kerana kena penyakit taun Amwas yang tersebar pada
tahun 17 hingga 18 hijrah.
[]
Disebut juga dengan BILAL BIN HAMAMAH حمامة, iaitu disandarkan kepada nama ibunya[5]
yang merupakan Hamba kepada setengah orang besar Bani Jumah جمح.
[]
Muazzin Nabi serta bekas hamba kepada Abu Bakar al-Siddiq. Terlibat perang
badar serta semua perang bersama dengan Nabi[6].
[]
Sahabat Nabi yang diseksa oleh Umayyah bin Khalaf kerana beriman dengan ajaran
Nabi Muhammad saw. Diletakkan batu besar pada dadanya dan diugut oleh Umayyah,
sama ada dia kufuri Nabi Muhammad atau dia mati. Ketika itu, dia hanya menyebut
“ahad”, “ahad”, “ahad”...
Ketika
itu, Abu Bakar melintasi di situ. makanya Abu Bakar terus membelinya serta
memerdekakannya[7].
[]
Nabi lantik dia sebagai salah seorang dari tiga orang muazzin Nabi;
1.
Bilal
bin Rabah
2.
Abu
Mahzurah Al-Jamhi.
3.
Amru
bin Ummi Maktum.
[]
Semasa Fath Mekah, nabi saw suruh dia laungkan azan di atas kaabah.
[]
Dia berkahwin dengan perempuan dari BANI ZUHRAH BIN KILAB. Ada dakwaan kata,
Nabi kahwinkan dia dengan adik perempuan ‘AMIR, ‘AQIL, KHALID dan AYYAS, iaitu
bani al-Bukair al-Kinaniyyah.
Dalam
Tabaqat Ibn Saad ada diceritakan bahawa Bani al-Bukair datang kepada Nabi saw.
Mereka berkata: Wahai Rasulullah, tolong carikan suami untuk adik perempuan
kami? Nabi tanya mereka: di mana kedudukan Bilal di sisi kamu?
Mereka
pulang. Kemudian datang kembali dan sekali lagi bertanya: tolong carikan suami
untuk adik perempuan kami.
Nabi
tanya lagi: Apa kedudukan bilal di sisi kamu? Apa kedudukan kamu berkenaan
lelaki dari kalangan ahli syurga?
Mendengar
itu, mereka bersetuju kahwinkan adik mereka dengan Bilal bin rabah.
[]
Selepas Nabi saw wafat, Bilal berjumpa dengan Abu Bakar al-Siddiq dan minta
izin untuk dia terlibat sama dalam usaha hendak merdekakan Syam. Namun, ketika
itu Abu Bakar al-Siddiq tidak izinkan. Dia pun berkata Abu Bakar: Apakah kamu
merdekakan aku dahulu kerana Allah atau kerana kepentingan peribadi kamu?
Jawab
Abu Bakar: kerana Allah.
Bilal
pun kata: Oleh itu, izinkan aku untuk aku berperang di jalan Allah.
Makanya,
Abu Bakar izinkan dia ke syam. Dia kekal tinggal di situ sehingga dia meninggal
dunia.
[]
dalam kitab Tahzib al-Kamal oleh al-Muzi: Selepas Nabi saw wafat, dia tidak
mahu melaungkan azan. Namun, apabila orang ramai minta dia azan, dia pun
laungkan azan. Apabila sampai pada “asyahadu Anna Muhammad Rasulullah” dia
menangis dengan kuat sehingga tidak dapat habiskan azannya.
[]
Dalam al-Siyar, al-Zahabi ada bawakah kisah bahawa semasa Bilal di Syam, dia
mimpi jumpa Nabi. Baginda bertanya kepadanya: alangkah jauhnya kamu wahai
Bilal? Apakah kamu tidak mahu ziarah aku?
Dia
tersedar dari tidur dalam keadaan sedih. Dia pun naik kenderaan menuju ke
Madinah. Sesampai di kubur, dia menangis kuat.
Hasan
dan Husin datang kepada Bilal. Bilal peluk dan cium kedua cucu Nabi saw itu.
kedua-dua cucu itu minta Bilal laungkan azan.
Dia
pun naik atas bumbung masjid Nabawi, dia laungkan azan. Apabila orang mendengar
suaranya, suasana Madinah merasakan berubah. Keadaan menjadikan keadaan Madinah
sayu.
No comments:
Post a Comment