عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ
[] AMRU BIN SYUAIB BIN MUHAMMAD
BIN ABDULLAH BIN AMRU BIN AL-AS BIN WAIL AL-QURASHI AL-SAHMI السهمي AL-HIJAZI @ ABU IBRAHIM (Ada kata: ABU ABDILLAH AL-MADANI @ AL-TOIFI) [1].
[] AL-DARAQUTNI kata, dia bukan
tabiin. namun, dia ambil hadis dari 20 orang tabiin, bahkan lebih dari 20 orang.
Pendapat AL-DARAQUTNI ini dibantah oleh AL-MUZI dengan mengatakan bahawa AMRU
sempat berjumpa dengan beberapa orang sahabat seperti ZAINAB BINTI ABI SALAMAH
dan AL-RUBAIYYI’ BIN MUAWWIZ.[2]
[] menurut ABU HATIM, dia tinggal
di mekah dan keluar ke Taif. AL-ZAHABI kata, dia faqih penduduk Toif serta ulama
hadis di situ. dia banyak berulang alik ke Mekah untuk menyebarkan ilmu. Namun,
hartanya ada di Toif[3].
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Dianggap siqah oleh IJLI, NASAIE,
AHMAD BIN SAID AL-DARIMI[4].
B.
ALI BIN ADAM kata, dia soduq[5].
[] KOMENTAR PERTENGAHAN;
C.
AL-QATTAN kata, dia siqah dan
boleh dibuat hujah[6]. Dalam riwayat
ALI BIN AL-MADINI yang ambil dari YAHYA BIN SAID pula kata, hadisnya di sisi
kami adalah wahin[7].
D.
IBN UYAYNAH kata, hadisnya di
sisi manusia ada yang tak kena[8].
E.
AHMAD (dari murid AL-MAIMUNI[9])
kata, baginya banyak yang mungkar. Namun, hadisnya ditulis dan muktabar. Adapun
untuk dibuat hujah, maka itu tidak boleh[10].
Dalam riwayat ABU DAUD yang ambil dari AHMAD pula kata, ulama hadis ambil sikap
terpulang untuk nak terima atau tidak terhadap hadis yang dia ambil dari
bapanya dan ambil dari atuknya. kalau mahu ambil, maka mereka ambil. Kalau tidak
mahu ambil, maka mereka tinggalkan[11].
F.
AL-AJURRI kata, aku tanya ABU
DAUD, apakah Amru bin Syuiab adalah hujah? Jawab Abu Daud: tidak. Hatta dengan
setengah hujah pun tidak (boleh jadi hujah)[12].
No comments:
Post a Comment