Wednesday, July 26, 2023

QABISOH BIN ZUAIB

 

 QABISOH BIN ZUAIB ذؤيب BIN HALHALAH حلحلة @ ABU SAID AL-KHUZAIE AL-DIMASYQI (ada kata: ABU ISHAQ AL-MADANI[1]) (8H[2] - 81H[3])  - TABIIN SYAMI.

 

[] Salah seorang dari kalangan anak sahabat. Dia dilahirkan semasa Fath Mekah (7 hijrah). IBN QANI’ kata, dia pernah tengok Nabi[4].

 

Menurut IBN ABD AL-BAR pula, dia dilahirkan di awal tahun dari Hijrah[5].

 

Menurut IBN MAIN (murid: al-GHILABI), dia dibawa kepada Nabi saw untuk didoakan keberkatan[6].

 

Dengan sebab itu, JA’FAR kata, tidak sahih jika ada dakwaan kata dia dengar hadis dari Nabi[7]. Ekoran itu, kalau ada hadis yang dia riwayatkan dari Nabi, itu adalah riwayat secara mursal[8].

 

[] Dia dilahirkan di Madinah dan tinggal di Damsyiq[9]. Dia meninggal di akhirat pemerintahan ABDUL MALIK BIN MARWAN.

 

[] Dia adalah orang yang menjaga cincin serta surat menyurat kepada Khalifah ABDUL MALIK BIN MARWAN.

 

[] IBN SYIHAB (daripada Ibn Lahi’ah) kata, dia dari kalangan ulama dalam umat ini[10].

 

Kata MUHAMMAD BIN RASHID, daripada MAKHUL berkata: aku tidak nampak seorang pun yang lebih alik berbandingnya[11].

 

AL-SYA’BI (daripada MUGHIRAH) berkata, dia orang yang paling tahu berkenaan Qadha’ Zaid bin Sabit[12].

 

[] Menurut ABDILLAH BIN ‘AYYASH (Murid: al-haisam), kejadian hari al-Hurrah menyebabkan matanya menjadi buta[13].

 

[] ZAHABI dalam AL-SIYAR menukilkan perkataan AL-BUKHARI yang menyatakan bahawa dia sempat jumpa dengan ABU AL-DARDA’ dan ZAID BIN SABIT.

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  Kutub sittah[14].

B.                  IBN SAAD kata, dia siqah, ma’mun. dia banyak riwayatkan hadis[15].

C.                  AL-IJLI kata, dia penduduk madinah, tabiin dan siqah[16].

D. IBN HIBBAN sebut dalam Siqat al-Tabiin bahawa dia fuqaha’ Madinah dan orang-orang soleh di situ[17].


[1] Misbah:1/96 | Masyariq:1/265

[2] Al-Zahabi dalam al-Siyar.

[3] Ini menurut pendapat KHALIFAH. Menurut IBN SAAD pula, dia meninggal pada tahun 86 atau 87 hijrah. IBN MAIN kata, 87 hijrah. Ada pula kata, tahun 89, iaitu di era pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan (Masyariq:1/266) menurut AL-AMIN AL-HARARI, dia meninggal tahun 83 hijrah (mursyid:1/104)

[4] Masyariq:1/265 | Masyariq:1/266

[5] Masyariq:1/266

[6] Masyariq:1/266

[7] Masyariq:1/266

[8] Masyariq:1/266

[9] Masyariq:1/265

[10] Masyariq:1/265

[11] Masyariq:1/266

[12] Masyariq:1/266

[13] Masyariq:1/266

[14] Masyariq:1/266

[15] Masyariq:1/265

[16] Masyariq:1/266 | Mursyid:1/104

[17] Masyariq:1/266

No comments:

Post a Comment