عُبَادَةَ بْنَ الصَّامِتِ
الْأَنْصَارِيَّ
[] UBADAH BIN AL-SOMIT BIN QAIS
BIN ASRAM اصرم BIN FIHR
BIN QAIS BIN SA’LABAH BIN GHANM BIN SALIM BIN AUF BIN AMRU BIN AUF BIN
AL-KHAZRAJ AL-ANSARI @ ABU AL-WALID[1]
AL-MADANI[2]
(38SH - 34H[3])
[]
disebut sebagai AL-NAQIB kerana, dia adalah NAQIB AL-ANSAR pada malam
al-‘Aqabah[4].
[]
peluk islam sebelum hijrah Nabi ke Madinah lagi. Semasa di Madinah, nabi saw
saudarakan dia dengan ABU MARSAD AL-GHUNAWI.
[]
Salah seorang ahli Badar[5]. Terlibat
semua perang bersama dengan Nabi. Terlibat juga pembukaan mesir. Dia panglima
perang untuk membuka kota Iskandariyyah pada tahun 25 hijrah atas arahan dari
Amru bin al-AS.
Dia
tinggal di Syam dan sempat menjadi gabenor di Hims sekejap, kemudian menjadi
Qadhi di Palestine dan meninggal dunia di Ramallah di era pemerintahan Saidina
Osman bin Affan.
[]
Dia mati di Ramallah pada tahun 34 hijrah. Ada dakwaan kata, dia sempat era
pemerintahan Muawiyyah[6].
[]
nama ibunya: QURRAH AL-AIN BINTI UBADAH BIN NADLAH BIN AL-AJLAN[7].
(34H)
[]
Dalam al-Isobah, ada dakwaan kata dia meninggal pada tahun 45 hijrah. Namun, dari
anaknya sendiri, iaitu AL-WALID BIN UBADAH mengatakan, bapanya meninggal pada
tahun 34 hijrah[8].
[]
Dia meninggal di Ramallah, Palestine[9].
Semasa dia meninggal, umurnya 72 tahun[10].
[]
Tubuh badannya sasa, tinggi dan cantik[11].
[]
Dia terlibat perang badar[12]
dan seluruh perang-perang bersama dengan Nabi[13].
Selepas
Nabi wafat, dia terlibat pembukaan Mesir[14].
Dalam “tarikh hims”, Abd al-Somad bin Sa’id kata, dia adalah orang yang
mula-mula seklai jadi Qadhi di Palestine[15].
Menurut
AL-BUKHARI, Yazid bin Abi Sufyan tulis surat kepada Umar—memberitahu bahawa
penduduk Syam perlu ada guru mengajar al-Quran dan mengajar Fiqh. Makanya, Umar
menghantar Muaz, Ubadah dan Abu al-Darda’. Dan menetapkan Ubadah di Palestine[16].
Menurut
KHALIFAH bahawa ABU UBAIDAH yang melantik dia menjadi gabenor di Hims. Kemudian
tukar kepada ABDULLAH BUN QURT[17].
IBN
SAAD menyatakan dengan jalur sanad MUHAMMAD BIN KAAB AL-QURAZI bahawa UBADAH
salah seorang yang himpunkan al-Quran pada zaman Nabi saw. Hal yang sama
disebut oleh al-Bukhari dalam al-Tarikh[18].
[]
IBN SAAD kata, dia salah seorang naqib semasa perjanjian Aqabah[19].
[1]
Masyariq:1/266
[2]
Mursyid:1/104
[3]
Mursyid:1/104
[4]
Mursyid:1/104
[5]
Mursyid:1/104
[6]
Mursyid:1/104
[7]
Masyariq:1/266
[8]
Masyariq:1/268
[9]
Masyariq:1/267
[10]
Masyariq:1/268
[11]
Masyariq:1/267
[12]
Masyariq:1/266
[13]
Masyariq:1/266
[14]
Masyariq:1/266
[15]
Masyariq:1/266
[16]
Masyariq:1/267
[17]
Masyariq:1/267
[18]
Masyariq:1/266
[19]
Masyariq:1/266
[20]
Masyariq:1/266
No comments:
Post a Comment