دَلْهَمُ بْنُ صَالِحٍ
[] DALHAM BIN SOLEH AL-KINDI
AL-KUFI[1].
[] Dia tinggal dan meninggal di
Kufah.
[] dalam al-Tabaqat al-Kubra, IBN
SAAD kata, dia meninggal di era pemerintahan ABU JAAFAR AL-MANSUR (95H – 158H)
yang jadi khalifah bermula tahun 136 Hijrah sehingga dia meninggal dunia, iaitu
tahun 158 hijrah.
[] Ada kata, namanya DALHAM BIN
SUBH. Tetapi, IBN RUSLAN kata, yang paling sahih adalah BIN SOLEH[2].
[] Rijal ABU DAUD, AL-TARMIZI dan IBN MAJAH[3].
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
AL-DARAQUTNI kata, dia soleh.
B.
ABU DAUD kata, dia ليس به بأس. [4]
[] KOMENTAR PERTENGAHAN;
C.
ABU HATIM kata, dia lebih aku
suka berbanding Bukari bin ‘Amir dan Isa bin al-Musayyib.
[] KOMENTAR NEGATIF;
D.
IBN MAIN kata, dia doif[5].
turut kata perkara yang sama adalah AL-BAIHAQI, ABU ZUR’AH dan AL-ASQALANI.
E.
IBN HIBBAN kata, dia mungkar hadis jiddan. Hadis
tafarrud dia berbeza dengan tokoh-tokoh yang sabat[6].
AHMAD BIN SYUAIB AL-NASAIE kata, dia tidak kuat.
[1] Bazl:2/13
[2] Ruslan:2/150
[3] Manhal:2/121
[4] Manhal:2/121 | Bazl:2/13
[5] Manhal:2/121 | Bazl:2/13
[6] Manhal:2/121 | Bazl:2/13
No comments:
Post a Comment