[] BURAIDAH BIN AL-HUSAIB BIN ABDILLAH BIN AL-HARITH @ ABU ABDILLAH AL-ASLAMI[1]. (63H[2])
[] Tidak diketahui secara jelas
tempat dia dilahirkan. Tetapi, ramai sepakat mengatakan bahawa dia meninggal di
Mero – turkmenistan. Dia pernah sampai di Sajistan (iran), al-Madinah, Basrah
dan Mero.
[] AL-SAHRAMPURI kata, dia masuk
islam ketika Nabi dalam hijrah ke Madinah. ketika itu, baginda melintasi di
tempatnya[3].
Khitab al-Subki pula kata, dia
memeluk Islam sebelum kejadian perang badar. Namun, Perang tersebut dia tidak
terlibat. Selepas itu, 16 perang bersama
dengan nabi dia terlibat[4].
Selepas Nabi wafat, dia berpindah
ke Basrah. Di situ, dia bina rumah.
Pada era Osman, dia keluar dari
basrah menuju ke Khurasan untuk berperang. Kemudian dia berpindah ke Mero dan
tinggal di situ sehingga dia meninggal pada tahun 63 Hijrah. Dia adalah sahabat
Nabi yang paling akhir meninggal di Khurasan[5].
Dia dikebumikan di tanah
perkuburan Jusoin, iaitu tanah perkuburan di Mero[6].
No comments:
Post a Comment