Thursday, July 27, 2023

ABU ABDILLAH AL-JADALI @ ABD BIN ABD

َبِي عَبْدِ اللَّهِ الْجَدَلِيِّ

[] ABU ABDILLAH AL-JADALI @ ABD BIN ABD (ada kata: ABDUL RAHMAN BIN ABD AL-KUFI) [1].

 

[] Gelaran AL-JADALI merujuk kepada JADILAH جديلة, iaitu satu seksyen di TAY طيء  iaitu penisbahan tempat itu dari nenek mereka anak kepada SUBAI’ BIN AMRU[2].

 

[] Menurut MUHAMMAD JAAFAR AL-TOBASI dalam kitab RIJAL AL-SYIAH FI ASANID AL-SUNNAH, ABU ABDILLAH AL-JADALI dianggap salah seorang rijal syiah.

 

[] Rijal Abu Daud, al-Tarmizi [3] .dan Nasaie[4].

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  Dianggap siqah oleh IBN MAIN dan AHMAD[5].

B.                  Dianggap sahih oleh AL-TARMIZI[6].

 

[] KOMENTAR PERTENGAHAN;

C.                  ASQALANI kata, dia siqah dan dituduh tasyayyu’[7].

 

[] KOMENTAR NEGATIF;

D.                 Abu daud kata, Ibrahim al-Nakhaie tidak mendengar hadis darinya[8].

E.                  SYU’BAH kata, Ibrahim tidak mendengar dari ABU ABDILLAH AL-JADALI hadis sapu khuf[9].

F.                   ZAHABI kata, dia syiri baghid.

G.                 IBN SAAD kata, dia teramat tasyayyu’.

IBN QUTAIBAH letak dia dalam senarai orang-orang melampai dalam rafidoh.



[1] Manhal:2/125 |  bazl:2/16

[2] Manhal:2/126

[3] Manhal:2/125

[4] siyar

[5] Manhal:2/125

[6] Manhal:2/125

[7] Manhal:2/125

[8] Manhal:2/125 | bazl:2/16

[9] bazl:2/16

HAMMAD BIN MUSLIM AL-ASY’ARI @ ABU ISMAIL AL-KUFI. (120H)

حَمَّادٌ

[] HAMMAD BIN MUSLIM AL-ASY’ARI @ ABU ISMAIL AL-KUFI[1]. (120H[2])

 

[] AL-SAHRAMPURI kata, namanya adalah HAMMAD BIN ABI SULAIMAN MUSLIM AL-ASY’ARI. Dia adalah guru IMAM ABU HANIFAH[3].

 

[] menurut AL-ZAHABI dalam tarikh al-Islam, bahawa dia berasal dari Asbahan. Kemudian dia tinggal di Kufah.

 

[] dalam al-Siyar, dinukilkan bahawa AHMAD BIN ABDILLAH AL-IJLI kata, dia orang kaya. Dia pernah memberi makan untuk berbuka puasa seramai 500 orang, dan memberi setiap seorang seratus dirham selepas hari raya.

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  Rijal Muslim dan Sunan.

B.                  Dianggap siqah oleh IBN MAIN dan AL-IJLI[4].

C.                  IJLI kata, dia kufi siqah. Dia adalah murid IBRAHIM AL-NAKHAIE yang paling siqah[5].

D.                 AHMAD BIN SOLEH AL-JILI kata, dia siqah dan dia orang yang paling faham berkenaan Ibrahim.

E.                  IBN UYAYNAH kata, hammad lebih faham ibrahim berbanding al-Hakam.

F.                   ABDUL MALIK BIN IYAS tanya Ibrahim. Siapakah orang yang lebih tahu selepas kamu? IBRAHIM jawab: Hammad[6].

G.                 ZAHABI kata, dia siqah, imam mujtahid.

H.                 WAKI’ ambil hadis darinya dan kata dia siqah.

 

[] KOMENTAR PERTENGAHAN;

I.                    ABU HATIM AL-RAZI kata, dia soduq dan tidak dibuat hujah. Dia mustaqim pada fiqh[7].

J.                    NASAIE kata, dia siqah tetapi dia murjiah[8].

K.                  AHMAD kata, dia dituduh murjiah[9].

L.                   AL-A’MASY buruk pandangan terhadap dia. Tidak dapat menerimanya ketika bercakap berkenaan murjiah. Dan anggap dia tidak siqah[10].

M.               IBN SAAD kata, dia doif dalam hadis. Dia ikhtilat di akhir umurnya. Dia seorang murjiah. Dia banyak riwayat hadis. Dia benar dalam melontarkan pandangannya. Apabila dia bercakap berkenaan selain IBRAHIM, dia akan salah[11].

N.                 IBN ADI AL-JURJANI kata, hadisnya soleh. Berlaku kepelikan pada hadis-hadisny. Dia berpegang pada hadisnya لا بأس به

O.                 ASQALANI kata, dia faqih, soduq, tetapi dia ada waham dan dituduh murjiah.

P.                  SYU’BAH kata, dia soduq lisan. Di waktu lain kata, dia tidak hafiz.

 

[] KOMENTAR NEGATIF

Q.                 ABU HATIM BIN HABBAN AL-BASTI kata, dia selalu buat silap dan dia murji’ah.

R.                  DARAQUTNI kata, dia doif.

S.                   AL-‘AMASYH kata, dia tidak siqah.

T.                  IBN SAAD AL-WAQIDI kata, dia doif pada hadis. ikhtilat di akhir umurnya. Dia seorang murjiah.

U.                 AL-ZUHLI kata, dia banyak silap dan waham.



[1] Manhal:2/125

[2] Manhal:2/125 | al-Sahrampuri kata, dia meninggal pada tahun 119 hijrah (bazl:2/16)

[3] Bazl:2/16

[4] Manhal:2/125 | Bazl:2/16

[5] Bazl:2/16

[6] (tabaqat al-fuqaha’, Syirazi)

[7] Manhal:2/125

[8] Manhal:2/125 | Bazl:2/16

[9] Bazl:2/16

[10] Bazl:2/16

[11] Bazl:2/16

AL-HAKAM BIN UTAIBAH AL-KINDI AL-IJLI @ ABU MUHAMMAD (50H – 115H) – TABIIN

الْحَكَمِ

[] AL-HAKAM BIN UTAIBAH AL-KINDI AL-IJLI @ ABU MUHAMMAD (ada kata: ABU ABDILLAH AL-KUFI[1]) (50H[2] – 115H[3]) – TABIIN

 

[]  dia meninggal di Kufah di era pemerintahan HISHAM BIN ABDIL MALIK.

 

[] adapun HAKAM BIN UTAIBAH BIN AL-NAHHAS النهاس, dia adalah orang yang lain[4].

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  Kutub sittah[5].

B.                  Dianggap siqah oleh NASAIE, IBN MAIN dan ABU HATIM[6].

C.                  IBN SAAD kata, dia siqah, faqih, alim dan banyak riwayatkan hadis.

D.                 AHMAD kata, dia adalah manusia yang paling sabat berkenaan hadis Ibrahim.

E.                  IJLI kata, dia siqah, sabat, faqih, dari kalangan orang yang memahami Ibrahim. Dia orang yang kuat berpegang dengan Sunnah dan Ittiba’.

 

[] KOMENTAR PERTENGAHAN;

F.                   IBN MAHDI kata, dia siqah, sabat tetapi berkhilaf berkenaan makna hadisnya[7].

G.                 AL-IJLI kata, dia siqah, sabat, sohib sunnah dan Ittiba’. Padanya ada TASYAYYU’ tetapi dia tidak zahirnya[8].

H.                 ABDUL RAHMAN BIN MAHDI kata, dia sabat, siqah tetapi ulama ada berselisih berkenaannya.

 

[] KOMENTAR NEGATIF;

IBN HIBBAN kata, dia selalu tadlis[9].



[1] Manhal:2/125

[2] Ada kata, pada 47 hijrah.

[3] Manhal:2/125 | Menurut AL-SAHRAMPURI, dia meninggal pada 113 hijrah. (bazl:2/15)

[4] Bazl:2/15

[5] Manhal:2/125

[6] Manhal:2/125 | Bazl:2/15

[7] Manhal:2/125

[8] Manhal:2/125

[9] Manhal:2/125

MUGHIRAH BIN SYU’BAH BIN ‘AMIR BIN MAS’UD AL-SAQAFI @ ABU ABDILLAH/ABU ISA (23SH-50H) - sahabat

الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ

[] MUGHIRAH BIN SYU’BAH BIN ‘AMIR BIN MAS’UD AL-SAQAFI @ ABU ABDILLAH/ABU ISA (23SH-50H)- sahabat.

 

[] Dia dilahirkan dia kalangan Saqif di Taif. Dibesarkan di situ. dan meninggal di kufah ketika umurnya 70 tahun kerana penyakit taun. Dia pernah sampai ke Bahrain, Madinah, Mekah dan Basrah.

 

[] dia digelar sebagai salah seorang DUHAT AL-ARAB (Cerdik pandai arab); iaitu MUAWIYAH BIN ABI SUFYAH, AMRU BIN AL-AS, AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH dan ZIYAD.

 

[] Dia memeluk islam pada tahun tercetuskan perang khandaq (5 Hijrah), iaitu selepas dia bersama dengan BANI MALIK ke mesir dan 13 orang dari BANI MALIK di bunuh oleh raja muqawqis. dia salah seorang terlibat dalam sejarah SULH AL-HUDAIBIYYAH.

 

[] matanya buta sebelah dalam perang yarmuk. Dia terlibat dalam sejarah AL-QADISIYYAH, NAHAWAND, HAMZAN dan sebagainya.

 

[] Di era Umar, beliau dilantik menjadi gabenor basrah. Namun, dia digugurkan kerana ada orang saksikan bahawa dia berzina. 

 

Kemudian dia dilantik menjadi gabenor di Kufah. Dia kekal di situ sehingga Saidina Umar dibunuh. Di era Osman, dia disambung jawatan tersebut sehingga Osman menggugurkan jawatannya.

 

[] Semasa Muawiyah menjadi khalifah, Muawiyah lantik AMRU BIN AL-AS jadi gabenor di kufah dan anaknya, ABDULLAH BIN AMRU di mesir. Al-Mughirah pun berjumpa dengan Muawiyah dan menyatakan: Wahai Amirul Mukminin, tindakan kamu lantik Amru di Kufah dan anaknya di Mesir, umpama kamu berada antara dua bahu singa.

 

Muawiyyah pun minta pandangan Mughirah. Makanya, mughirah mencadangkan agar kedua-dua anak beranak itu berada di mesir, dan lantik Mughirah sebagai gabenor di Kufah. Dengan cadangan itu, Muawiyah lantik Mughirah jadi gabenor di Kufah sehingga dia wafat di situ.

  

[] Dia terlibat dalam peerang Yamamah, terlibat dalam Fath al-Syam, iraq. Umar lantik dia jadi Gabenor di basrah.


Selepas itu, terlibat dalam Fath MISAN (selatan Iraq), HAMZAN (iran) dan beberapa buah negara.

 

[] Semasa sejarah perjanjian Hudaibiyyah, Urwah bin Mas’ud dihantar oleh Quraish berjumpa dengan Nabi saw. Semasa dia bercakap dengan Nabi, dia menyentuh janggut Nabi. Mughirah ketika itu memakai topeng perang berdiri. Dia menepis serta berkata kepada Urwah: turunkan tangan kamu sebelum pedang ini sampai kepada kamu. Urwah pun tanya  Nabi saw: siapa ini wahai Muhammad? Dia amat keras. Nabi saw jawab: itu orang dari keturunan kamu (Saqafi)[1].



[1] Maghazi al-waqidi, 2/595