شُعْبَةُ
[] SYU’BAH BIN AL-HAJJAJ BIN
AL-WARD AL-ITQI العتكي AL-AZDI الأزدي @ ABU BASTOM AL-WASITI AL-BASRI @ TABIIN (83H
- 160H[1])
[] IBN SAAD kata, dia meninggal di Basrah[2].
[] Dia orang yang mula-mula sekali mencari rijal hadis
di Iraq. SOLEH JAZRAH kata: Syu’bah adalah orang yang mula-mula sekali bercerita
berkenaan rijal, diikuti Qattan, kemudian Ahmad dan Yahya[3].
[] MUSLIM BIN IBRAHIM kata, aku tidak pernah nampak SYU’BAH
apabila masuk waktu solat kecuali aku dapati dia sedang menunaikan solat[4].
[] AL-NADHAR BIN SYUMAIL kata, aku tidak jumpa orang
yang amat kasihi orang miskin seperti dia[5].
[] QURRAD ABU NUH bercerita: Syu’bah nampak aku pakai satu
jubah. Dia tanya: berapa harga jubah kamu ini? Dijawab: 8 dirham. Dia pun
berkata: Celaka kamu. Kamu tidak takut kepada Allah sehingga kamu pakai jubah
berharga 8 dirham, sedangkan kamu boleh pakai jubah dengan harga 4 dirham, dan
4 dirham berbaki kamu sedekahkan kepada orang miskin. Aku jawab: aku bersama
dengan kaum yang bersegak. Dia kata: untuk apa kamu bersegak bersama dengan
mereka[6].
[] Menurut satu kisah menarik yang diceritakan
Imam al-Khatib al-Baghdadi dalam kitab al-Rihlah fi Talabil Hadith, bahawa
ketika di Kufah, dia mendengar satu hadis dari Abu Ishaq al-Sabiie, iaitu hadis
(sabda Nabi SAW);
مَنْ تَوَضَّأَ
فَأَحْسَنَ الوُضُوءَ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ فاستغفر الله إلا غَفَرَ لَهُ
"Sesiapa mengambil wudhuk, lalu mengelokkan wudhuknya,
kemudian dia mengerjakan solat 2 rakaat, kemudian beristighfar (memohon ampun)
kepada Allah, nescaya Allah akan mengampunkannya".
Kata Abu Ishaq: hadis ini diambilnya dari Abdullah bin 'Ato, yang
dia ambil dari 'Uqbah bin 'Amir (sahabat Nabi).
Syu'bah berkata: aku bertanya Abu Ishaq; apakah Abdullah bin 'Ato'
mendengarnya langsung dari 'Uqbah bin 'Amir RA?
Abu Ishaq tidak menjawabnya. Lalu dikatakan kepadaku: pergilah
kamu ke Mekah, bertemu sendiri dengan 'Abdullah bin Ato', dia tinggal di sana.
Syu'bah mengembara ke Mekah (dari Kufah). Walaupun ketika itu
musim haji, namun kata dia: aku mengembara ke Mekah ketika itu bukan kerana
haji, tetapi semata-mata kerana hadis tersebut.
Di Mekah dia dapat bertemu 'Abdullah. Abdullah berkata: Sa'ad bin
Ibrahim yang memberitahu kepadaku hadis tersebut. Pergilah kamu ke Madinah
kerana Saad tinggal di Madinah. Syu'bah mengembara pula ke Madinah.
Di Madinah apabila bertemu Saad bin Ibrahim dia memberitahu
kepadaku: hadis itu diberitahu kepadaku oleh Ziyad bin Mikhraq. Dia tinggal di
Basrah. Kata Syu'bah; lalu aku mengembara pula ke Basrah.
Di Basrah, bila aku bertanya Ziyad. dia berkata: engkau tidak akan
sudi mendengarnya jika aku beritahu dari siapa aku mendengar hadis tersebut.
Namun aku berkeras agar dia memberitahunya. Lalu Ziyad memberitahu; hadis itu
diberitahu kepadaku oleh Syahr bin Hausyab (yang mendakwa dia mengambil hadis
itu) dari Abu Rayhanah dan Abu Rayhanah pula mengambilnya dari sahabat Nabi
'Uqbah bin 'Amir RA.
Mendengar nama Syahr bin Hausyab, Syu'bah menjadi sangat kecewa,
kerana Syahr diragui periwayatannya oleh setengah ulamak pengumpul hadis ketika
itu. Syu'bah berkata: hadis tersebut dirosakkan oleh kewujudan Syahr dalam
rantaian sanadnya. Jika hadis ini soheh dari Nabi SAW, nescaya ia lebih aku
sukai dari keluargaku, hartaku, malah dari sekelian manusia di bumi"
[] Dia
terkenal sebagai ulama hadis yang meriwayatkan hadis secara makna. Tambahan
pula, dia tidak terkenal dengan kefaqihan dan ijtihad fiqh. Dengan sebab itu,
walaupun dia digelar al-Sauri sebagai Amirul mukminin dalam ilmu hadis,
riwayatnya tidak diterima oleh Imam Abu Hanifah
[] KOMENTAR
A.
Kutub sittah[7].
B.
SAURI kata, syu’bah adalah amirul mukminin dalam hadis[8].
C.
SYAFIE kata, tanpa syu’bah pasti tidak diketahui ilmu
hadis di iraq[9].
D.
YAZID BIN ZURAI’ kata, syu’bah adalah orang yang
paling benar dalam hadis[10].
E.
ALI BIN ADAM kata, dia siqah, hafiz, mutqin, amirul
mukminin dalam hadis[11].
F.
AHMAD kata, dia lebih sabat berkenaan hadis hukum
berbanding al-‘A’mash. Dia amat alim dalam bidang hadis. Tanpa syu’bah sudah
pasti hilang hadis hukum. Syu’bah lebih baik hadis berbanding Sauri. Hadis di
era lain tidak sehebat pada era syu’bah[12].
G.
AHMAD dari anaknya: Syu’bah adalah umat yang satu
dalam ilmu rijal. Dia celik dalam hadis, tasabbut dan amat cerah berkenaan
rijal[13].
H.
NASAIE kata, aku tanya ABU ABDILLAH, siapa yang lebih
sabat antara SYU’BAH dan SUFYAN? Jawab ABU ABDILLAH: sufyan adalah hafiz, dia lelaki
soleh. Syu’bah pula lebih sabat dan lebih soleh darinya[14].
I.
HAMMAD BIN SALAMAH kata, kalau kamu mahu tahu ilmu
hadis, lazimi Syu’bah[15].
J.
HAMMAD BIN ZAID kata, aku tidak peduli orang menyalahi
aku apabila aku sepakat dengan Syu’bah. Apabila syu’bah menyalahi aku pada sesuatu
perkara, pasti aku akan tinggalkan hal itu[16].
K.
DARAQUTNI kata dalam Ilal, dia banyak kali buat silap
dalam menyebut nama perawi kerana terlalu sebuk dengan hafal matan hadis.
No comments:
Post a Comment