MUHAMMAD
BIN ‘AJLAN AL-QURASHI (148H)
مُحَمَّدِ بْنِ عَجْلَانَ القرشي
Seorang ulama hadis yang terkenal dengan alim dalam
bidang fiqh, serta seorang ‘abid, iaitu orang yang kaki ibadat.
Dia berasal di Madinah serta membesar, belajar,
mengajar serta meninggal dunia di kota Nabi itu.
Tidak diketahui tahun kelahirannya secara tepat,
tetapi al-Zahabi menyatakan bahawa dia dilahirkan di era pemerintahan Abdul
Malik bin Marwan.
Semua kitab sittah meriwayatkan hadis dia kecuali
al-Bukhari sahaja riwayatkan secara mutaba-ah.
Dikatakan bahawa dia ada satu halaqah di Masjid Nabawi
dan di situ dia menjawab banyak soalan-soalan fiqh dan mengeluarkan fatwa.
Di sana terdapat beberapa tajrih ulama terhadapnya.
Antaranya, didakwa bahawa dia seorang yang mudhtarib hadis jika dia ambil hadis
dari Nafi’. Hal ini dinyatakan oleh Abu Ja’far al-‘Uqaili.
Ibn Hajar al-Asqalani kata, dia celaru dalam
meriwayatkan hadis-hadis yang melibatkan Abu Hurairah. Dalam pada itu, Ibn
al-Hajar tetap akui bahawa dia soduq.
No comments:
Post a Comment