Thursday, February 24, 2022

SAHABAT: MUGIRAH BIN SYU’BAH (50H)

 

SAHABAT: MUGIRAH BIN SYU’BAH (50H)

الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ

 

Zaman Jahiliyyah, beliau adalah perompak. Kemudian memeluk Islam semasa perang khandaq (5 Hijriah). Beliau merupakan salah seorang juru juru tulis Nabi.

 

Pada zaman Umar menjadi khalifah, beliau dilantik menjadi Gabenor Basrah, kemudian di Kufah. Selepas kematian Saidina Umar, dia terus menjadi gabenor sehingga digugurkan jawatannya oleh Saidina Osman.

 

Al-Sya’by berkata: “Orang cerdik dan bijak Arab itu ada 4; Muawwiyah kerana kesabaran dan kemurahan hatinya, Amru bin al-Ash kerana pandai menyelesaikan masalah, al-Mughirah kerana kepandaian memberi jawaban dengan cepat dan Ziyad bin Abihi karena bijak berhadapan terhadap yang muda dan tua”

 

Ketika terjadi perpecahan antara Ali dan Muawiyah sehingga terjadinya Perang Siffin, Mughirah memilih menjauhkan diri.

 

Kemudian dari itu, dia membaiah Muawiyah setelah sebahagian besar umat Islam melakukannya.

 

Muawiyah kemudian mengangkatnya menjadi gabenor Kufah kembali, hingga beliau meninggal dunia tahun 50 Hijriah


Dia dilahirkan dia kalangan Saqif di Taif. Dibesarkan di situ. dan meninggal di kufah ketika umurnya 70 tahun kerana penyakit taun. Dia pernah sampai ke Bahrain, Madinah, Mekah dan Basrah.

 

[] dia digelar sebagai salah seorang DUHAT AL-ARAB (Cerdik pandai arab); iaitu MUAWIYAH BIN ABI SUFYAH, AMRU BIN AL-AS, AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH dan ZIYAD.

 

[] Dia memeluk islam pada tahun tercetuskan perang khandaq (5 Hijrah), iaitu selepas dia bersama dengan BANI MALIK ke mesir dan 13 orang dari BANI MALIK di bunuh oleh raja muqawqis. dia salah seorang terlibat dalam sejarah SULH AL-HUDAIBIYYAH.

 

[] matanya buta sebelah dalam perang yarmuk. Dia terlibat dalam sejarah AL-QADISIYYAH, NAHAWAND, HAMZAN dan sebagainya.

 

 

[] Di era Umar, beliau dilantik menjadi gabenor basrah. Namun, dia digugurkan kerana ada orang saksikan bahawa dia berzina. 

 

Kemudian dia dilantik menjadi gabenor di Kufah. Dia kekal di situ sehingga Saidina Umar dibunuh. Di era Osman, dia disambung jawatan tersebut sehingga Osman menggugurkan jawatannya.

 

[] Semasa Muawiyah menjadi khalifah, Muawiyah lantik AMRU BIN AL-AS jadi gabenor di kufah dan anaknya, ABDULLAH BIN AMRU di mesir. Al-Mughirah pun berjumpa dengan Muawiyah dan menyatakan: Wahai Amirul Mukminin, tindakan kamu lantik Amru di Kufah dan anaknya di Mesir, umpama kamu berada antara dua bahu singa.

 

Muawiyyah pun minta pandangan Mughirah. Makanya, mughirah mencadangkan agar kedua-dua anak beranak itu berada di mesir, dan lantik Mughirah sebagai gabenor di Kufah. Dengan cadangan itu, Muawiyah lantik Mughirah jadi gabenor di Kufah sehingga dia wafat di situ.

 

[] Dia terlibat dalam peerang Yamamah, terlibat dalam Fath al-Syam, iraq. Umar lantik dia jadi Gabenor di basrah.


Selepas itu, terlibat dalam Fath MISAN (selatan Iraq), HAMZAN (iran) dan beberapa buah negara.

 

[] Semasa sejarah perjanjian Hudaibiyyah, Urwah bin Mas’ud dihantar oleh Quraish berjumpa dengan Nabi saw. Semasa dia bercakap dengan Nabi, dia menyentuh janggut Nabi. Mughirah ketika itu memakai topeng perang berdiri. Dia menepis serta berkata kepada Urwah: turunkan tangan kamu sebelum pedang ini sampai kepada kamu. Urwah pun tanya  Nabi saw: siapa ini wahai Muhammad? Dia amat keras. Nabi saw jawab: itu orang dari keturunan kamu (Saqafi)[59].

 

No comments:

Post a Comment