ABU KHATTAB QATADAH BIN DI’AMAH
AL-SADUSI (61H-117H)
ابو خطاب قَتَادَةَ بن
دعامة السدوسي
Dia dilahirkan di Wasit, Iraq dan meninggal di tempat
yang sama. Dia meninggal disebabkan penyakit Taun.
Beliau merupakan guru kepada Imam Abu Hanifah. Dia
juga merupakan Rijal al-Kutub al-Sittah, dan seorang perawi siqah dan sahih.
Dari sudut ini, sudah cukup untuk dikatakan bahawa
riwayatnya boleh diterima. Tambahan pula, banyak pujian terhadapnya seperti
Ahmad bin Hanbal pernah sebut bahawa dia antara penduduk basrah yang hafalannya
kuat yang dia tidak akan dengar sesuatu kecuali pasti dia akan ingat.
Namun, di sana terdapat kritikan sebilangan ulama
hadis seperti berikut:
a.
Ibn
Hajar al-Asqalani kata, dia siqah, tetapi dimasukkan namanya salah seorang dari
senarai perawi mudallis, bahkan popular sifat tadlis beliau.
b.
Abu
Hatim bin Habban al-Basti kata, dia antara ulama yang alim berkenaan al-Quran
dan fiqh, malah antara ulama yang kuat hafalan pada zamannya. Namun, dia
mudallis.
c.
Al-Zahabi
juga menyatakan bahawa dia dalam senarai mudallis.
d. Dalam hadis ke-92 Sunan Abi Daud, apabila Abu Daud kemukakan sanad hadis bahawa QATADAH ambil dari SOFIYYAH dengan عنعنة, lalu dibawa pula sanad lain yang menggunakan السماع—menurut AL-SAHRANPURI bahawa secara tidak langsung, Abu Daud anggap dia perawi mudallis.
KOMENTAR POSITIF;
A. Ahmad kata, dia adalah penduduk basrah yang kuat hafalan. Dia tidak akan dengar kecuali pasti dia akan ingat.
KOMENTAR PERTENGAHAN;
B. ASQALANI kata, dia siqah tetapi dia terkenal dengan tadlis.
C. ABU HATIM BIN HABBAN AL-BASTI kata, dia alim Quran dan Fiqh, bahkan kuat hafalan. Namun, dia mudallis.
D. ZAHABI letak dalam senarai mudallis.
No comments:
Post a Comment